Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Anak-anak Susah Tidur Malam? Fahami Setiap Masalah Tidur & Cuba Cara Untuk Mengatasinya

Ramai fikirkan orang dewasa sahaja mengalami masalah tidur tetapi kanak-kanak pun terkesan juga. Malah lebih teruk berbanding daripada orang tua.

Terdapat beberapa sebab yang mengakibatkan masalah kitaran tidur mereka. Tetapi Mommy jangan risau kerana ia dapat diatasi dengan rutin tidur mereka.

Tetapi, Mommy haruslah berwaspada kerana sesetengah masalah tidur perlukan rawatan daripada pakar.

Highlighted


Terdapat 6 masalah tidur yang sering dialami oleh kanak-kanak. Teruskan pembacaan untuk maklumat lanjut.

Jenis-jenis Masalah TidurĀ 

Insomnia

Tempoh untuk kanak-kanak melelapkan mata adalah dalam lingkaran 20 minit. Tetapi ada juga kanak-kanak yang memerlukan masa yang lebih banyak. Jika ia kerap berlaku, mungkin anak Mommy mengalami masalah insomnia.

Jangan risau Mommy, ia bukan masalah yang serius malah ada penawarnya. Walau bagaimanapun, Mommy harus bertindak dengan segera kerana keadaan yang meleret akan menyebabkan anak Mommy untuk mudah letih dan emosi terganggu pada kesokkan harinya.

Untuk mengatasi masalah insomnia ini, ia memerlukan rutin tidur yang bik dan sama selama 2 minggu. Ia boleh membaiki waktu tidur dan juga waktu bangun yang teratur. Untuk anak yang lebih dewasa, elakkan mereka daripada tidur siang. Ini adalah kerana, ia akan menganggu waktu tidur mereka pada hari malam.

Satu lagi petua adalah, elakkan memberi anak-anak snek ataupun minuman kafein.

Apabila masalah ini berlarutan, ia boleh mencentuskan gejala kemurungan, gangguan kegelisahan atau hiperaktif.

Tidur Berjalan

Gejala tidur berjalan ataupunĀ sleep walking ini berlaku pada kanak-kanak yang berumur 2 tahun sehingga meningkat awal remaja. Ini adalah disebabkan mereka terlalu letih, mempunyai suhu badan yang tinggi ataupun berasa gelisah ataupun tertekan.

Biasanya mereka berada dalam keadaan seperti:

  • mempunyai pandangan kosong
  • sukar untuk bangun pagi
  • tidak mendengar atau melihat sesiapa
  • tidak ingat apa yang berlaku pada hari semalam
  • keliru apabila terjaga

Untuk pengetahuan Mommy, tiada sebab yang jelas yang mengakibatkan tidur berjalan ini. Mungkin ia disebabkan suhu badan yang tinggi ataupun rasa gelisah.

Mimpi yang Menakutkan

Mimpi yang menakutkan adalah fasa yang biasa bagi kanak-kanak. Oleh itu, Mommy tidak perlu risau sangat.

Ia akan berlaku beberapa jam pertama tidur dan menjerit memanggil Mommy dan Daddy. Keadaan ini akan meleret beberapa minit tapi ada yang melangkau hingga 30 minit atau lebih.

Jika ia berlaku, Mommy boleh mengambil langkah berjaga-jaga seperti:

  • Elakkan untuk mengejut mereka semasa berada sedang bermimpi.
  • Kekal tenang bersama anak disisi dan tunggu anak terjaga.

Tidur Apnea

Tidur apnea bermaksud kanak-kanak tidur berdengkur dan berhenti beberapa saat ketika mereka melelapkan mata. Ini mengakibatkan mereka terus terjaga daripada tidur.

Apabila kanak-kanak sering terjaga kerana mereka tidak bernafas, ia akan cenderung kepada anak letih disiang hari dan mengakibatkan tantrum.

Ia berlaku kerana tonsil ataupun adeniod anak Mommy bengkak ataupun membesar.

Hipersomnia

Hipersomnia berlaku apabila anak Mommy kerap tidur ataupun tidur berlebihan waktu untuk usia mereka. Ini akan menyebabkan mereka meragam, cepat letih dan cepat marah. Kanak-kanak yang menghidap hipersomnia akan selalu letih walaupun mereka sudah tidur.

Mereka juga akan mempunyai daya ingatan yang lemah dan kurang daya tumpuan.

Cara mengatasi hipersomnia adalah, tetapkan rutin tidur siang dan juga tidur malam untuk beberapa hari. Jika tiada perubahan, Mommy segera dapatkan rawatan daripada pakar.

Mengetap Gigi

Kalau Mommy perasan, sesetengah kanak-kanak akan mengetap gigi sewaktu mereka tidur. Ini dipanggil sebagai bruxism. Ia juga akan berlaku jika anak-anak berasa marah, kecewa dan gelisah.

Selalunya Mommy tidak perlu risau kerana ia akan berlaku sekali sekala pada kanak-kanak. Walau bagaimanapun, apabila ia kerap berlaku, ia akan menyebabkan kerosakkan gigi dan rahang si manja.

Untuk mengatasi masalah ini, tetapkan waktu bertenang setengah jam sebelum mereka tidur tidak mengira usia mereka. Sama juga dengan hipersomnia, apabila tidak dapat diatasi, berjumpa dengan pakar untuk mendapatkan rawatan segera.

Kepentingan Tidur

Mendapat tidur yang secukupnya adalah sangat penting untuk kanak-kanak membesar dengan sihat. Tubuh badan juga dapat berfungsi dengan baik serta prestasi pembelajaran mereka akan meningkat.

Mommy juga harus berjaga-jaga dan sentiasa berwaspada dengan perkembangan anak-anak. Segera mendapatkan rawatan jika anak mempunyai masalah tidur.