Ibu, Bayi & Kanak Kanak

12 Sifat Anak Tunggal Yang Ketara, Memang Ramai Yang Akan Setuju!

sifat Anak Tunggal

Kredit gambar: istockphoto

Anak-anak ni, mereka ada sifat yang tersendiri kan? Selalu kalau Mommy dan Daddy bercerita dengan kawan-kawan atau sanak-saudara, kita boleh jelaskan sifat mereka yang berbeza antara satu sama lain tetapi unik secara tersendiri.

12 Sifat Anak Tunggal Yang Ketara, Memang Ramai Yang Akan Setuju!

Anak sulung, begitu. Anak bongsu, macam ni. Sindrom anak kedua pula, begini. Pasti ramai yang dapat relate kan.

Haa.. macam mana pula dengan anak tunggal? Mereka ada sifat yang tersendiri tak? Ala.. sifat yang membuatkan mereka lebih menyerlah daripada yang lain?

Tentulah ada! Jom, kita tengok beberapa sifat mereka yang ketara, betul ke tak ni Mommy dan Daddy?

#1. Bercita-cita tinggi

Highlighted

Kredit gambar: istockphoto

Menurut RESEARCTADDICT, menjadi seorang je anak dalam sebuah keluarga, orang kata anak tunggal ni mendapat sokongan yang penuh daripada ibu bapa mereka.

Jadi mereka lebih terdorong untuk mengejar cita-cita mereka dan mempunyai visi hidup yang lebih jelas.

#2. Dapat menyesuaikan diri dengan baik

Apabila tiada adik-beradik yang lain, anak tunggal ni mendapat perhatian penuh daripada ibu bapa. Mereka tak perlu berkongsi atau bersaing dengan adik-beradik untuk mendapatkan pengiktirafan atau kasih sayang.

Secara tak langsung, emosi mereka terbentuk dengan lebih stabil dan dapat apa jua keadaan, mereka boleh menyesuaikan diri dengan lebih baik.

#3. Tidak bergantung kepada orang lain

Dah selalunya buat apa-apa sendiri je, anak tunggal ni memang kurang bergantung kepada orang lain. Mereka belajar untuk lakukan apa-apa dengan keupayaan sendiri dan apabila bergaul dengan orang ramai, mereka akan pandai membawa diri.

#4. Matang

Kredit gambar: istockphoto

Kehidupan seharian mereka, dihabiskan dengan bergaul bersama ibu bapa berbanding dengan seusia mereka. Maka tak peliklah kalau anak tunggal ni lebih matang kan?

#5. Bijak

Segala tumpuan dan dorongan tertumpu kepada anak tunggal. Jadi perkembangan emosi dan intelek mereka memang selalunya lebih baik.

Nak apa je, ibu dan ayah cuba usahakan untuk kesayangan seorang ni!

#6. Berkeyakinan tinggi

Anak tunggal tak perlu untuk bersaing dengan adik-beradik lain. Ibu dan ayah selalu bagi kasih sayang pada mereka. Jadi mereka tak pernah rasa rendah diri dengan adik-beradik lain dan membesar menjadi seorang yang berkeyakinan tinggi dengan dirinya.

#7. Manja

Kredit gambar: istockphoto

Apa je yang mereka nak, ibu dan ayah akan belikan. Yelah.. dah anak seorang tu je. Ada sesetengah anak tunggal ni, bila dah terbiasa macam tu, mereka menjadi manja dan selalu inginkan layanan sebegitu ke mana sahaja mereka pergi.

#8. Penyayang

Walaupun begitu, mereka merasa cukup dengan kasih sayang yang diberikan untuk mereka. Bila mereka membesar, mereka menjadi seorang yang penyayang kepada orang di sekeliling mereka.

Tak pelik lah, orang kata mereka yang disayangi akan menjadi seorang yang penyayang kan?

#9. Berjiwa sensitif

Ini mungkin bukan untuk semua anak tunggal. Tetapi secara umumnya berdasarkan BESTLIFE, apabila anak tunggal ni sering dilayan dengan elok je tanpa sebarang tekanan atau gangguan daripada adik-beradik, mereka akan menjadi seorang yang sensitif apabila berhadapan dengan orang luar.

Tak terbiasa kan, begitulah.

#10. Perlu waktu bersendiri

Kredit gambar: istockphoto

Meskipun mendapatkan segalanya daripada ibu bapa, ada juga kadang-kala mereka perlu bersendiri. Bukannya setiap masa kan ibu dan ayah ada.

Pada ketika inilah, mereka belajar untuk menyendiri dan menikmati waktu bersendirian tu. Apabila membesar, waktu bersendirian ini telah menjadi keperluan untuk mereka sekali-sekala.

#11. Pandai menghiburkan diri sendiri

Selain daripada itu, mereka juga belajar untuk berseronok bersendiri. Tidak seperti yang lain, mereka boleh merasa cukup tanpa bantuan atau kehadiran orang.

Senang cerita, self-contented lah!

#12. Tak suka berkongsi

Hmm.. macam betul je ni. Motherhood acap kali juga berkenalan dengan anak tunggal yang memang tak reti dan tak suka berkongsi apa-apa dengan orang lain.

Mungkin dah terbiasa dapat segalanya untuk dia seorang kan. Jadi terbentuklah sifat macam tu.

Sifat Anak Tunggal

Dalam banyak-banyak sifat anak tunggal ni, pada pendapat Mommy dan Daddy lah, berapa yang tepat mengena?