Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Awas Mommy! Apa Harus Mommy Buat Jika Anak Tercekik?

Jika bayi tercekik apa yang harus kita buat Mommy? Adalah perkara biasa bagi bayi atau kanak-kanak kecil untuk tercekik dan batuk dari semasa ke semasa. Apabila ia kerap berlaku, mungkin ada sebab untuk membimbangkan.

Episod ini biasanya disebabkan oleh aspirasi, makanan atau cecair secara tidak sengaja memasuki saluran pernafasan.

Bagi Mommy yang mudah panik dan tak tahu apa yang ingin dilakukan, jom ikuti perkongsian Dr Arisman yang arif tentang ini.

Ikuti perkongsiannya tentang bagaimana kita sebagai ibu bapa boleh handle bayi kita sekiranya mereka tercekik.

Alamak Anak Tercekik! Nak Buat Apa Ni? 

Highlighted


Kalau bayi pula yang tercekik misalnya alat mainan kecil atau makanan solid seperti kacang atau popcorn, ataupun juga ubat tablet. Cara melakukan Heimlich maneuver pada bayi (usia bawah 1 tahun) adalah:

  1. Posisikan bayi tiarap di lengan yang ditopang dengan paha. Pastikan posisi kepala bayi lebih rendah dari badannya.
  2. Pegang kepala dan rahang bayi dengan jari-jari tangan anda. (seperti dalam gambar).
  3. Tepuk belakang badan bayi secara sederhana kuat di antara tulang sayap sebanyak 5 kali dengan menggunakan tapak tangan. Tindakan ini disebut “Back Blows.”
  4. Jika tidak berhasil, posisikan bayi terlentang dengan kepada bayi menghadap ke atas.
  5. Kemudian letak 2 jari di tengah pada tulang dada.
  6. Berikan tekanan di bahagian tengah tulang dada sebanyak 5 kali. Teknik ini disebut “Chest Thrusts.” (seperti dalam gambar)
  7. Lakukan berulang kali (back blow dan chest thrusts) silih berganti sehingga objek keluar dan bayi bernafas semula.
Kredit: Twitter Dr Arisman

Apa Itu Heimlich Maneuver?

Tujahan abdomen, juga dikenali sebagai Heimlich Maneuver, ialah prosedur pertolongan cemas yang digunakan untuk merawat halangan saluran pernafasan atas oleh objek asing. Doktor dari Amerika, Henry Heimlich sering dikreditkan untuk penciptaannya.

Sebab tu kalau Mommy perasan, penting untuk kita belajar cara asas Heimlich Maneuver ini untuk berikan rawatan kecemasan sekiranya anak atau orang terdekat tercekik.

Disamping bagus untuk ilmu diri sendiri, ia juga membantu kita menyelamatkan nyawa seseorang. Jadi, jika berkesempatan, Mommy dan Daddy boleh belajar cara asas prosedur ini daripada pakar yang bertauliah.

Haa, baru la kita tahu serba sedikit tentang pertolongan cemas ini.

Ingat pesanan doktor ya Mommy!

Kredit: Twitter Dr Arisman