Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Pentingnya Asingkan Tempat Tidur Anak: 7 Tips dan Panduan Lengkap Untuk Mommy Cuba!

asingkan tempat tidur anak

Kredit gambar: www.todaysparent.com

Apabila anak-anak semakin meningkat umur, Mommy dan Daddy perlu lakukan banyak perkara berbeza berbanding mereka kecil dahulu dan antara salah satunya adalah dengan asingkan tempat tidur anak. Mommy dan Daddy perlu tahu, asingkan tempat tidur anak merupakan antara perkara penting dalam ajaran Islam.

Mommy dan Daddy tentunya tertanya-tanya kan kenapa perlu asingkan tempat tidur dengan anak-anak?

Hal ini adalah kerana, anak-anak perlu dididik dengan pendidikan akidah, syarak dan akhlak sejak kecil lagi supaya mereka tidak terpesong daripada ajaran Islam setelah meningkat dewasa nanti. Ini dijelaskan apabila Allah S.W.T. telah berfirman bahawasanya:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لِيَسْتَـْٔذِنكُمُ ٱلَّذِينَ مَلَكَتْ أَيْمَـٰنُكُمْ وَٱلَّذِينَ لَمْ يَبْلُغُوا۟ ٱلْحُلُمَ مِنكُمْ ثَلَـٰثَ مَرَّٰتٍۢ ۚ مِّن قَبْلِ صَلَوٰةِ ٱلْفَجْرِ وَحِينَ تَضَعُونَ ثِيَابَكُم مِّنَ ٱلظَّهِيرَةِ وَمِنۢ بَعْدِ صَلَوٰةِ ٱلْعِشَآءِ ۚ ثَلَـٰثُ عَوْرَٰتٍۢ لَّكُمْ ۚ لَيْسَ عَلَيْكُمْ وَلَا عَلَيْهِمْ جُنَاحٌۢ بَعْدَهُنَّ ۚ طَوَّٰفُونَ عَلَيْكُم بَعْضُكُمْ عَلَىٰ بَعْضٍۢ ۚ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمُ ٱلْـَٔايَـٰتِ ۗ وَٱللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌۭ

Maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah sembahyang Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang tersebut, (kerana mereka) orang-orang yang selalu keluar masuk kepada kamu, dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang menjelaskan hukum-hukumNya); dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”

(Surah an-Nur Ayat 28)

Terdapat juga hadis sahih yang mengatakan Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa:

“Perintah anak kamu bersembahyang ketika mereka berumur 7 tahun. Jika mereka tidak melakukannya sampai umur 10 tahun, pukul mereka, juga pisahkan di antara mereka (lelaki dan perempuan) dari tempat tidur.”

(Hadis Riwayat al-Hakim dan Abu Daud)

Tanda Anda Boleh Mula Asingkan Tempat Tidur Anak 

Highlighted

Kredit gambar: www.momspresso.com

Berikut merupakan tanda tanda Mommy dan Daddy sudah boleh asingkan tempat tidur anak iaitu:

#1. Tidak Perlu Pemerhatian Anda Untuk Lakukan Aktiviti

Tanda yang pertama adalah, mereka tidak lagi memerlukan kawalan dan pemerhatian anda ketika melakukan semua aktiviti ringan atau berat. Ini menunjukkan bahawa anak Mommy sudah pandai berdikari dan bersedia untuk berdiri di atas kaki sendiri.

Kemandirian ini penting tau Mommy! Jadi perhatikan betul-betul baru Mommy bertindak untuk asingkan mereka sebabnya kita tak nak kalau ada hal yang bahaya berlaku dan anak tidak tahu apa yang perlu mereka lakukan.

#2. Mempunyai Rutin Tidur Yang Tetap

Tanda yang kedua pula adalah waktu tidur. Sangat penting untuk anak-anak mempunyai masa dan rutin tidur yang tetap setiap hari. Ia bukan sahaja memudahkan tugas Mommy, tetapi turut dapat mendidik serta memastikan anak-anak mempunyai tidur yang cukup dan berkualiti.

Rutin tetap ini juga akan mendisiplinkan mereka kelak. Jadi Mommy dan Daddy tak perlu lagi memaksa atau memujuk.

Namun, jika waktu tidur mereka masih belum tetap dan sentiasa berubah, Mommy tidak digalakkan mengasingkan mereka lagi.

#3. Meminta Untuk Tidur Sendiri

Seterusnya adalah apabila anak-anak mula bertanya mengenai bilik dan katil mereka sendiri. Ini merupakan tanda jelas bahawa mereka sudah bersedia sama ada secara sepenuhnya atau baru ingin mencuba untuk tidur sendiri.

Jadi, Mommy dan Daddy boleh ambil peluang ini untuk ajar mereka tidur secara bersendirian secara perlahan-lahan sehingga mereka berjaya melakukannya.

#4. Sudah Berhenti Minum Susu Merupakan Antara Tanda Anda Boleh Asingkan Tempat Tidur Anak

Tidak dinafikan apabila anak masih menyusu badan adalah agak sukar untuk mengajar mereka tidur sendirian. Apatah lagi jika mereka masih minum botol, boleh membahayakan mereka sekiranya tiada pantauan dari orang dewasa.

Oleh itu, Mommy dan Daddy perlu tunggu sehingga mereka berhenti minum susu badan atau suka menggonggong susu botol semasa tidur.

#5. Sudah Pandai Meniru Percakapan atau Perbuatan

Ini merupakan petanda yang sangat jelas dan perlu disegerakan sekiranya anak anda sudah pandai meniru percakapan atau perbuatan anda terutama melibatkan adegan yang tidak sesuai untuk mereka.

Oleh itu, cepat-cepatlah bertindak dengan mengasingkan mereka sebelum segala rahsia di dalam bilik tidur mula diserap mereka.

7 Tips Asingkan Tempat Tidur Anak dalam Islam

Kredit gambar: www.kidkraft.com

Dalam Islam, mengasingkan katil anak-anak mempunyai nilai penting sebagai cara menjaga privasi dan kesucian setiap individu dalam rumah tangga. Berikut adalah 7 tips asingkan tempat tidur anak dalam Islam iaitu:

#1. Bilik Tidur Berasingan

Mommy dan Daddy perlu berusaha untuk menyediakan bilik tidur yang berasingan untuk anak-anak anda, terutamanya apabila mereka mencapai usia yang lebih matang.

Ini membantu mereka mempunyai privasi sendiri dan menghormati privasi orang lain dalam keluarga.

#2. Susunan Bilik Tidur

Jika boleh, Mommy dan Daddy susun bilik tidur anak-anak secara berasingan dengan pintu yang boleh ditutup.

Ini memberi mereka ruang peribadi yang lebih baik dan menghalang gangguan yang mereka tidak inginkan.

#3. Tips Asingkan Tempat Tidur Anak Melalui Pemisahan Jantina

Kredit gambar: blogs.bcm.edu

Pada usia tertentu, biasanya apabila kanak-kanak mencapai akil baligh, adalah penting untuk mengasingkan katil kanak-kanak perempuan dan lelaki.

Hal ini bagi mengikut ajaran Islam yang menekankan adab dan menghormati serta menjaga jarak yang betul antara jantina yang berbeza.

Oleh itu, sekiranya anak-anak Mommy dan Daddy berlainan jantina, lebih baik asingkan mereka di bilik yang berasingan.

#4. Sediakan Katil Individu

Tips asingkan tempat tidur anak yang seterusnya adalah dengan menyediakan katil individu.

Pastikan setiap anak-anak mempunyai katil individu yang mencukupi.

Ini akan membantu mereka menghormati ruang peribadi dan mempunyai sempadan yang jelas dalam hal kebersihan dan kebersamaan.

#5. Tips Asingkan Tempat Tidur Anak dengan Mengajar Sempadan

Ajar anak Mommy dan Daddy tentang kepentingan menghormati privasi dan sempadan peribadi.

Jelaskan bahawa katil adalah tempat persendirian di mana mereka sepatutnya berasa selamat dan selesa.

#6. Halangan Fizikal

Jika anak-anak tidur di dalam bilik yang sama, Mommy dan Daddy boleh menggunakan halangan fizikal contohnya seperti langsir atau panel pembahagi untuk memberikan sedikit privasi untuk setiap anak-anak.

#7. Pengawasan yang Betul antara Tips Asingkan Tempat Tidur Anak

Walaupun adalah penting untuk mengasingkan katil anak-anak, Mommy dan Daddy tidak boleh membiarkan mereka tanpa sebarang pantauan. Pastikan anda sentiasa memantau mereka dengan teliti untuk memastikan mereka tidur dengan selesa, selamat dan terhindar dari sebarang bahaya.

Ingat bahawa prinsip ini mungkin terpakai dalam konteks budaya dan persekitaran tertentu, jadi adalah sangat penting untuk Mommy dan Daddy mempertimbangkan keadaan istimewa keluarga anda apabila menggunakan garis panduan yang kami senaraikan di atas ini.


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.


Tambah ilmu pengetahuan dan keibubapaan dengan pelbagai info menarik yang ada di SINI!