Satu dunia telah digemparkan dengan berita bahawa kandungan bahan Aspartame yang popular digunakan dalam industri makanan dikatakan berbahaya serta menjadi penyebab kepada kanser oleh agensi di bawah seliaan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).
London – Aspartame iaitu pemanis yang sering digunakan dalam produk minuman terkenal seperti diet coke jenama Coca Cola akan diisytiharkan sebagai karsinogenik.
Ini juga bermakna bahan tersebut berbahaya buat kesihatan manusia yang mana ia boleh menyebabkan barah, menurut sumber agensi kajian barah di bawah seliaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lapor Astro Awani.
Selain itu, pemanis berkenaan sering digunakan dalam produk-produk makanan lain seperti gula-gula getah jenama Extra dan coklat Mars.
Apa itu Aspartame?
Aspartame terbuat daripada asam aspartat dan fenilalanin. Zat ini digunakan digunakan untuk menggantikan gula pasir pada makanan dan minuman.
Menurut kajian The Yale Journal Of Biology And Medicine (2010), menjelaskan bahwa aspartam memiliki rasa manis yang lebih tinggi sehingga 200 kali ganda berbanding dengan gula pasir biasa.
Aspartame adalah pemanis buatan yang telah digunakan sejak tahun 1981 di Amerika Syarikat. Aspartam banyak digunakan dalam produk makanan dan minuman sebagai pengganti gula kerana ingin menyukat gula dalam harian, aspartam mampu menghasilkan rasa manis yang sama dengan gula pasir biasa.
Highlighted
Bahaya Minum Air Manis dan Air Gas
#1. Punca Berlebihan Pengambilan Gula Tanpa Sedar
Pengambilan minuman soft drink dan minuman berkarbonat yang banyak dalam harian boleh mendatangkan bahaya kepada individu tersebut. Ini kerana kandungan gula aspartam mempunyai kalori yang tinggi sama seperti gula pasir dan memberikan kesan yang lebih berbahaya.
#2. Masalah Diabetes
Kajian menunjukkan pengambilan minuman berkarbonat meningkatkan risiko penyakit diabetes jenis 2. Tahukan Mommy, punca kadar diabetes semakin meningkat setiap tahun adalah kerana pengambilan gula dalam minuman proses seperti air minuman dalam tin.
#3. Merosakkan Buah Pinggang
Bahan asid fosforik yang terdapat dalam minuman berkarbonat akan menyebabkan terjadinya batu karang buah pinggang dan pelbagai masalah buah pinggang yang lain.
#4. Masalah Obesiti
Obesiti adalah sangat berkaitan dengan masalah pengambilan gula yang berlebihan dalam makanan dan minuman. Minuman berkarbonat mempunyai kandungan gula yang tinggi dan ini menyebabkan masalah obesiti.
Kandungan fruktosa yang tinggi dalam minuman berkarbonat ini menyebabkan masalah rintangan insulin dan ia menjadi punca masalah obesiti.
#5. Merosakkan Gigi
Minuman bergas akan menggalakkan pertumbuhan plak yang akan merosakkan struktur gigi dan seterusnya akan menyebabkan kaviti serta sakit gusi.
#6. Meningkatkan Risiko Kanser
Banyak kajian menunjukkan terdapat kaitan yang begitu kuat antara pengambilan gula dan fruktosa tinggi dengan risiko mendapat kanser. Pengambilan minuman berkarbonat yang bergula tinggi boleh menyebabkan kepada kanser pankreas dan kanser rahim (endometrium).
Senarai Makanan Yang Mengandungi Pemanis Aspartame
- Diet Coke
- Soft drink
- Extra joss
- Sos buatan
- Gula-gula/Coklat
- Yogurt
- Pemanis tambahan (sweeter) dalam kopi/teh
- Snek makanan (cookies, biskuit, popcorn)
- Pepsi Max
Elakkan makanan dan minuman yang mengandungi bahan aspartam untuk menjaga kesihatan yang baik. Ingatlah bahawa mencegah lebih baik daripada merawat.
Pastikan Mommy dan Daddy take note dengan perkara ini, pantau pemakanan anda sekeluarga.
Dapatkan lebih banyak info kesihatan yang lebih bermanfaat di SINI.
Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.