Baru-baru ini, Akademi Pediatrik Amerika (AAP) mengemas kini garis panduan penggunaan dan keselamatan tempat kerusi kereta bayi. Maklumat ringkas ini dapat membantu ibu bapa dengan pemilihan kerusi kereta yang lebih mudah dengan informasi yang ringkas.
AAP akan melindungi semua termasuk jenis kerusi kereta bayi yang tepat mengikut peringkat usia, pemasangan yang selamat untuk kedua-dua bahagian belakang dan depan kereta, dan informasi yang padat tentang kerusi kereta untuk kanak-kanak.
Rajah ini menjelaskan dengan terperinci termasuk jenis kerusi dan jangka masa, ia sememangnya berguna untuk mereka yang inginkan kerusi kereta berkualiti dan selamat untuk perjalanan yang jauh.
Tambahan lagi, AAP menyediakan cadangan dan FAQs yang lengkap merangkumi pelbagai jenis persoalan daripada ibu bapa tentang penggunaan tempat duduk kereta yang sesuai dengan keselamatan dan usia.
“Sebaik sahaja anda mendapat kerusi kereta bayi yang tepat, grafik CDC boleh membantu anda dengan pemasangan yang betul.”
AAP membantu menangani sebarang kekeliruan, seperti kanak-kanak seharusnya menghadap belakang atau ke hadapan. Garis panduan ini menjelaskan,
“Semua bayi dan kanak-kanak harus menghadap ke hadapan ketika dalam kerusi kereta sekurang-kurangnya sehingga mereka berumur 2 tahun atau sebaiknya berat badan atau ketinggian mereka telah mencapai tahap yang dibenarkan oleh pihak pengeluar kerusi kereta tersebut.”
Sebaik sahaja mereka ada keupayaan untuk menghadap ke belakang, kanak-kanak harus tetap berada di kerusi kereta dengan yang boleh menghadap ke hadapan, atau, sehingga anak itu mencapai berat atau batas ketinggian yang dibenarkan di tempat duduk tersebut.
AAP mengeluarkan garis panduan berikut untuk memberitahu ibu bapa apabila anak bersedia untuk beralih:
- Mereka mencapai tahap ketinggian dan berat badan yang dibenarkan untuk kerusi kereta bayi tersebut. (Had ini disenaraikan dalam manual kerusi kereta)
- Bahu melebihi atas kerusi
- Bahagian atas telinga mencapai tahap atas kerusi
Kumpulan (AAP) itu juga menyatakan tempoh kanak-kanak sepatutnya menggunakan kerusi kereta, banyak persoalan dari rakan sebaya yang menyatakan mereka “terlalu besar” untuk menggunakan tempat duduk kereta, sebenarnya tidak.
Seorang kanak-kanak memerlukan tali keledar pada tempat kerusi kereta tersebut sehingga mereka mencapai ketinggian 4’9’. AAP juga menyatakan kebiasaan berlaku pada kanak-kanak berumur sekitar 8 hingga 12 tahun, tetapi kebanyakkan tidak sesuai dengan kerusi tersebut sehingga umur 10 hingga 11 tahun.
Jika anda membaca garis panduan dan mendapati anda memerlukan kerusi baru, AAP mempunyai tips berikut:
- Tidak ada kerusi yang ‘terbaik’ atau ‘paling selamat’. Kerusi yang terbaik adalah kerusi yang sesuai dengan saiz anak anda, pemasangan yang betul, sesuai dengan kenderaan anda, dan digunakan dengan betul setiap kali anda memandu.
- Jangan tentukan dengan harga sahaja. Harga yang lebih tinggi tidak bermakna kerusi itu lebih selamat atau lebih mudah digunakan.
- Elak menggunakan kerusi yang telah digunakan jika anda tidak tahu sejarah kerusi itu.
Untuk membaca artikel veri bahasa inggeris, klik disini.
Dapatkan kerusi kereta bayi dan barangan bayi ini secara online di Motherhood.com.my dengan tawaran dan promosi yang hebat.