Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Adakah Penting Bacaan Gula Normal Untuk Ibu Mengandung? Mommy Please Take Note!

bacaan gula normal untuk ibu mengandung

Kredit gambar: lifepack.id

Bacaan gula normal untuk ibu mengandung adalah sangat penting bagi memastikan ibu dan bayi dalam kandungan kekal selamat dari menghidapi beberapa masalah kesihatan seperti kencing manis semasa hamil.

Kencing manis semasa hamil atau istilahnya adalah Gestational diabetes mellitus (GDM) merupakan masalah kesihatan utama yang sering kali dihadapi oleh kebanyakan wanita hamil.

Tentu Mommy pening kan macam mana boleh menghidapnya sedangkan sebelum ini tak pernah ada pun?

Untuk membantu Mommy semua memahaminya dengan lebih jelas lagi, jom ikuti perkongsian mengenainya di bawah ini!

Kepentingan Bacaan Gula Normal Untuk Ibu Mengandung

Highlighted

Kredit gambar: icloudhospital.com

Sebenarnya Mommy, semasa hamil terdapat banyak perubahan yang akan berlaku kepada tubuh.

Ini termasuklah hormon tubuh yang akan berlaku perubahan, iaitu di mana badan sewaktu mengandung akan menjadi lebih sukar untuk memproses gula dalam darah dan disebabkan kesukaran ini gula dalam darah akan meningkat.

Hormon yang dihasilkan ini akan menyebabkan berlakunya peningkatan tahap rintangan insulin dalam tubuh wanita hamil dan sekaligus mengakibatkan paras gula darah meningkat tinggi.

Tahap rintangan ini juga akan semakin meningkat seiring dengan tumbesaran plasenta. Apabila gula dalam darah Mommy adalah tinggi, ia akan menyebabkan beberapa masalah dan komplikasi kepada ibu serta bayi dalam kandungan.

Menurut Doktor Norintan Zainal Abidin Shah, Consultant Obstetrics & Gynecologist di Columbia Asia Seremban, tubuh memerlukan glukosa atau glukos sebagai sumber tenaga untuk kita menjalani kehidupan harian, namun begitu sekiranya glukosa di dalam badan adalah berlebihan ini akan mengakibatkan kerosakan kepada organ dalaman tubuh kita.

Tahap glukos yang tinggi semasa hamil juga berupaya untuk menyebabkan pelbagai masalah kepada janin seperti masalah jantung pada bayi dalam kandungan.

Tatkala disahkan hamil, setiap ibu perlu menjalani ujian MGTT untuk mengesan paras gula dalam tubuh dan ia selalunya akan dilakukan ketika usia kandungan memasuki trimester yang kedua dan secara puratanya terdapat 2% hingga 4% wanita akan menghidap diabetes sementara atau turut dikenali sebagai diabetes kehamilan ini.

Bagi ibu hamil yang bacaan BSP tidak tinggi, doktor akan menyarankan Mommy untuk mengamalkan senaman dan diet yang seimbang.

Manakala bagi wanita hamil yang telah melakukan diet serta senaman tetapi masih lagi mempunyai bacaan paras gula yangkekal tinggi, doktor akan menyarankan pengambilan ubat seperti metformin atau suntikan insulin.

Faktor Anda Menghidap Diabetes Semasa Hamil

Kredit gambar: atriumhealth.org

Mommy akan berisiko tinggi untuk mendapat diabetes ketika hamil jika mempunyai beberapa masalah seperti di bawah:

  • Mempunyai berat badan berlebihan.
  • Terdapat sejarah keluarga yang mempunyai kencing manis.
  • Pernah menghidap kencing manis melalui kehamilan yang lepas.
  • Terdapat sejarah kelahiran bayi besar melalui kehamilan sebelum iaitu lebih dari 4.5kg.
  • Mempunyai sejarah perubatan yang berkait rapat dengan perkembangan diabetes seperti sindrom metabolik dan sindrom ovari polikistik.

Ketika hamil, Mommy akan diminta untuk melakukan Ujian Toleransi Gula, dimana Mommy harus berpuasa selama 8 jam bermula pada waktu malam sebelum ujian dilakukan keesokan harinya.

Doktor akan mengambil darah untuk diuji di makmal sebelum Mommy minum air gula atau glukosa untuk menilai bacaan paras gula dalam darah.

Setelah darah diambil, Mommy akan diminta untuk minum air glukosa yang disediakan di mana ia mengandungi 100gram larutan gula.

Tahap glukosa dalam tubuh akan diuji setelah 2 atau 3 jam selepas Mommy meminumnya. Mommy akan menerima keputusan Ujian Toleransi Gula Oral sama ada dalam miligram per desiliter (mg/dL) atau milimol per liter (mmol/L).

Kredit gambar: amalini-pregnancyjournal.blogspot.com

Berdasarkan keputusan ujian yang diperoleh, Mommy akan didiagnos mempunyai diabetes semasa hamil jika paras bacaan gula darah adalah lebih tinggi daripada bacaan di bawah ini iaitu:

  • Paras glukosa darah sebelum makan yang normal bacaannya adalah 5.3 mmol/L.
  • Paras glukosa darah normal selepas makan bacaannya adalah kurang daripada 7.8 mmol/L.
  • Paras glukosa darah normal selepas dua jam makan bacaannya pula adalah lebih rendah daripada 6.4 mmol/L.

Tips Untuk Dapatkan Bacaan Gula Normal Untuk Ibu Mengandung

Kredit gambar: oslonyehoyskole.no

Dr Norintan Zainal Abidin Shah turut menyenaraikan beberapa tips berkesan untuk ibu hamil amalkan iaitu:

  • Jangan simpan atau beli apa pun jenis makanan yang berisiko tinggi membuatkan Mommymenghidap kencing manis atau meningkatkan bacaan gula dalam tubuh anda.
  • Gantikan makanan seperti beras, mi, bihun, pasta dan roti biasa dengan jenis makanan yang mempunyai karbohidrat berserat tinggi atau complex carbohydrates contohnya seperti beras perang, roti wholemeal, bihun dari beras merah atau pasta yang diperbuat dari wholemeal flour.
  • Selain itu, Mommy juga disarankan untuk makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi secara kerap iaitu dengan menambah pengambilan snek pagi dan petang di antara waktu makan utama.
  • Mommy juga digalakkan untuk amalkan diet yang telah disarankan oleh pakar pemakanan.
  • Pilih makanan yang Mommy suka tetapi dengan mematuhi jenis makanan yang dibenarkan oleh pakar pemakanan.

Diabetes Selepas Kelahiran

Kredit gambar: www.unicef.org

Untuk makluman Mommy, dalam kebanyakan kes diabetes akan hilang setelah bayi dilahirkan. Namun begitu, Mommy juga perlu ingat bahawa kebarangkalian untuk menghidapnya adalah tinggi pada masa hadapan terutama jika Mommy mempunyai berat badan yang berlebihan.

Bagi mengurangkan risiko, Mommy sangat digalakkan untuk mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang, membuat senaman secara berkala serta mengekalkan berat badan yang sihat.

Bagi Mommy yang menghidap kencing manis semasa hamil juga, anda perlu menjalani ujian glukosa darah (gula)  pada minggu ke-6 selepas kelahiran.

Hal ini bagi memastikan bahawa paras glukosa dalam darah sudah kembali normal dan anda benar-benar sudah bebas dari masalah kencing manis semasa hamil.

Amal Gaya Hidup Sihat dan Patuh Arahan Doktor

Kalau Mommy semua tak keberatan, mungkin Min boleh kongsikan sedikit pengalaman di mana mungkin dari sini Mommy semua boleh tahu betapa pentingnya bacaan normal gula dalam darah semasa hamil.

Pengalaman pertama Min semasa hamil anak sulung, selepas minum air gula doktor sahkan Min ada GDM yang puncanya adalah berat badan berlebihan.

Maka disebabkan ada GDM, Min perlu buat BSP iaitu ambil bacaan 4 kali sehari pada waktu pagi, tengahari, petang dan malam selang dua minggu pada setiap bulan.

Dari setiap bacaan BSP yang diambil, Min selalu sangkut pada waktu malam. Jadi, untuk kurangkan risiko kepada bayi doktor cadangkan Min ambil ubat kencing manis iaitu metformin sepanjang mengandung.

Sejak disahkan GDM, banyak komplikasi disebabkan masalah kencing manis berlaku antaranya yang paling teruk adalah tumpah darah dan ada bukaan kecil pada rahim sewaktu usia kandungan 20 minggu, tetapi alhamdulillah bayi masih selamat sehinggalah tiba waktu untuk dilahirkan.

Namun, bayi Min tak dapat diselamatkan dan hanya sempat hidup selama 11 jam sahaja.

Pengalaman hamil untuk kali kedua pula, disebabkan kehamilan yang pertama ada masalah kencing manis, jadi risiko hamil kali ini untuk hidap kencing manis adalah tinggi dan sekali lagi Min disahkan GDM.

Disebabkan kehamilan kedua ini Min ada alahan pada ubat kencing manis serta ada komplikasi serta rekod kematian, jadi doktor lebih berhati-hati dalam penjagaan yang sangat ketat dan mencadangkan untuk suntikan insulin sebagai kaedah rawatan untuk elakkan komplikasi lebih teruk.

Alhamdulillah, sepanjang kehamilan kedua Min tidak mempunyai banyak masalah. Namun siapa sangka, disebabkan masalah kencing manis ini, bayi Min dilahirkan tidak cukup bulan dan mengalami banyak komplikasi kesihatan yang lain dan perlu dirawat di NICU serta keluar masuk hospital untuk tempoh yang lama.

Jadi nasihat Min, ambillah pengajaran dari pengalaman Min dengan sentiasa menitikberatkan soal kesihatan diri, sentiasa amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang serta pastikan berat badan adalah ideal semasa hamil.

Patuhi semua arahan doktor kerana mereka sangat pakar dalam bidang yang diceburi dan tahu apa yang terbaik untuk anda dan bayi anda.

Ketahuilah diabetes ini mampu merisikokan diri dan bayi anda dalam bahaya!


Khas untuk Mommy yang pertama kali bakal menjadi ibu, jom sertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan New Mom Program seperti ‘welcome gift’ percume dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!

Apa tunggu lagi jom layari website Motherhood sekarang!


Mommy boleh juga ketahui tips dan nasihat ketika hamil yang lain di SINI.