Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Anak suka makan daging? Baca 4 rahsia untuk lembutkan daging ini!

anak-suka-makan-daging

credit: Zon Wanita

Ada anak-anak yang suka sangat makan daging tapi para ibu malas nak masak sebab daging akan keras. Tapi nak tau tak sebenarnya ada cara untuk lembutkan daging selain letak sudu dalam periuk tu. Dengan mengikuti cara mudah nak lembutkan daging ni, ibu-ibu takkan stress lagi kalau anak-anak “request” nak makan daging masak kicap hari -hari.

4 rahsia untuk melembutkan daging.

Highlighted

credit: Jasduit

Kebiasannya para suri rumah akan potong daging secara melintang daripada urat dan bukan beraliran mengikit urat untuk buatkan daging itu lembut. Tapi tak semestinya cara ini menjadi. Kadang-kadang liat juga daging tu.

Tapi, cara lain yang boleh anda cuba adalah:

1) Ketuk daging menggunakan lesung batu. Di Eropah, kebanyakan suri rumah akan guna “mallet” yang diperbuat daripada kayu dan berbentuk seperti tukul untuk mengetuk daging untuk menjadi lembut. Tapi di Malaysia, kita boleh gunakan lesung batu je. Ketuk sikit-sikit je jangan sampai lenyek pulak.

2) Anda juga boleh menggaulkan daging dengan tepung gandum atau tepung jagung dan perapkan daging tu selama 5 minit untuk lembutkan ia.

3) Gunakan buah Kiwi. Ya, Kiwi. Kupas dan lenyekkan sebiji kiwi dan gaulkan kiwi tu dengan satu kilogram daging yang telah dipotong dadu. Perap daging yang dah gaul dengan sebiji kiwi tadi selama 15 minit. Kaedah ini sesuai sangat kalau anda nak masak daging goreng kunyit atau pun nak “stir-fry” daging. Tapi kaedah ni tak sesuai untuk masakan yang didihkan begitu lama seperti rendang atau masak lemak. Alternatif lain yang anda boleh gunakan selain buah kiwi ialah guna daun betik atau buah betik muda.

4) Guna Nanas. Selain daripada kiwi dan betik, buah nanas juga boleh digunakan sebagai ejen melembutkan daging. Kaedah yang sama macam buah kiwi tadi. Lenyekkan dulu nanas tu lepas tu gaulkan dengan daging dan perap selama 15 minit. Lepas tu basuh daging sebelum digunakan.

credit: Pa&Ma

Macam mana? Mudahkan? Tak perlu nak letak sudu dalam periuk pun. Tapi boleh je letak. Tiada halangan. hehe

Tips oleh: Chef Norman Musa

Nak tahu banyak lagi resepi menarik? Ibu-ibu boleh klik disini!

Nak beli barang-barang bayi yang murah? Sila Klik di sini!