Ibu, Bayi & Kanak Kanak

“Panty Liner Boleh Sebabkan Geseran Pada Kulit Vulva Yang Halus” Bahaya Pakai Panty Liner Setiap Hari Mommy!

Sering kali wanita memerlukan pelapik pada seluar dalam untuk tidak mengotorkan pakaian dalam mereka. Ramai wanita memakai panty liner untuk tujuan kebersihan di bahagian bawah daripada keputihan.

Memang panty liner direka khas untuk vaginal discharge atau kebocoran daripada air kencing. Pad kecil ini juga boleh digunakan sewaktu nak dekat-dekat haid atau pad kecemasan jika Mommy datang haid secara tiba-tiba.

Pelapik ini sangat nipis tapi tidak rapuh seperti pad biasa. Ia juga direka mengikut bentuk seluar dalam serta selesa untuk dipakai.

Tapi kadang-kala, ia lebih mendatangkan kemudaratan daripada kebaikan.

Ikuti perkongsian daripada Dr Muhammad Izzat tentang macam mana Mommy nak elakkan dari kegatalan kemaluan dan juga garis pada vulva daripada pemakaian panty liner ni.

Jom kita baca!

Masalah Gatal Disebabkan Panty Liner 

“Saya nampak you ada garis-garis halus pada vulva (faraj). Awak ada pakai panty liners?”

“Of course la Dr, saya pakai all the time. Vaginal discharge saya kekadang banyak, kadang sikit. Pakai panty liner je senang. Lagipun saya taknak discharge ni kena pada panties”

“Ok, most likely panty liners yang awak pakai tu menyebabkan kerengsaan (irritation) pada kulit vulva. Panty liner boleh sebabkan geseran pada kulit vulva yang halus – menyebabkan awak melecet, dan gatal. Nampaknya macam contact dermatitis”

Highlighted


“Satu lagi, panty liners akan menyebabkan keadaan berkuwap dan panas down there. You akan berpeluh, sekaligus memburukkan keadaan. You akan continue scratching, tak berkesudahan”

Dia pandang saya, sambil mata terbeliak,

“Kenapa takda Dr bagitau saya sebelum ni, dah banyak Dr saya jumpa, takda sorang pun siasat pasal panty liner saya”

“Dah nama pun Dr gynae (sakitpuan) kan, mestilah saya kena tanya semua benda, hatta hal dalam kain pun”

“Habis tu Dr macam mana nak buat dengan vaginal discharge ni, takut kena pada underwear”

“Kalau awak takut kena pada seluar dalam; bawa extra panties dalam your bag. Stop using panty liner, sebaliknya tukar panties”

2 minggu kemudian beliau datang semula untuk follow up, 

“Ya Allah, betul sangat Dr cakap haritu. Hilang teruih gatal, tak selesa ni” 

Panty liner boleh bergesel pada labia, mungkin mencetuskan kemerahan, kerengsaan, dan gatal-gatal. Panty liner wangi mungkin mengandungi bahan kimia yang boleh merengsakan tisu sensitif di sekeliling faraj.

Memakai panty liner, tak salah tapi ia akan mendatangkan lebih banyak masalah seperti infection juga tau Mommy!

Sekadar memakai untuk discharge tu, lebih baik Mommy tukar seluar dalam secara menyeluruh. Mesti lebih selesa dan juga fresh sepanjang masa!

Thanks Dr Izzat, sekarang kita dah tahu yang memakai panty liner hari-hari akan membawa kepada masalah seperti kegatalan, ketidakselesaan di bahagian faraj, jangkitan dan sebagainya.

Semoga bermanfaat untuk Mommy!

Kredit: Dr Muhammad Izzat


Dapatkan informasi yang lebih lanjut tentang kesihatan Mommy di SINI!