Ibu, Bayi & Kanak Kanak

10 Tips Paling Mudah Pilih Ayam Segar Dan Masih Baru – Mommy Perlu Cuba!

ayam segar

Kredit gambar: walktoeat.com

Orang perempuan ni kalau bab dapur, bab memasak tambah-tambah bahan masakan semua memang jadi sangat cerewet, kan Mommy? Bab masak kalau bahan basah dapat yang tak segar contohnya nak ayam segar, tapi yang dapat ayam busuk, memang kelaut la mood memasak!

Oleh sebab bahan masakan ni penting dan boleh kacau jiwa Mommy semua, pada kali ini Motherhood nak kongsikan beberapa tips pilih ayam segar! Sebab apa pilih ayam?

Sebabnya, ayam ini boleh dikatakan majoriti rakyat Malaysia suka makan dan merupakan pilihan utama anak-anak, jadi pemilihan ayam proses segar adalah penting untuk dipelajari.

Taknaklah bila membeli nanti asyik dapat ayam busuk dan lama!

Tanpa membuang masa, jom lihat apakah tips memilih ayam fresh tersebut di bawah ini!

Cara Memilih Ayam Segar

Highlighted

Kredit gambar: canadianmeats.ca

Berikut adalah cara memilih ayam proses segar iaitu:

#1. Cara Pilih Ayam Segar dengan Bau Ayam

Cara yang pertama ialah dengan cara mengenal pasti bau ayam tersebut. Pastikan bau ayam tidak berbau hanyir yang kuat.

Jika bau hanyir itu kuat, ini bermakna ayam tersebut adalah ayam lama yang tidak terjual dan dijual semula.

Bau ini akan menarik lalat yang banyak dan sekiranya ini terjadi bermakna ayam terebut hampir menjadi bangkai.

#2. Tekan Ayam Juga Merupakan Tips Pilih Ayam

Cara kedua ialah dengan menekan isi ayam. Tekan secara perlahan dan sekiranya isi ayam tersebut memantul semula ini bermakna isinya masih anjal dan pejal.

Sekiranya isi ayam tidak kembali memantul sebaliknya tenggelam ini bermaksud ayam tersebut tidak fresh. Manakala isi ayam yang terlalu keras pula bermakna ayam tersebut telah diletakkan bahan pengawet.

#3. Periksa tarikh “Baik Sebelum”

Selain itu, jangan lupa untuk memeriksa tarikh “Baik Sebelum/Best By”. Ini untuk memastikan supaya tidak terbeli ayam yang sudah terlebih tarikh.

Selain itu, pastikan Mommy memilih ayam yang tarikh “Baik Sebelum/Best By”nya itu tidak melebihi tarikh di mana Mommy rancang untuk memasak.

Contohnya, tarikhnya adalah hari ini tapi Mommy mahu menggunakan ayam tersebut pada esok hari. Inilah pentingnya untuk memeriksa tarikh “Baik Sebelum/Best By”.

#4. Warna Kulit

Cara seterusnya untuk pilih ayam fresh adalah dengan melihat kepada warna kulit ayam. Ayam proses segar mempunyai warna kulit pink lembut dan tidak pucat.

Tetapi, ada juga ayam segar yang mempunyai warna kekuningan. Warna kuning ini kerana ayam tersebut telah diberi makan makanan yang mempunyai pigmen kuning dan carotenoid.

Jika ayam yang mempunyai warna kelabu dan hitam di sana sini seakan-akan lebam itu bermakna ayam tersebut tidak lagi segar.

#5. Ayam Baru Disembelih

Di samping itu, pastikan Mommy memilih ayam yang baru disembelih. Ayam yang baru disembelih ini pastinya lebih segar berbanding dengan ayam sejuk beku yang mana kita sendiri tidak tahu bila ianya disembelih.

Mommy boleh beli terus dari kedai ayam milik peniaga Islam untuk menyembelih untuk Mommy atau suruh suami Mommy sembelihkan untuk Mommy.

Walaupun mungkin sedikit mahal tetapi pastinya Mommy akan berpuas hati dengan kualitinya.

#6. Pilih Ayam Segar dengan Rasa Tekstur Ayam

Tahukah Mommy bahawa kita boleh mengetahui segarnya seekor ayam itu melalui kepaknya. Jika kepak ayam ditarik ke belakang dan ianya kembali ke posisi asal ini bermakna ayam tersebut adalah fresh.

Tetapi, jika sebaliknya iaitu kepak ayam tersebut lembik dan jatuh ke belakang bermakna ayam tersebut tidak lagi segar.

#7. Darah Ayam

Cara yang seterusnya untuk pilih ayam segar adalah melalui darah ayam. Jika Mommy lihat ayam yang dijual mempunyai darah yang cair dan banyak pada tulang ayam tersebut ini bermakna ayam tersebut tidak fresh kerana telah dibekukan dan dinyahbekukan banyak kali.

Ini bukan sahaja membuat ayam tersebut tidak fresh malah bakteria akan membiak pada ayam tersebut. Ayam fresh atau baru disembelih tidak akan mengeluarkan darah yang banyak.

#8. Pilih Ayam Segar dengan Lihat Tongkeng Ayam

Selain itu, Mommy juga boleh melihat dari tongkeng ayam. Tongkeng ayam yang berwarna putih adalah ayam yang diproses selepas ia betul-betul mati.

Manakala, tongkeng ayam yang merah bermaksud ayam tersebut diproses sebelum ayam itu mati dan warna lebam kebiruan pula adalah ayam yang telah mati barulah disembelih.

Jadi, pastikan Mommy tidak terbeli ayam yang telah jatuh hukumnya sebagai bangkai tau!

#9. Penyimpanan Ayam

Pastikan ayam yang mommy beli disimpan dengan baik. Sebaiknya jika Mommy ingin membeli barang, selesaikan dahulu pembelian barangan kering barulah beli barang basah.

Ini untuk mengelakkan risiko bakteria salmonella membiak.

#10. Beli Ayam Pada Awal Pagi

Selalunya, peniaga akan menjual ayam fresh pada sebelah pagi iaitu seawal pasar dibuka. Oleh itu, pastikan Mommy membeli di waktu pagi dan pastinya ayam-ayam yang dijual semuanya masih fresh.

Diharapkan, Mommy mendapat panduan berguna dalam pemilihan ayam proses segar pada entri kali ini.

Bukan hanya kesegaran yang patut dititiberatkan tetapi juga kebersihan juga penting dalam pemilihan sesuatu makanan agar kita dan keluarga terhindar dari segala jenis penyakit.

Mahu memikat selera keluarga haruslah memilih makanan yang segar.


Dapatkan pelbagai lagi tips dan info pemakanan menarik yang lain di SINI!