Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Menu Diet: Ayam Stim Halia Yang Penuh Dengan Nutrisi!

Kredit gambar: Rasa Nak Masak

Menu kita pada kali ini adalah Ayam Stim Halia yang sesuai untuk makan bersama sup dan nasi berserta ulam-ulam.

Untuk Mommy yang sedang menjaga pemakanan dan mahu menu yang sihat, boleh cuba resepi di bawah.

Bahan-bahannya cukup mudah untuk diperolehi di pasaraya yang terdekat.

Mari kita lihat resepi di bawah!

Print

Resepi Ayam Stim Halia

Course Makan Tengah Hari
Cuisine Melayu
Keyword ayam, Halia

Ingredients

  • Kicap cair
  • Serbuk lada putih
  • Minyak bijan
  • Bawang putih Dicincang
  • Garam
  • Daun bawang
  • Halia Dihiris

Instructions

  • Masukkan kicap cair bersama ayam, garam, serbuk lada putih, minyak bijan, hirisan bawang putih.
  • Kemudian, gaulkan semua sehingga sebati dan perapkan selama 1 jam.
  • Susun dan masukkan ke dalam steamer. Stim selama 15 minit dan selepas siap, boleh taburkan daun bawang. Siap dan dia untuk dihidang.

Kenapa ayam dan halia? Ada banyak faedah untuk kesihatan kita ke?

Kalau Mommy nak tahu, ya! Memang ada kemujarabannya dengan halia ni. Halia digunakan dalam banyak masakan kita seperti rendang, asam pedas dan macam-macam jenis lauk lagi!

Kelebihan Halia

Kredit gambar: Goodrx

Mengikut pakar dan info daripada Healthline, banyak kelebihan halia ini untuk kesihatan kita dan nutrisinya. Antara kebaikan halia adalah:

  • Mengandungi gingerol, yang mempunyai sifat perubatan yang kuat
  • Boleh merawat pelbagai bentuk loya terutamanya ‘morning sickness’
  • Boleh membantu mengurangkan berat badan
  • Boleh membantu masalah osteoarthritis
  • Boleh menurunkan gula dalam darah secara drastik
  • Boleh membantu merawat penyakit kronik
  • Dapat mengurangkan kesakitan senggugut dengan ketara
  • Dapat membantu menurunkan paras kolesterol

Untuk wanita yang hamil, ia boleh menolong ‘morning sickness’. Bagi Mommy yang ada senggugut yang ketara, ia juga sangat mujarab untuk mereka yang mengalami kesakitan pada waktu datang bulan. Sekarang Mommy dah tahu kebaikan halia ni, mari kita cuba resepi Ayam Stim Halia ni!

Dengan kelebihan halia ini, pasti dapat memberikan faedah yang sepenuhnya kepada ibadah puasa Mommy!

Sahur kali ini memang sihat dan penuh dengan nutrisi. Pasti Mommy akan berselera dan kenyang sepanjang hari.

Selamat mencuba~

Kredit: Instagram SFS_Kitchen