Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Ayat Untuk Sahabat: 50 Petikan Ayat-Ayat Berkaitan Persahabatan

Sumber: Adobe Stock

Persahabatan yang kukuh dapat mengatasi ujian masa, memberikan kegembiraan atau kesedihan, dan membantu perkembangan emosi mana-mana individu. Kebanyakan orang mengaggap sahabat baik atau akrab sama taraf seperti keluarga sendiri, baik kawan-kawan lama ataupun yang baru.

Setiap persahabatan penuh dengan detik-detik yang menggembirakan, menyedihkan, dan ada juga yang mengelirukan. Tak kira apa jua keadaan sekalipun, terdapat banyak ayat untuk sahabat yang dapat memberikan semangat, dorongan, ataupun kata-kata hikmah.

Persahabatan yang sihat memerlukan individu yang sering berkomunikasi secara terbuka, dan sahabat yang sebenar adalah mereka yang menerima anda seadanya dan mampu menghormati batasan anda walaupun sekiranya bercanggah pendapat.

Highlighted

Sumber: Getty Images

Persahabatan yang sihat juga memerlukan sokongan sesama sendiri dan tidak hanya muncul bila memerlukan bantuan. Layari petikan ayat-ayat berikut untuk sahabat yang dapat menyentuh hati.

50 Petikan Ayat Untuk Sahabat Yang Indah

1. Sahabat baik tidak pernah berjauhan. Walaupun jauh di mata, tapi tetap dekat dihati.

2. Melangkah sendiri jika ingin berjalan lebih cepat, tapi melangkahlah bersama sahabat jika ingin berjalan lebih jauh.

3. Teman adalah seribu kawan diwaktu senang. Sahabat adalah seorang kawan di saat suka dan duka.

4. Setiap persahabatan baru adalah pengembaraan baru; permulaan sesuatu yang akan memberikan banyak kenangan.

5. Sahabat baik takkan berdiam diri, sebaliknya akan berterus terang.

6. Persahabatan yang manis menyegarkan jiwa.

7. Sahabat yang sebenar ialah seseorang yang muncul bila anda dilanda masalah sementara seluruh dunia melarikan diri.

8. Hadiah paling berharga yang dapat anda terima adalah seorang rakan yang jujur dan setia.

9. Sahabat baik adalah seperti bintang; anda mungkin tidak selalu melihatnya tetapi mereka sentiasa ada di sana.

10. Sahabat handai adalah keluarga yang anda pilih.

11. Ramai orang akan masuk dan keluar dari hidup anda, tetapi hanya rakan sejati yang akan meninggalkan jejak kaki di hati anda.

12. Persahabatan yang baik bukan ditentukan oleh berapa lama anda kenal seseorang, tetapi siapa yang tak pernah tinggalkan sisi anda.

Sumber: Getty Images

13. Aku tak berjanji untuk menyelesaikan masalahmu, tetapi aku berjanji tetap akan ada bersama menghadapi masalahmu.

14. Pergaduhan yang besar atau kecil takkan mampu leraikan persahabatan kita, kerana kita adalah sahabat selamanya.

15. Dunia ini memerlukan rakan lebih banyak seperti anda; penyayang, bijaksana, dan baik dalam segala yang anda lakukan!

16. “Besi menajamkan besi, teman menajamkan teman.” (Nabi Sulaiman)

17. Lebih baik berjalan dalam gelap bersama sahabat, berbanding dari berjalan dalam terang seorang diri.

18. Sahabat sejati bukanlah mereka yang mempunyai persamaan, tetapi mereka yang saling melengkapi perbezaan masing-masing.

19. Persahabatan yang sejati adalah perjalanan yang tidak akan tamat.

20. Teman adalah seribu kawan sewaktu senang, sahabat adalah seorang kawan di saat susah dan duka.

21. Matahari tak pernah memilih siapa yang harus diberikan sinar. Begitu jugalah dengan sahabat sejati.

22. Indahnya persahabatan adalah saat kita memberi tetapi tak mengharapkan balasan, dan ada ketawa saat dalam kesedihan.

23. Jangan pernah memandang rendah erti persahabatan kerana dalam hidup ini kamu tak akan mampu melangkah seorang diri tanpa sahabat.

24. Teman merupakan orang yang menyelamatkanku dari neraka yang bernama kesepian. (Naruto Uzumaki)

25. Selain ibu bapa dan keluarga, kamu adalah sahabat sejati yang menjadi sebahagian dari hidupku.

26. Jangan berjalan di belakangku, mungkin aku tak dapat memimpinmu. Jangan pula berjalan di depanku, mungkin aku tak mampu mengikutimu. Berjalanlah di sisiku dan jadilah sahabatku.

Sumber: Getty Images

27. Keikhlasan persahabatan takkan lupus jika jujur menjadi sandaran.

28. Cinta yang berasal dari persahabatan adalah asas kehidupan bahagia.

29. Jika anda mencari rakan, mungkin ia susah untuk dijumpai, tetapi jika anda menjadi seorang rakan, anda akan menjumpai teman dimana sahaja.

30. Persahabatan yang kukuh tidak memerlukan perbualan harian atau meluangkan masa bersama. Selagi hubungan itu hidup di hati, kawan sejati tidak pernah berpisah.

31. Sahabat, nikmatilah hidupmu dan bergembiralah dalam persahabatan ini kerana ia tidak akan pudar selamanya.

32. Jarak bukan pemisah persahabatan kita, malah jarak menjadikan hubungan kita bertambah erat setiap hari.

33. Ada hikmah Allah temukan kita sebagai sahabat. Takdir Allah adalah yang terbaik dalam kehidupan dunia akhirat.

34. Seorang pahlawan membuktikan dirinya dengan sebuah tindakan, seorang pecundang membuktikan dirinya melalui perkataan, seorang sahabat pula membuktikan dirinya dengan kesetiaan.

35. Pertalian darah membuatkan anda keluarga, cinta menjadikan anda keluarga.

36. 1000 musuh mudah dicari, satu sahabat sepertimu sukar dicari.

37. Sahabat sejati bukanlah mereka yang memiliki banyak persamaan, tapi mereka yang memiliki pengertian terhadap setiap perbezaan.

38. Sahabat, kau adalah ketenanganku, yang menjadikan jiwa ini senang serta menjadikan hati ini terang.

Sumber: Getty Images

39. Jika anda mencari rakan yang tidak mempunyai kekurangan, anda tidak akan mempunyai teman.

40. Sedikit kekuranganmu, adalah kelebihanku. Sedikit kelebihanmu, adalah kekuranganku. Kerana itu, kita adalah sahabat.

41. Kita bukan dari rahim yang sama, tapi kita punyai jiwa yang sama.

42. Sahabat adalah umpama mutiara terang yang menyuluh ke arahmu, tidak sedikit pun malap tetapi tetap menerangimu dalam apa jua keadaan.

43. Tujuh warna menjadikan pelangi, tujuh hari menjadikan seminggu, dan tujuh huruf menjadikan kamu SAHABAT.

44. Senyumanmu semanis semut menyengat, membuatkan hariku lebih bersemangat.

45. Kita rapat bukan kerana kau kerabat, tetapi kerana kau sahabat.

46. Kawan yang baik sukar dicari, lebih sukar untuk ditinggalkan, dan mustahil untuk dilupakan.

47. Sahabat, semoga bahumu sentiasa ada untuk air mataku. Semoga dirimu sentiasa ada saat ku perlu.

48. Nasib baik kawan-kawan tidak datang dengan tanda harga kerana aku takkan mampu membayar untuk sahabat-sahabat baik yang aku ada.

49. Diam bukan bererti lupa, jika sahabat sentiasa dalam doa.

50. Sahabat adalah hadiah yang anda berikan kepada diri sendiri.

Sumber: Getty Images

Petikan-petikan ayat untuk sahabat diatas amat sesuai digunakan bila-bila masa untuk sahabat baik anda, sama ada untuk menulis dalam kad hari jadi, bila berlaku percanggahan dan anda ingin meminta maaf, ataupun dalam perbualan atau mesej teks harian. Sahabat anda tentu akan menghargainya!