Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Apakah Makanan Tinggi Zat Besi untuk Bayi?

happy baby eating and wearing green bib

Bayi sihat dilahirkan dengan simpanan zat besi yang bertahan selama 4 ke 6 bulan. Susu ibu dan kebanyakan susu formula mengandungi zat besi, walaupun bayi menyerap zat besi yang terdapat di dalam susu ibu lebih baik berbanding zat b esi yang ditambah di dalam susu formula. Bila anak anda mula makan makanan pejal pada usia 4 ke 6 bulan, kenalkan makanan dengan zat besi. Bijirin yang kaya dengan zat besi selalunya adalah makanan yang paling tinggi kandungan zat besi untuk bayi.

 

Kepentingan Zat Besi

Zat besi diperlukan oleh badan untuk membina hemoglobin, bahagian darah yang membawa oksigen kepada tisu dan organ bayi. Kekurangan zat besi boleh membawa kepada anemia dan fungsi saraf yang lambat. Tanpa zat besi yang mencukupi, bayi akan lambat mempunyai kebolehan bercakap dan berjalan, menurut MayoClinic.com. Pakar kanak-kanak, Alan Greene daripada DrGreene.com berkata, kanak-kanak yang menghadapi anemia lebih senang sakit berbanding kanak-kanak lain dan mungkin mempunyai kulit muka yang pucat dan kurang selera makan. Walaupun pengurangan zat besi yang ringan, ada kaitan dengan pengurangan perhatian, kecerdasan, dan kebolehan belajar.

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

 

Makanan Paling Tinggi Kandungan Zat Besi

Pakar kanak-kanak selalunya mengesyorkan bijirin nasi yang padat dengan zat besi sebagai makanan pertama yang terbaik untuk bayi. Selain daripada padat dengan zat besi, bayi lebih senang menghadam bijirin nasi. Kandungan zat besi di dalam bijirin nasi bergantung kepada jenama, tetapi kebanyakan bijirin nasi untuk bayi mengandungi 18 milligram setiap 3 suku cawan hidangan, menurut Dr. Ari Brown, pakar kanak-kanak di Boulder, Colorado, dan penulis buku “Baby 411.” Keperluan zat besi harian bayi berusia 7 ke 12 bulan adalah 11 milligram setiap hari. Oatmeal segera mengandungi 11 milligram setiap hidangan. Sebelum membeli bijirin bayi, periksa label untuk mengetahui jumlah zat besi yang terkandung.

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

 

Makanan Zat Besi Lain

Hati ayam juga mempunyai kandungan zat besi yang tinggi. Satu hidangan mengandungi 11 milligram zat besi menurut National Institutes of Health’s Office of Dietary Supplements. Walaupun daging tidak sesenang bijirin nasi untuk bayi anda hadam, hati ayam boleh dijadikan makanan pertama bayi anda jika hati ayam ini di puree, kata Brown. Hati lembu dan kacang lenyek adalah sumber zat besi yang sederhana baik, sama juga dengan bayam dan kuning telur. Sesetengah bayi mempunyai alahan telur. Jadi, tanya doktor bayi anda tentang umur yang sesuai untuk bayi anda makan telur.

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

 

Tips

Jika bayi anda tidak suka makanan tinggi zat besi, cuba besi sedikit susu badan atau susu formula sebelum beralih kepada setengah sudu kecil makanan dan beri susu badan atau susu formula selepas suapan makanan, cadang American Academy of Pediatrics. Walaupun buah sitrus tidak disyorkan untuk bayi berusia kurang daripada 12 bulan, MayoClinic.com syorkan untuk memberi si kecil anda makanan lain yang mengandungi vitamin C, seperti apricot, tomato, strawberi, melon dan brokoli, kerana vitamin C menaikkan penyerapan zat besi. Kekurangan zat besi boleh diketahui dengan ujian darah; dapatkan ujian darah untuk bayi anda jika bayi anda kurang makan makanan yang diperkaya zat besi.

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

 

Gambar diambil daripada Parents.com.

Artikel ini dipetik daripada Healthy Eating.