Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Awas! Bahaya Jika Dibiarkan Angin Pasang Dekat Pusat Bayi

Umbilikal hernia adalah jolokan angin pasang yang berlaku pada pusat disebabkan oleh kelemahan atau bukaan pada bahagian otot abdomen sekitar pusat di bawah kulit. Usus kecil mungkin menjulur keluar melaluinya.

Biasanya benjolan ini akan jelas kelihatan apabila bayi menangis, meneran, batuk atau menggeliat.

Namun, bayi yang mengalami angin pasang dekat pusat masih boleh dirawat selagi pusat yang terbenjol tidak bertukar warna hitam, bayi tak menangis dan meragam ianya tiada masalah.

Tanda Angin Pasang Pada Bayi Lelaki & Perempuan

Highlighted


Ibu bapa perlu lebih peka jika ada sebarang bonjolan pada bahagian antara usus dan ari-ari ketika menukar lampin atau memandikan si kecil.

Antara simptom angin pasang pada bayi yang Mommy perlu take note adalah:

  • Benjolan atau bengkak berhampiran pangkal paha atau pusat
  • Sakit atau kelembutan (tenderness) sekitar pangkal paha
  • Tangisan atau meragam yang tidak dapat dikenal pasti puncanya
  • Benjolan yang kelihatan semakin besar semasa meneran, menangis atau batuk

Kebanyakan kes masalah angin pasang yang dialami oleh bayi bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan.

Namun, keadaan ini boleh membawa kepada komplikasi kesihatan serius jika tidak dirawat.

Sebagai ibu bapa, adalah penting untuk anda mengenal pasti gejala dan tanda-tanda jika anak mengalami hernia dan membawa si kecil melakukan pemeriksaan dengan pakar pediatrik jika wujud sebarang tanda hernia.

Kumpulan Bayi Yang Berisiko 

Setiap bayi berisiko untuk mengalami masalah angin pasang. Namun, ada tiga golongan yang biasanya lebih kerap mengalami keadaan ini.

1. Bayi pramatang

Ini kerana dinding otot dalam perut belum berkembang sepenuhnya.

2. Bayi lelaki

Ini kerana hernia mudah terbentuk pada ruang di mana testis turun. Benjolan pada skrotum merupakan paling biasa terjadi.

Ia terjadi jika laluan antara skrotum dan perut tidak tertutup semasa tumbesaran bayi di dalam rahim.

Anda mungkin tidak melihat benjolan ini sepanjang masa sebaliknya hanya apabila si manja meneran, menangis, menyusu atau membuang air besar.

3. Menghidap penyakit paru-paru

Bayi yang mengalami masalah penyakit paru-paru lebih cenderung mengalami angin pasang kerana sering berdepan kesukaran untuk bernafas.

Cara Merawat Tanda Angin Pasang Pada Bayi 

Pilihan rawatan bergantung kepada jenis hernia:

  • Hernia inguinal – Biasanya diatasi dengan pembedahan
  • Hernia umbilikal – Ia mungkin akan menjadi kecil dari masa ke masa
  • Hernia terbelit – Mesti dirawat segera dengan pembedahan

Terdapat dua teknik yang digunakan dalam pembedahan hernia untuk bayi:

  • Pembedahan terbuka memerlukan hirisan kecil sama ada di bawah atau melalui pusat untuk hernia umbilikal. Untuk hernia inguinal, hirisan kecil dibuat di pangkal paha, biasanya di sepanjang lipatan kulit semula jadi
  • Pembedahan laparoskopi memerlukan beberapa hirisan kecil di perut dan pangkal paha

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai masalah hernia ini, segera berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan lebih kepastian.

Semoga perkongsian dapat membantu Mommy untuk lebih peka pada keadaan si manja!


Dapatkan lebih banyak info yang bermanfaat tentang kesihatan bayi di SINI.


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.