Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Atasi bengkak susu dengan kobis? Biar betul!

bengkak-susu-kobis

credit: olin safura

HAH? Guna kobis boleh surutkan bengkak susu? Biar betul?

Bengkak susu boleh terjadi bila bayi tidak menyusu dengan kerap, dan payudara ibu tidak dikosongkan dengan sempurna. Bengkak susu biasanya akan terjadi bermula hari kedua atau ketiga selepas melahirkan anak.

Nak tahu tak macam mana nak kenal pasti bila ibu-ibu dah menyusu dengan sempurna? Bila setiap kali lepas menyusukan anak, payudara akan terasa lembik dan kosong.

Highlighted

credit: Shaklee sungai petani

3 Punca Bengkak Susu

1. Lambat menyusukan anak lepas bersalin 

The first golden hour ni saya rasa ibu-ibu biasa dengar kan? Ini macam first rule untuk elakkan bengkak susu dari terjadi.

Apa itu The First Golden Hour in Breastfeeding? Ia adalah jam pertama (first one hour) kehidupan bayi selepas ia dilahirkan / keluar dari rahim ibu.

credit: bengkung moden

Semakin cepat ibu membenarkan bayi mula menyusu, semakin kurang risiko bengkak susu, dan semakin rendah risiko susu lambat keluar atau susu sikit.

Makin lambat ibu memulakan penyusuan, bayi akan jadi cranky dan mudah “merajuk” masa menyusu, sebab tu bayi ni lambat menyedut susu, lepas tu jadi la bengkak susu.

2. Mulut bayi di posisi yang salah. 

credit: Her inspirasi

Cara yang betul untuk mulut bayi melekap pada payudara ialah, mulut bayi perlu terbuka luas dan sebahagian besar dari bahagian hitam payudara / areola, masuk memenuhi mulut bayi.

Bila mulut bayi tak terletak di posisi yang betul, maka susu tak dapat disedut dengan betul, jadi bayi akan tidak akan menjadi kenyang dan payudara ibu tidak akan kosong.

3. Kurang sesi penyusuan 

Ini sangat penting, semakin kurang kita menyusu bayi, semakin susu akan berkumpul dalam payudara. Dan ini bukan sesuatu yang baik. Selain dari menjadi punca kenapa payudara bengkak, ini juga adalah sebab utama kenapa susu ibu menjadi kering.

ATASI BENGKAK SUSU DENGAN KOBIS!

Satu kajian telah dijalankan di Korea. Mereka membandingkan kesan penggunaan kobis (CCEBC), penjagaan payudara awal (EBC) dan penjagaan penyusuan am (GNBC) dalam mengatasi masalah sakit payudara dan payudara bengkak pada wanita yang bersalin secara cesarean.

Macam mana tu?

Cadangan menggunakan kobis untuk membantu mengurangkan masalah ini ialah:

  • ambil beberapa helai daun kobis dan cuci bersih
  • masukkan ke dalam peti sejuk selama setengah jam (tak semestinya perlu masuk dalam peti sejuk, tapi, sejuk boleh membantu mengurangkan kesakitan).
  • letakkan daun kobis di atas payudara selama 30 hingga 60 minit.
  • Ulang setiap satu hingga dua jam sehingga bengkak surut.

p/s: Negara-negara maju seperti Kanada, Australia dan Amerika Syarikat telah menggunakan kobis sebagai rawatan payudara bengkak yang jimat serta tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan.

Apa lagi ibu di luar sana tu? Lepas ni dah tahu la kan kaedah nak surutkan bengkak susu? Kalau nak tahu lagi banyak info berkenaan ibu dan bayi, jangan berlengah untuk baca article seterusnya di blog kami!

Nak dapatkan barang bayi best dan murah? Sila Klik disini!