Belon air semestinya menjadi pilihan kanak-kanak untuk bermain, lebih-lebih lagi ketika mereka sedang mandi di kolam renang.
Ia bukan sahaja menyeronokkan malah sesuai untuk bermain dengan seisi keluarga.
Belon air juga terdapat juga dalam bentuk yang reusable, yang mana boleh diguna semula dan mesra alam.
Mari ikuti perkongsian daripada Kelley Michelle di laman Facebooknya tentang bahaya magnet yang ada dalam belon air telah memasuki septum hidung anaknya ketika berenang.
Berhati-hati Dengan Bahaya Belon Air Yang Boleh Diguna Semula
Kelly Michelle menceritakan bahawa beliau mendapat panggilan dari anak perempuannya yang berusia lapan tahun mendapati ada sesuatu yang tersangkut di hidungnya.
Namun, beliau menganggap itu hanya gurauan dan ketawa kecil. Dengan usia yang sudah lapan tahun, mana mungkin dia tidak boleh keluarkan sesuatu yang telah masuk ke hidung.
Kanak-kanak itu keluar dari kolam dan mengelap mukanya dengan tuala kemudian mula menjerit kesakitan.
Apabila mendengar jeritan tangisan anak perempuannya Leah, beliau bergegas bawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan segera.
Kelley berkata bahawa sebaik sahaja anak perempuannya dibius, doktor berjaya mengeluarkan enam magnet kecil yang tersumbat dalam septum anaknya.
Kuasa magnet itu sangat kuat sehingga menembusi septum anaknya itu. Dikatakan bahawa magnet itu mungkin jatuh dari salah satu belon air dan ke atas tuala.
Bahaya Mainan Magnet
Terdapat banyak faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli mainan untuk anak Mommy.
Magnet adalah sesuatu benda yang Mommy perlu elakkan semasa membeli mainan untuk anak-anak.
Terdapat banyak mainan yang mengandungi magnet yang sangat kecil dan berisiko untuk kanak-kanak. Mereka mungkin akan tertelan secara tidak sengaja dan sengaja.
Daripada halaman web National Health Service, apabila magnet ditelan ia akan menyebabkan objek magnet berada di dalam bahagian usus.
Seterusnya, tindakan ini memerah tisu sehingga bekalan darah terputus. Ia memerlukan mangsa untuk menjalani pembedahan bagi mengeluarkan magnet tersebut.
Tanda-tanda magnet menelan sering disalah anggap sebagai penyakit virus seperti, loya, muntah dan demam.
Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Tertelan
Terdapat beberapa petua penting untuk mengelakkan keracunan akibat daripada magnet:
- Elakkan beri mainan yang mengandungi magnet pada kanak-kanak
- Simpan magnet di dalam kabinet atau kotak berkunci di luar jangkauan kanak-kanak
- Pastikan buang magnet di tempat yang selamat
Jika magnet sudah ditelan, ini yang Mommy perlu lakukan:
- Jangan menyuruh atau paksa mangsa untuk muntah bagi keluarkan magnet
- Jangan beri sebarang makanan atau minuman
- Segera bawa mereka ke hospital untuk mendapatkan rawatan
Pertimbangkan Pilihan Belon Air
Keseronokan anak-anak pastinya membuat Mommy Daddy gembira. Untuk langkah yang selamat, mungkin Mommy boleh menggunakan bola air sebagai mainan untuk mereka bermain ketika di kolam renang.
Waspada dengan setiap mainan belon air yang dibeli dan pastikan ia selamat untuk kanak-kanak.
Pastikan anak-anak Mommy berada dalam keadaan selamat dan tenang!
Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.
Dapatkan lebih banyak artikel tentang penjagaan kanak-kanak di SINI.