Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Anak Lebih Suka Bermain? Pendidik Jelas Bermain Juga Satu Bentuk Pembelajaran Tau!

Pembelajaran akademik adalah sangat penting untuk ibu bapa dan anak-anak. Ia adalah penting untuk tumbesaran mereka. Pendidikan juga yang akan mendorong anak-anak kita untuk menjadi seorang dewasa yang berilmu. Ibu bapa mana tak risau jika anak-anak asyik main je? Sampai susah nak paksa mereka belajar.

Haa, sebenarnya bermain juga adalah satu pembelajaran tau Mommy! Berikut merupakan penjelasan dan perkongsian Puan Aishah mengenai hal ini.

Dengan Bermain Pun, Mereka Belajar Tau Mommy!

“Anak saya ni asyik main je, bagi buku taknak, suruh belajar lagi lah payah”

Pembelajaran awal untuk anak anak bukan buku, bukan youtube TAPI bermain. Dan umur 0-6 tahun adalah waktu kritikal otak anak berkembang dengan aktif. Penting sangat bagi anak bermain sebab:

Highlighted


Bermain adalah sifat semulajadi kanak kanak. Bila anak bermain, kesemua sensori akan dirangsang secara tak langsung dan skill-skill lain pun akan berkembang.

Kredit: Twitter @aishahshm_

Bermain ialah salah satu proses pembelajaran anak untuk meningkatkan sensori mereka. Makna pembelajaran bagi anak-anak ni meluas, bukan sekadar ABC atau 123.

Apa jadi kalau sensori anak tak dirangsang sepenuhnya?

Anak tak suka kotor, lemah dalam menguruskan diri, tak boleh kawal emosi, terlalu takut dengan bunyi yang kuat, etc. Antara punca anak masih lemah dalam sensori adalah kerana ibu bapa terlalu fokus nak anak pandai dalam akademik.

Jadi kenapa perlu paksa anak untuk belajar membaca dan menulis sedangkan otak mereka masih belum boleh terima?

Haa, tulah Mommy, jangan paksa mereka, tetapi kita sebagai ibu bapa boleh ajak mereka untuk menimba ilmu dan cuba dengan langkah pertama seperti mengajar mereka pegang pensel dengan betul.

Jom tengok pula kenapa bermain juga boleh membantu anak Mommy belajar dengan lebih mudah dan lebih pantas:

Ciri-Ciri Penting Pendekatan Main Sambil Belajar 

  1. Antara jenis-jenis permainan dalam pengajaran-pembelajaran ialah manipulatif, fizikal dan permainan bahasa.
  2. Permainan manipulatif termasuk teka-teki, jadual bernombor, domino, catur dan congak.
  3. Permainan fizikal dalam pendidikan jasmani di mana daya fizikal digunakan dalam pergerakan, kordinasi, kecekapan, dan kemahiran fizikal.
  4. Permainan bahasa dimana aktiviti pengajaran-pembelajaran bahasa mengandungi unsur bermain dengan menggunakan bahan-bahan dan daya kreativiti kanak-kanak untuk mewujudkan suasana belajar yang menyeronokkan dan bermakna.
  5. Kebaikan teknik ini ialah meransangkan motivasi belajar kesan daripada keseronokan bermain.
  6. Ia juga mengembangkan daya imaginasi.

Oh! Macam tu rupanya. Kalau Mommy mahu mereka bermain sambil belajar, boleh ikuti tips di atas.

Tak sangka, banyak juga input yang boleh diambil daripada perkongsian Puan Aishah. Dengan maklumat ini, kita akan lebih faham tentang anak-anak kita. Jika Mommy nak baca tentang post ini dengan lebih lanjut, klik pada link di bawah!

Kredit: Twitter Aishah Suhaimi