Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Asas Pendidikan Seksual – Ramai Buat di Rumah Tapi Sebenarnya Harus Dielakkan!

Masih ada sebahagian ibu bapa yang mungkin kurang cakna tentang menjaga batas pergaulan dan kemesraan dalam hubungan keluarga.

Sebagai ibu bapa, penting untuk memberikan pendedahan awal kepada anak-anak tentang asas pendidikan seksual agar mereka memahami dengan betul maksud seks.

Di era media sosial ini, anak-anak mudah terdedah kepada maklumat yang mungkin tidak sesuai untuk umur mereka yang masih belum dewasa.

Oleh itu, penting untuk mencipta persekitaran di mana anak-anak merasa selamat untuk berkongsi atau bertanya tentang maklumat yang boleh dipercayai dan benar dengan Mommy dan Daddy.

Pentingnya Asas Pendidikan Seksual Terhadap Kanak-kanak

1. Tidak Menjaga Aurat di Depan Anak

Elakkan memakai pakaian yang jarang, seksi, atau hanya berseluar boxer di hadapan anak.

Mungkin Mommy dan Daddy menganggap berseluar pendek di depan anak yang masih kecil itu perkara yang biasa. Namun, jika dibiarkan berlaku, ini boleh menyebabkan hilangnya rasa malu dan batasan aurat antara ibu bapa dan anak.

Tanpa sedar, ini boleh mempengaruhi anak-anak dan membuat mereka terbiasa dengan keadaan tersebut. Oleh itu, penting untuk memantau batasan aurat dan tubuh, walaupun dalam suasana mesra keluarga.

Highlighted


 

2. Tidak Ajar Anak Dengan 4 Bahagian Sensitif

Memberikan pendidikan seksual dan keselamatan kepada anak-anak sejak kecil adalah langkah yang bijak untuk perlindungan diri mereka.

Memberi tahu anak untuk menjaga empat bahagian tubuh badan ini; kemaluan, punggung, dada dan mulut.

Ingatkan mereka bahawa tidak ada yang boleh menyentuh bahagian tubuh peribadi mereka tanpa izin, dan segera memberitahu Mommy dan Daddy jika berlaku sesuatu yang mencurigakan berlaku pada diri mereka.

3. Bogelkan Anak di Depan Ahli Keluarga Yang Lain

Meskipun mereka masih kecil, Mommy perlu menjaga bahagian privasi anak-anak agar mereka mempunyai rasa malu dan mampu menjaga batasan antara sedara mara.

Jangan biasakan atau lebih baik elak bogelkan anak-anak Mommy di depan orang lain meskipun keluarga sendiri.

4. Membiarkan Pintu Toilet Terbuka Ketika Anak Berada Di Dalam

Semasa process toilet training, Mommy perlu mengajar anak-anak untuk penutup pintu toilet ketika sedang mandi atau sebagainya. Pastikan pintu tersebut tidak dibiarkan terbuka!

Ini adalah perkara asas bagi melatih mereka bahawa ketika dalam keadaan tidak sopan, ia perlu dilindungi daripada pandangan orang lain tak kiralah walaupun dengan ahli keluarga sendiri.

Pentingnya pendedahan ini sejak kecil, secara tidak langsung ia membantu anak-anak membesar dengan pemahaman yang benar tentang privasi, batasan, dan penghargaan terhadap tubuh mereka sendiri atau tubuh orang lain.

5. Melakukan Aksi Romantis Depan Anak

Jangan melakukan hubungan suami isteri atau aksi yang romantis di hadapan anak masih kecil dengan alasan mereka masih budak dan tidak faham.

Menjaga privasi dalam hubungan suami-isteri sangatlah penting tau Mommy! Tambahan pula, anak-anak kecil ni suka meniru dan buat semua perkara yang mereka lihat.

Selain itu, jangan bergurau double meaning dan lucah di hadapan anak. Berkata yang baik-baik sahaja apabila bersama dengan mereka.

Semoga info ini bermanfaat untuk Mommy dan Daddy dalam didik anak tentang pendidikan seksual dengan langkah yang betul.


Dapatkan lebih banyak tips keibubapaan yang lain di SINI.