Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Autisme – Ibu Bapa Perlu Risau atau Tidak?

babbling baby-autisme

Sejak kebelakangan ini, isu autisme dalam kalangan kanak-kanak semakin di ambil berat oleh orang ramai, terutamanya para ibu bapa. Ada je mulut-mulut masyarakat sekeliling bercakap yang anak-anak anda autism sebab tak pandai bercakap dan tak pandai itu ini padahal dah mencapai umur 4 atau 5 tahun. Tapi sebenarnya adakah kita tahu apa itu maksud autisme?

Highlighted


Apa itu Autisme?

Sebenarnya, Autisme tu apa? Main cakap je anak-anak orang ni ada Autisme. Tapi tak tahu apa itu Autisme. Kan?

Dipetik dari The Malaysian Medical Gazette, Autisme merupakan penyakit gangguan perkembangan otak yang berterusan dan kekal. Nama autisme itu sendiri berasal dari perkataan Greek autos yang bermaksud ”sendiri’ dan menurut Bleuler, Autisme bermaksud ‘melarikan diri dari realiti’. Autisme juga adalah sejenis gangguan psikiatri atau gangguan perkembangan yang mengakibatkan masalah dalam komunikasi dan kemahiran sosial, sama ada perkembangan bahasa yang lambat atau tidak berkembang.

Contoh invidividu autisme dalam Malaysia

Salah satu contoh terkenal kanak-kanak yang mengalami sindrom ini yang terkenal dalam negara ialah, anak kembar kepada dan penyanyi terkenal Zarina Zainuddin yang dikenali sebagai Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai. Kedua kembar istimewa ini telah membuka mata dan menyentuh perasaan rakyat Malaysia untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai isu ini.

credit: intrend

8 tanda-tanda awal Autisme yang anda perlu tahu!

  1. Tidak menunjukkan sebarang eye contact
  2. Tidak bertindak balas terhadap senyuman
  3. Tantrum yang keterlaluan tanpa sebab sehingga mencederakan diri seperti menghantukkan kepala ke dinding
  4. Tidak menunjukkan minat untuk berkawan dan bermain dengan kanak-kanak lain, lebih selesa bermain sendiri
  5. Sering menyebut sesuatu perkataan secara berulang-ulang dan kerap melentikkan badan seolah-olah mengelak apabila dipeluk
  6. Terlalu sensitif dan mempunyai minat yang pelik kepada sesuatu seperti cahaya, bunyi atau pergerakan.
  7. Mereka juga seringkali menunjukkan obsesi kepada sesuatu perkara seperti permainan tertentu sahaja.
  8. Gemar mengibarkan tangan dan memusingkan badan setempat. Malah kanak-kanak 18 bulan keatas, mereka lebih suka menggunakan isyarat berbanding perkataan.

Jadi, jika anak-anak anda tidak ada sebarang tanda-tanda di atas, saya berharap yang anda semua tidak perlu risau kerana anak-anak anda semua adalah normal!

Tetapi, jika anda perasan beberapa tanda-tanda awal ini kepada anak-anak anda, sabar dulu. Tak perlu “freak out” dan risau lebih-lebih ok? sebab, apa yang anda perlu buat adalah pergi berjumpa doktor pakar untuk mengesan dan mengesahkan dulu.

Apa-apa pun, sebagai ibu bapa anda haruslah menerima dengan hati yang terbuka dengan sebarang kebarangkalian yang berlaku keatas anak-anak anda. Anak-anak itu adalah anugerah Tuhan!

Ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang Autisme?

SILA KLIK DISINI

klik di sini untuk mendapatkan barang bayi murah!