Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Bahaya Makanan Segera Untuk Tumbesaran Kanak-Kanak! Amalkan Tips Pemakanan Yang Sihat

Gaya pemakanan yang sihat sangat penting bagi kesihatan yang baik terutama untuk tumbesaran kanak-kanak.

Tetapi kini, makanan segera lebih popular di kalangan kanak-kanak serta menjadi makanan kesukaan untuk dimakan pada setiap hari.

Antara menu makanan segera yang paling popular adalah seperti ayam goreng, kentang goreng, burger, sosej, nugget, mi segera dan pizza. Makanan-makanan ini sangat mudah didapati serta rasanya juga sedap dan enak.

Mommy tahu tak, makanan segera mempunyai banyak kandungan bahan bahaya yang akan memberikan kesan sampingan buruk kepada kesihatan.

Mari Min kongsikan tentang keburukan makanan segera untuk pengetahuan Mommy.

Bahan-bahan yang berbahaya dalam makanan segera

#1. MSG

MSG atau monosodium glutamat adalah penyedap rasa yang biasanya ditambahkan ke dalam berbagai jenis masakan.

MSG merupakan salah satu daripada beberapa bentuk asid glutamik yang terdapat dalam makanan, sebab utama ialah kerana asid glutamik, yang merupakan asid amino, mempunyai sifat merebak.

#2. Pewarna makanan 

Pewarna buatan adalah bahan tambahan dalam makanan yang digunakan untuk meningkatkan penampilan.

Pewarna makanan seperti red 40 dan yellow 5 boleh membuatkan anak menjadi hiperaktif. Selain itu, boleh menyebabkan anak alergi, bengkak dan gatal-gatal.

#3. Trans lemak

Trans lemak adalah minyak sayur hidrogenasi yang biasanya terdapat dalam marjerin, biskut, jagung pop, makanan goreng, sehingga krim.

Pelbagai kajian menunjukkan bahawa lemak trans boleh meningkatkan kolesterol LDL yang buruk yang secara beransur-ansur meningkatkan risiko penyakit jantung.

#4. Propylene glycol

Propylene glycol banyak digunakan dalam pencuci mulut. Bahan perapan, minuman ringan, frosting kek dan produk tenusu beku.

Nak tahu tak yang propylene glycol ni juga aktif digunakan dalam produk bukan makanan, seperti pek ais dan kosmetik. 

#5. Propyl gallate

Propyl gallate iaitu sejenis serbuk kristal berwarna putih sedikit pahit yang tidak ada bau.

Ia berfungsi untuk melambatkan jangka masa makanan daripada rosak dan memanjangkan jangka hayat minyak.

Contoh makanan yang ada bahan ini termasuk produk daging sejukbeku, instant soup, mayonis, dan gula-gula getah.

#6. Pemanis buatan 

Racun dalam makanan juga boleh ditemui dalam pemanis buatan makanan anak. Ia dikenali sebagai Aspartame.

Pengambilan makanan yang ada pemanis buatan telalu kerap boleh menyebabkan enzim semula jadi tubuh badan tidak dapat berfungsi dengan baik bagi mencegah obesiti dan diabetes.

10 Keburukan Makanan Segera Untuk Anak

#1. Masalah obesiti

Highlighted


#2. Menganggu fungsi otak 

#3. Membantut pertumbuhan kanak-kanak

#4. Mengurangkan produktiviti seseorang

#5. Mengakibatkan kerosakan gigi

#6. Menyebabkan penyakit kronik

#7. Boleh Membahayakan Sistem Pernafasan   

#8. Menyebabkan Penyakit Alahan dan Asma

#9. Meningkatkan Tekanan Darah dan Membebankan Jantung

#10. Boleh Membahayakan Sistem Pencernaan dan Kardiovaskular

Tips permakanan sihat untuk anak

Pastikan anak-anak Mommy mendapatkan makanan yang seimbang dan sihat untuk tumbesaran dan kecergasan yang sihat kepada mereka.

Pemakanan yang baik boleh mengekalkan kesihatan mental dan fizikal anak anda serta untuk perkembangannya. Dietnya mesti mengandungi karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral yang mencukupi.

Ikuti tips pemakanan sihat ini untuk kebaikan si manja Mommy!

#1. Hindarkan ‘jajan’ atau makanan ringan

Elakkan pengambilan makanan ringan seperti snek, gula-gula dan sebagainya yang mengandungi perisa dan pewarna yang tidak baik.

#2. Tumpukan kepada pemilihan makanan yang kaya dengan nutrien

Sentiasa mengalakkan anak anda mengambil makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan yang diperkaya dengan nutrien, bijirin penuh dan yang tinggi serat.

#3. Elakkan memberi minuman berkarbonat

Minuman berkarbonat mengandungi kandungan gula yang tinggi dan ianya tidak sesuai untuk anak-anak. Gula yang tinggi boleh menyebabkan mereka menjadi hiperaktif dan tidak dapat memberi tumpuan terhadap sesuatu dengan sebaik mungkin.

#4. Seimbangkan makanan

Pastikan anak-anak didedahkan tentang makan secara sederhana untuk semua jenis kumpulan makanan seperti karbohidrat,protein dan lemak.

#5. Banyakkan minum air masak

Ia penting untuk fungsi fisiologi tubuh serta dapat mengawal suhu badan dan dapat mengeluarkan toksik yang berlebihan dalam badan. Kanak- kanak amat mudah mengalami dehidrasi berbanding golongan dewasa.

#6. Tingkatkan aktiviti fizikal

Selain pemakanan, Mommy perlu mengalakkan anak-anak bermain di luar rumah seperti taman permainan untuk memberikan kecergasan fizikal dan stamina badan yang sihat.

#7. Sediakan bekalan makanan berkhasiat di rumah

Sentiasa sediakan makanan yang berkhasiat di rumah seperti pelbagai buah-buahan seperti pisang, jambu batu, epal dan oren serta sayur-sayuran yang boleh dimakan mentah seperti salad, timun dan tomato dan susu rendah lemak atau susu berperisa, keju, yogurt, snek bijirin penuh atau rendah lemak dan biskut bergula.

#8. Jadikan waktu makan sebagai waktu bersama-sama keluarga

Makan bersama-sama mampu menggalakkan pemakanan sihat. Libatkan anak semasa merancang dan menyediakan makanan. Ini akan membantu mereka belajar mengenai kepentingan memilih makanan berkhasiat dan makan bersama-sama.

Semoga perkongsian ini dapat memberi kesedaran tentang bahaya makanan segera kepada kanak-kanak dan membantu Mommy dalam memberikan pemakanan yang sihat kepada mereka.


Dapatkan lebih banyak pengetahuan tentang kesihatan kanak-kanak di SINI.