Ibu, Bayi & Kanak Kanak

15+ Baby Comel yang Terkenal di Malaysia (Sama Seperti Ibu Bapa Mereka!)

Kredit Foto: Instagram

Apabila ibu bapa mereka merupakan artis dan influencer, anak-anak mereka sudah pasti menjadi tumpuan netizen!

Bukan sahaja bijak dan mencuti hati orang ramai, baby comel ini semua terkena tempias populariti ibu bapa mereka.

Malahan, ada juga yang mempunyai akaun Instagram yang tersendiri! Kerana kecomelan mereka, ada antara mereka yang sudah berpeluang untuk menjadi duta iklan!

Menariknya, akaun Instagram yang dikendalikan oleh ibu bapa mereka menjadi ruang untuk perkongsian gambar dan video yang sangat mencuit hati! 

17 Baby Comel Yang Terkenal Di Malaysia Yang Mampu Memberi ‘Baby Fever’ Kepada Netizen!

1) Alisya Aisyah (Hanis Zalikha & Hairul Azreen)

Highlighted

Kredit Foto: @thealisaaisyah & @haniszalikha

Nama yang tidak asing lagi di laman Instagram, Alisya Aisyah telah memenangi Anugerah Si Cilik Meletop 2020!

Si cilik ini hanya berumur 1 tahun 9 bulan, namun sangat petah bercakap, lucu dan bijak sama seperti abangnya, Yusuf Iskandar.

2) Rizqaa Rizman (Rizman Nordin & Nurida Suraya)

Kredit Foto: @rizqaarizman

Sekali pandang, bayi ini comel seperti bayi ala-ala Hindustan! Manis dan comel seperti kedua Ibu dan Ayahnya, seorang ‘fashion designer’ yang terkenal di Malaysia.

Untung sungguh Rizqaa, sudahlah comel, selepas itu baju semua cantik-cantik dihasilkan oleh Ayah!

3) Irisa Alaia (Izara Aishah & Muhammad Adib Khalid)

Kredit Foto: @izaraaishahofficial

Kecomelan yang mampu membuatkan ‘baby fever’! Irisa Alaia, seindah namanya, indah lagi rupanya! Sudah tentulah, ibunya merupakan pelakon terkenal di Malaysia, Izara Aishah.

Perwatakan Irisa Alaia yang nampak selalu tersenyum dan girang di Instagram ibunya mencuit hati peminat bayi kecil ini.

4) Aslan Adam (Kaka Azraff & Adam Azriff)

Kredit Foto: @kakaazraff

Aslan Adam, anak kepada Kaka Azraff yang baru-baru ini menjuarai AJL 35 ini berumur 1 tahun 5 bulan ini tampak ‘cheeky’ dan segak seperti kedua ibu bapanya!

Unik kan nama Aslan? Maksud Aslan itu merupakan keberanian dan ketabahan. Semoga apabila dia membesar, dia juga akan membawa nama itu dengan kebanggaan!  

5) Lyla Amina (Scha Alyahya & Awal Ashaari)

Kredit Foto: @lylaaminaa

Kalau anda ada menonton rancangan SchaAwal Baby Boom, sudah tentu anda akan mengenali Lyla Amina! Lyla Amina adalah puteri kedua SchaAwal selepas Lara Alana.

Tahniah bagi kedua-keduanya kerana menimang bayi yang tersangat comel ini. Sama sungguh iras rupa Lyla Amina dengan kakaknya, Lara Alana!

6) Isaac Raees (Zahirah Macwilson & Aiman Hakim Ridza)

Kredit Foto: @isaacraees

Wah! Sedap sungguh nama Isaac Raees ni! Bayi yang baru sahaja berumur 2 bulan ini sudah tentu menjadi tumpuan peminat Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim.

Isaac yang manis dengan ‘dimples’ di pipinya membuatkan hati kita semua cair melihatnya! 

7) Shariq Gabriel (Emma Maembong & Shazli)

Kredit Foto: @shariqgabriel

Siapa yang tak kenal bayi yang mempunyai mata berkelabu cantik ni? Shariq Gabriel, cahaya mata kepada Emma Maembong dan Shazli ini memiliki mata yang sangat unik!

Mungkin ini kerana kacukan dari kedua-kedua belah ibu bapanya. 

8) Fatima (Fazura & Fattah Amin)

Kredit Foto: @fattzuralovelife

Puteri Fattzura, pasangan terkenal di Malaysia ini telah dianugerahkan cahaya mata yang sangat comel seperti namanya, Fatima.

Fatima hanya 5 berumur bulan tetapi wajahnya sudah tampak cantik seperti ibunya! Peminat Fatima tidak sabar untuk melihat perkembangannya di hari-hari akan datang.

9) Andre Omar (Farah Nabilah & Amirul)

Kredit Foto: andreomar_

Nama yang tidak asing daripada drama TV3, Farah Nabilah baru-baru ini telah menimang cahaya mata lelaki iaitu Andre Omar yang dikatakan sangat ‘cheeky’ oleh ibunya!

Andre Omar hanya berumur 5 bulan tetapi senyumannya yang sangat girang itu membuatkan peminat ingin mengikuti perkembangannya. 

10) Emelia Dan Eusoff (Dr Sheikh Muszaphar & Dr Halina)

Kredit Foto: @drsheikhmuszaphar

Kembar kedua oleh pasangan ini! Untungnya mereka dapat dua pasang kembar kan?

Tapi kali ini, pasangan kembar lelaki dan perempuan pula. Comel sungguh mereka kembar ini.

Seronok betul jadi Emelia dan Eusoff, ada ramai kakak dan abang!

11) Raden Seri Rossabella Cinta (Mawar Rashid & Raden Yaakob)

Kredit Foto: @rossabellacinta

Panjang dan uniknya nama puteri Mawar Rashid dan Raden ni! Dikatakan, kedua ibu bapanya sering mahukan anak perempuan dan ingin memberi nama ‘Cinta’!

Alhamdulilah, tercapai juga hajat mereka berdua. Hanya berumur 2 bulan tetapi kecomelannya bukan biasa-biasa ya!

12) Muhamad Rayyan Khalaf (Elfira Loy & Faris)

Kredit Foto: @muhamadrayyankhalafofficial

Muka seperti copy dan paste! Sungguh iras dengan ibu bapanya, Elfira Loy dan Faris. Baby boy comel kepada mereka berdua ini merupakan seorang bayi yang aktif berumur 1 tahun 5 bulan.

Peminat Rayyan sering memuji rupa bayi ini ala-ala Korean. Kecil-kecil lagi sudah tampan kan! 

13) Aya Soffya (Aeril Zafrel & Wawa Zainal)

kredit Foto: @ayyasoffya

Aya Soffya ataupun digelar Sopia oleh ibu bapanya, membuatkan hati peminatnya cair dengan rupanya yang comel!

Sopia ialah cahaya mata ketiga pasangan ini dan geligat nakal dan comel Sopia di laman Instagram telah memberi peluang dan rezekinya menjadi duta untuk sebuah jenama.

Wah, murah rezeki Sopia ni!

14) Bintang Aiko (Loca B & Tuju)

Kredit Foto: @aiko.bintang

Seorang ‘survivor’ Gastroschisis, Bintang Aiko ialah bayi kepada penyanyi rap Loca B dan Tuju.

Bintang Aiko ialah seorang bayi yang sangat istimewa kerana dia menghadapi Gastroschisis ketika kelahirannya.

Tetapi, jangan risau, kerana sekarang Bintang Aiko sudah bersedia untuk menyinari dunia dengan kecomelannya!

15) Jebat Jayden (Noor Nabila & Sharnaaz Ahmad)

Kredit Foto: @jebatjayden

Semegah namanya, Jebat Jayden ialah cahaya mata oleh Noor Nabila dan Sharnaaz Ahmad.

Walaupun ibu dan bapanya sudah tidak bersama lagi, mereka berdua masih menjaga Jebat Jayden dengan penuh kasih sayang!

Jebat Jayden sangat sukakan lagu kegemarannya iaitu, Burung Kakak Tua yang sering menjadi hiburan buat peminatnya di laman Instagram.

16) Ara Adreanna (Bella Astillah & Alif Aziz)

Kredit Foto: @araadreanna

Ara Adreanna yang dikatakan seperti hadiah dan rezeki buat pasangan ini menjadi pelengkap keluarga kecil mereka!

Bayi kedua pasangan ini tidak sampai umur setahun pun lagi dan sentiasa menyerikan laman Instagram dengan senyuman manisnya itu!

17) Imaan Muniraa (Iman Abdul Rahim & Marwan)

Kredit Foto: @imanabdulrahim

Seorang beauty influencer yang terkenal, Iman Abdul Rahim menimang cahaya mata perempuan kedua yang diber nama Imaan Muniraa.

Muniraa, atau digelar Cacaa, sering kelihatan manja dan akrab dengan ibu bapanya serta kakaknya, Maysaa.

Apa yang lebih menambat hati para peminat baby comel ini ialah apabila maknya, Iman, sering memakaikan dan memperagakan Imaan Muniraa dengan pakaian warna merah jambu. 


Siapa sahaja yang tak suka baby comel bukan? Tambahan lagi anak-anak selebriti dan influencer yang kita minat yang boleh dijadikan panduan penggayaan dan sebagainya. 

Jangan lupa untuk cuba tips keibubapaan yang turut dikongsikan emak dan ayah baby comel ini ya.