sumber gambar dari Huffington post
Apa itu deria?
Terdapat 5 deria – rasa, sentuhan, penglihatan, dan pendengaran – alat untuk bayi memahami persekitarannya.
Apa dialami oleh mereka melalui deria tersebut akan disimpan dibahagian otaknya. Apabila mereka membesar dan berkembang, mereka gunankannya untuk gambaran disekelilingnya.
Perkara yang paling ringkas juga membantunya memahami dunianya.
Sebagai contoh, lihat berapa banyak deria yang berfungsi apabila anda memeluknya. Dia akan melihat muka dan mendengar suara anda. Dia akan merasakan sentuhan dan pergerakan anda, dan menghidu juga. Kesemua deria ini membantunya untuk belajar.
Bagaimana deria tersebut berkembang?
Deria tersebut mula berkembang pada awal kehamilan. Pada trimester pertama, deria rasa, alat penghidu, dan alat sentuhan akan terhasil. Alat sentuhan terhasil pada sekitar mulutnya dan pipinya dahulu sebelum terhasil pada anggota badannya yang lain.
klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!
Alat rasa dan penghidu juga terhasil pada trimester pertama. Apabila bayi anda lahir, dia boleh mendengar, menghidu dan merasa dan sensitif terhadap sentuhan. Dia juga boleh melihat walaupun agak kabur.
Bayi masih tidak boleh memahami tentang deria ini. Saraf tisu yang membawa maklumat dari alat pengesan ke otaknya yang dipanggil ‘laluan neural’, masih belum matang.
Kunci untuk membantu laluan neural matang apabila selalu digunakan: semakin banyak digunakan, semakin cepat ianya akan berkembang dan berhubung. Jadi semakin banyak pengalamannya, semakin banyak otaknya akan membuat perhubungan.
Lama-kelamaan dia akan memahami dan mula menggunakannya sebagai panduannya berfikir dan bertindak.
Fungsi deria dalam hubungan?
Apabila bayi anda lahir, dia akan menggunakan deria tersebut untuk meneruskan proses hubungan yang terhasil sejak dari kandungan. Dia sudah mengenali suara anda dan akan menyukai suara anda.
Derianya akan mengenali bau yang unik dari anda, dimana dia kenali sejak dari utero. Kajian menunjukkan apabila anda mempunyai waktu sentuhan selepas kelahirannya akan membantu bayi anda mengenali bau anda.
klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!
Deria sentuhannya boleh membantu mengeratkan hubungan anda. Memegang bayi anda dia dada, atau menyentuhnya akan menenangkannya dan menstabilkan jantungnya.
Sentuhan juga boleh membuatkan anda berdua lebih gembira dan tenang. Pergerakan ini akan menghasilkan hormon oksitosin, yang dikenali sebagai hormon cinta. Oksitosin boleh menggalakkan lagi perasaan untuk mengeratkan hubungan.
Urutan boleh membantu menghubungkan anda. Mengurut akan menggunakan deria yang lain, bukan deria sentuhan sahaja. Apabila bayi melihat anda, mendengar suara anda, menghidu bau anda. Ia akan membantu anda berdua membina hubungan istimewa.
Bagaimana deria ini membantu pembesaran bayi?
Bayi menggunakan derianya untuk membesar. Beberapa minit selepas dia dilahirkan, bayi menghidu untuk menyusu. Dia akan menoleh kearah dada anda untuk menyusu.
Kebolehannya untuk merasa sangat sensitif. Dia mempunyai alat untuk merasa jauh lebih banyak dari anda! Pada tiga bulan pertama, bayi anda boleh membezakan rasa manis dan pahit dan lebih memilih rasa yang manis kerana susu anda adalah semulajadi manis.
Sentuhan juga memainkan peranan untuk membantu pembesaran bayi anda jika dia lahir lebih awal. Berat bayi pramatang naik dengan cepat dan pulang kerumah lebih awal jika dia diurut semasa di ICU.
Apabila bayi anda mula makan makanan yang pejal, dia memilih beberapa perisa yang dipengaruhi semasa anda hamil dan menyusu. Dia akan berterusan menggunakan derianya apabila dia menjumpai deria baru, penglihatan, bunyian dan tekstur yang baru.
Dia akan menambah makanan dan minuman yang sudah diketahuinya . Peas bergulung, jus, pasta berkuah mungkin akan membuatnya comot tetapi buat bayi anda ianya sangat bagus!
Fungsi deria pada perkembangan fizikal?
Deria ini berfungsi apabila bayi anda mempelajari tentang dunia di sekelilingnya.
Dunianya akan menjadi lebih ceria dengan deria – sentuhan, cahaya, bauan, rasa, dan bunyi. Tetapi dalam beberapa minggu laluan neuralnya mula berkembang. Orang, objek, majlis mula bermain di mindanya.
Bayi menggunakan deria sentuhan tentang bentuk dan tekstur. Pada awal bulan, jari dan tangannya tidak cukup untuk membantunya, jadi dia gunakan mulutnya.
Mulut bayi mempunyai banyak saraf disekelilingnya. Dia boleh belajar dengan memakan mainannya. Erti lain, inilah sebabnya dia memasukkan apa sahaja dalam mulutnya.
klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!
Apabila penglihatannya meningkat, kordinasi tangan-mata mula terhasil. Apabila dia berumur 6 hingga 8 minggu, dia menggerakkan kepala dan matanya kearah objek. Pada usia 3 bulan dia boleh melihat objek yang dipegangnya.
4 hingga 5 bulan, penglihatannya berkembang dan membuatkan dia memahami tentang jarak, membolehkannya mencapai apa sahaja. Inilah skill barunya.
Apabila dia membesar, dia mencuba deria barunya. Banyak permainan bayi yang dikhaskan untuk pembelajaran, tetapi aktiviti sehariannya adalah dengan mengisi kelaparannya juga.
Mandi dan bermain dengan cawan boleh meningkatkan motor skillnya dan mengajar bayi anda tentang cecair dan graviti. Bermain ditaman dengan bunyian, penglihatan, bauan dan tekstur meransang derianya sementara melatih skill barunya.
Bagaimana deria boleh meningkatkan skill komunikasi?
Deria membantunya untuk berkomunikasi. Sebelum kelahirannya, dia sudah mengetahui suara anda dan boleh mengenal suara keluarganya.
Selepas lahir, dia mula meransang pendengarannya dengan suara yang dikenalinya. Pada usia 3 bulan bayi anda akan menoleh jika terdengar suara anda. Dia mula cuba untuk berkomunikasi.
Bukan semua komunikasi adalah verbal, penglihatan juga memainkan peranan. Bayi anda belajar membaca riak muka dan hubungkannya dengan suara anda. Pada usia 4 bulan, dia akan jangkakan suara dengan riak muka. Dia akan terkejut atau sedih jika ianya tak sepadan.
Pabila bayi anda membesar dan belajar bercakap, deria membantunya membina tatabahasa. Perkataan lancar, perlahan, laju adalah mustahil untuk difahaminya tanpa dia mengalaminya sendiri.
Saya risau jika salah satu derianya tidak berkembang. Apa yang perlu saya lakukan?
Derianya mempengaruhi seluruh aspek kehidupan dan perkembangannya. Setiap bayi berkembang dengan caranya sendiri, tetapi anda boleh berjumpa doktor untuk apa-apa masalah berkaitannya.
Doktor juga boleh membantu jika anda tidak boleh memberi ransangan padanya. Ia mungkin disebabkan tekanan selepas bersalin. Jika begitu, doktor boleh membantu anda.
Artikel ini dipetik dari BabyCentre