Sering kita menutup mata berkaitan rokok dan kesihatan. Tetapi ia sangat memudaratkan dan menjejaskan kesihatan anak Mommy ya! Ibu bapa yang merokok, berpotensi untuk anak menjadi perokok ketiga.
Betul, ibu bapa mungkin merokok di luar rumah, mandi dan tukar baju semua. Tetapi ia akan mendatangkan kemudaratan daripada kebaikan kerana sisa asap tersebut. Adakah Mommy pernah dengar tentang sisa asap basi?
Ikuti penerangan Dr Samhan tentang bagaimana anak menjadi perokok ketiga dan apa sebenarnya sisa asap basi ni. Jom kita baca dengan lebih lanjut.
Bahayanya Sisa Asap Basi
“Doktor, anak saya ini dah berbulan batuk. Jumpa doktor, doktor bagi neb, baik sekejap. Lepas tu batuk balik”
“Ala kesiannya. Umur baru 10 bulan. Ayahnya merokok tak?”
“Dulu merokok sekarang hisap vape. Tapi dia tak hisap depan anak. Biasa dia hisap luar rumah.”
Highlighted
Jauh disudut hati, saya cukup kasihan dengan anak ini. Tanpa sedar anak ini adalah perokok ketiga dan sedang menghisap sisa asap basi. Kasihan! Rokok elektronik mengandungi propylene glycol, vegetable glycerin, logam berat dan partikel ultra halus.
Semua bahan ini berbahaya untuk kesihatan. Ramai yang silap faham, rokok elektronik lebih selamat dari rokok. Hakikatnya TIDAK!
- Perokok pertama adalah mereka yang aktif merokok dan menghidu asap rokoknya sendiri.
- Perokok kedua atau pasif pula adalah mereka yang menghidu asap rokok yang dibebaskan oleh perokok pertama.
- Perokok ketiga adalah mereka yang terdedah pada saki baki bahan rokok yang tersisa selepas ditinggalkan oleh perokok pertama dan kedua.
Jangan anggap bayi atau anak selamat apabila merokok di luar rumah. Ini kerana, apabila seorang perokok itu merokok, kesan-kesan sisa rokok masih terlekat di kulit, baju, bangku, sofa, lantai, langsir, dalam kereta, dan melekat walaupun selepas berjam-jam ditinggalkan oleh perokok. Sisa asap rokok adalah lebih banyak jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif.
“Ini bermakna asap rokok itu lebih bahaya kepada kita berbanding perokok itu sendiri, apatah lagi kepada bayi!”
Kesan Sisa Asap Basi Pada Si Manja
1. Potensi Mati Mengejut
The Health Consequence of Tobacco Use melaporkan kebarangkalian untuk bayi kecil mendapat sindrom kematian mengejut (SIDS) adalah tinggi bagi bayi yang terdedah kepada asap rokok mahupun bayi yang dalam kandungan. Selain itu, bayi dalam kandungan juga berisiko lahir kurang berat badan dan komplikasi lain yang membawa kepada ancaman kesihatan secara kekal.
2. Masalah Salur Pernafasan
Pakar Perubatan Respiratori Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Norzila Mohamed Zainudin berkata,
“Kalau orang dewasa bernafas dalam 15 atau 16 kadar pernafasan seminit, kanak-kanak pula kadar pernafasan mereka adalah lebih tinggi, dalam 40 hingga 50. Itu bermakna bahawa dengan kadar pernafasan yang lebih laju, mereka akan menyedut lebih banyak sisa asap basi daripada orang dewasa,”
3. Serangan lelah
Bayi yang tinggal dengan ibu atau bapa yang merokok lebih berkemungkinan menghidap lelah (asthma) jika dibandingkan dengan bayi yang tinggal dalam rumah yang tidak mengandungi asap rokok. Yang menyedihkan, terdapat kajian mendapati bahawa kandungan nikotin dalam rokok boleh menyebabkan ubat lelah tidak dapat memberi kesan 100%.
4. Merencatkan perkembangan otak
Menurut data oleh American For Non-Smokers’ Right, kesan sisa asap basi ini boleh merencatkan keupayaan anak kecil untuk belajar. Selain itu, kajian Journal of Developmental & Behavioral Pediatrics turut mengaitkan asap rokok sebagai salah satu punca anak yang hiperaktif, ganas, tertekan dan mengalami masalah ADHD (attention deficit hyperactivity disorder), terutamanya di kalangan anak lelaki.
5. Jangkitan paru-paru
Anak boleh terdedah kepada masalah keradangan paru-paru (bronkitis). Lebih kronik lagi, ia boleh bertukar kepada penyakit lebih serius seperti pneumonia di mana mula mengalami demam, batuk, meragam, tidak mahu minum susu dan tidak aktif.
Harap-harap selepas penjelasan Dr Samhan tentang perokok ketiga dan asap basi, Mommy dan juga Daddy lebih faham tentang betapa bahayanya rokok dan bagaimana ia boleh menjejaskan kesihatan si manja.
Bukan sahaja ibu bapa, orang sekeliling pun harus main peranan ok! Rokok dan Vape dua-dua memudaratkan kesihatan ya. Semoga bermanfaat untuk seisi keluarga. Mommy Kalau Mommy nak baca dengan lebih lanjut, boleh klik pada pautan di bawah.
“Doktor, anak saya ini dah berbulan batuk. Jumpa doktor, doktor bagi neb, baik sekejap. Lepas tu batuk balik”
“Ala kesiannya. Umur baru 10 bulan. Ayahnya merokok tak?”
“Dulu merokok sekarang hisap vape. Tapi dia tak hisap depan anak. Biasa dia hisap luar rumah” pic.twitter.com/rIHetJZ6jM
— Dr Samhan (@DoktorSamhan) September 1, 2022
Kredit: Dr Ahmad Samhan
Dapatkan pelbagai info menarik dan terkini DI SINI.