Adakah madu selamat untuk diberikan pada bayi? Tidak! Madu sangat bahaya dan boleh membawa maut kepada bayi.
Terdapat satu perkongsian yang telah dibuat oleh seorang Doktor di satu platform media sosial miliknya, tentang bayi berusia 3 bulan yang asalnya cergas dimasukkan ke NICU. Disahkan bahawa badannya lumpuh.
Pelbagai rawatan telah diberikan namun masih sama, sehinggakan bayi tersebut tidak dapat bernafas dengan baik.
Selepas 2 minggu gagal cari punca, doktor cuba siasat mak ayah bayi tersebut dan mengenal pasti bahawa mereka telah mengaku memberikan makanan berkhasiat orang dewasa kepada bayi tersebut.
Mari ikuti artikel ini untuk perkongsian yang lebih terperinci.
Kenapa Madu Berbahaya Kepada Bayi?
Highlighted
Madu memang bahaya dan tidak sesuai diberikan kepada bayi dan kanak-kanak di bawah usia setahun. Ia boleh mengakibatkan botulisme atau keracunan serius yang disebabkan oleh bakteria dikenali sebagai clostridium botulinum.
Keracunan botulism ini boleh menyebabkan bakteria berkumpul dan mengembang dalam usus bayi dan bayi boleh jatuh sakit.
Jika bayi menelan spora Clostridium botulinum, ia akan berkembang di dalam usus mereka dan akan menghasilkan toksin. Tidak seperti orang dewasa dan kanak-kanak lebih tua, bayi boleh jatuh sakit akibat daripada toksin yang dihasilkan oleh bakteria ini.
Sistem pencernaan bayi belum cukup matang berbeza dengan orang dewasa. . Sebab inilah bakteria berbahaya boleh menyerang sistem pencernaan seorang bayi.
Tanda-Tanda Amaran Botulisme Bayi
Botulisme akibat daripada kolonisasi oleh bakteria dalam sistem penghadaman bayi. Gejala biasanya muncul dalam masa 12-36 jam selepas bayi terdedah kepada makan makanan yang tercemar.
Ia juga mungkin berlaku seawal beberapa jam dan sehingga 10 hari. Gejala botulisme pada bayi mungkin berlaku sehingga 14 hari kemudian!
Bayi dengan botulisme mungkin mempunyai gejala berikut:
- Keletihan
- Selera makan menurun atau kurang menyusu
- Sembelit
- Tangisan yang lemah
- Otot menjadi lembik (tanda mungkin atrofi otot)
- Kelemahan muka
- Susah untuk menelan atau refleks gag yang lemah
Gejala ini disebabkan oleh lumpuh otot yang disebabkan oleh toksin bakteria. Sekiranya bayi anda mempunyai tanda-tanda botulisme, terus bawa ke bahagian kecemasan dengan segera kerana ia boleh mengancam nyawa!
Cara Mencegah
- Hati-hati ketika makan di luar bersama bayi, pastikan sajian yang diambilnya tidak mengandungi madu.
- Jika mengambil rawatan alternatif, pastikan tiada yang berunsur madu.
- Hati-hati dengan makanan yang diproses bersumberkan madu kerana bakteria ini tidak musnah walaupun sudah diproses.
Ia hanya boleh dibunuh dengan suhu yang sangat tinggi.
Elakkan dan jauhkan madu untuk bayi kurang dari setahun. Mommy perlu alert tentang ini !
Jangan berikan bayi Mommy sebarang makanan tanpa merujuk dahulu pakar atau nasihat dari doktor.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan ilmu baharu untuk Mommy dan bakal-bakal ibu yang akan melahirkan cahaya mata pertama nanti!
Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.
Dapatkan lebih banyak artikel berkaitan isu semasa di SINI.