Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Bagaimana Ingin Membesarkan Anak Yang Tidak Selalu Dengan Gadgetnya

kanak-kanak menonton tv

Huffington image

Bagaimana Ingin Membesarkan Anak Yang Tidak Selalu Dengan Gadgetnya

Semasa berada di zoo bersama rakan beberapa minggu yang lepas, saya hampir dilanggar oleh seorang remaja yang asyik menumpukan perhatiannya pada telefonnya berbanding sangkar monyet disitu.

Sejam kemudian, semasa menunggu giliran untuk membeli biskut M&M yang anak saya mahukan (dan latte yang diperlukan oleh saya), kami terlanggar seoarang lelaki di hadapan kami kerana perhatiannya ditumpukan pada gadgetnya dan bukan persekitarannya.

Tidak kurang dari waktu tersebut, semasa memandu dengan pemanduan perlahan, saya mengira jumlah – muda dan tua- menumpukan perhatian pada gadgetnya lebih dari pemanduannya.

Ianya cukup untuk membuatkan saya berfikir jika anak saya akan membesar dan lebih pentingkan gadgetnya!

Kunci untuk mengajar anak kita adalah mencari punca positif dalam menghadapi kehidupan moden.

Ia adalah tugas kita untuk menunjukkan baik dan buruk manfaat gadget yang kita gunakan seharian.

Anda harus mempunyai teknik anda sendiri untuk menghargai teknologi masa kini tanpa membuatkan mereka obses dengannya.

Jangan Utamakan Alatan Gadget

Kita pasti pernah mendengar kisah seorang budak yang tidak dibenarkan makan biskut selepas makan malam atau sepotong kek selepas parti harijadi, hanya untuk makan makanan ringan selepas mereka keluar dari frasanya yang tersendiri.

Kerana mereka tidak pernah rasakan kemanisannya, keinginanan menjadi membuak-buak.

 klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Adakah cara ini sama jika kita lakukan untuk mengehadkan waktu gadget untuk kanak-kanak? Tidak mustahil.

Tiada apa yang buruk tentang gadget, tetapi kita sebagai ibubapa perlulah menganggap teknologi seperti buah yang dilarang, membuatkan kanak-kanak lebih menginginkannya. Sebaliknya, kita perlu bercakap secara terbuka kebaikan dan keburukannya, dan mengajar mereka bagaimana cara kita menggunakannya – itu lebih penting.

Menghadapi realiti

Begini, saya sangat mempertahankan penggunaan teknologi. Kebanyakan ibubapa tidak menguruskan keperluan ibubapa tanpa menggunakannya – ia tidak mengapa!

Tetapi jika kita ingin mengajar anak kita untuk membataskan masa skrin, kita perlu mula tunjukkan contoh yang baik.

Jika saya tidak mahu anak saya berjalan sambil memfokuskan gadgetnya, saya perlu buat seperti itu dahulu.

Bimbing anak-anak berseronok dengan cara lain.

“Screen time” adalah menyeronokkan. Menonton televisyen, bermain mainan, ia lebih menarik.

Keseronokan yang datang apabila meneroka hutan, membuat projek seni, atau bermain permainan dari papan? Keseronokan itu tidak datang dengan mudah dan cepat. Tetapi, ia lebih banyak ganjarannya.

Tidak cukup untuk membuatkan mereka jauh dari skrin. Sekurang-kurangnya, ibubapa perlu membantu mereka mencari keseronokan lain.

Libatkan mereka dalam perbincangan.

Saya selalu melihat salah satu cara untuk mereka yang cerewet tentang makanan adalah dengan melibatkan mereka semasa persediaan makanan. Kanak-kanak lebih sukakan makanan yang dibuat sendiri oleh mereka- walaupun ia cuma sayuran. Saya memikirkan logik yang sama boleh diterapkan. Jika kita libatkan mereka,  mereka akan lebih faham dan menghormati keputusan itu.

Mungkin bertanya pada mereka berapa lama masa yang mereka rasa sesuai untuk bermain iPadnya (walaupun mereka mungkin menjawab seberapa banyak masa yang boleh!). atau mungkin menyuruh mereka untuk memilih untuk membuat mana-mana kerja rumah dan ganjarannya adalah 20 minit menonton televisyen.

 klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Atau mungkin menyuruh mereka senaraikan aktiviti yang menyeronokkan selepas 20 minit siaran.

Peraturan yang paling penting, untuk menjadikannya lancer biarkan mereka meyenaraikannya berbanding menyuruh mereka lakukannya.

Ingat, anda masih ibubapa.

Ia bergantung pada kita untuk membimbing penggunaan teknologi dalam diri mereka.

Sehingga kini, kita tercari-cari tentang bagaimana untuk melakukannya. Teknologi akan berkembang maju dan kita sebagai ibubapa berusaha untuk menyeimbangkannya.

Tetapi, tidak lagi.

Artikel ini dipetik dari How to Raise Kids Who Aren’t Glued to Their Screens