Tular di media sosial tentang isu makan tiram mentah ni. Sebelum-sebelum ni, tiada pula isu makan tiram kena keracunan makanan, sakit perut, muntah dan sebagainya.
Tapi Mommy! Sebenarnya, dengan makan makanan mentah seperti tiram mentah begitu sahaja, Mommy berisiko untuk terkena vibriosis. Satu post daripada Kesihatan Awam Malaysia,
Jika anda pernah menonton Mr Bean, ada satu episod di mana Bean mengalami keracunan selepas makan Tiram. Ya itu adalah risiko bagi yang makan tiram mentah tidak dimasak. Bakteria Vibrio Parahaemolyticus banyak di sekitar pantai. Tiram & kerang memang ada bakteria ini.
Kesihatan Awam Malaysia menjelaskan bahawa
Apabila berada di suhu bilik, bakteria ini akan berganda banyak. Tiram mentah yang ada bakteria ini kelihatan, bau dan rasa yang SAMA dengan tiram yang tidak ada bakteria.
Sambungnya pula,
Jangan ambil mudah, di US, 80 ribu orang ada mengalami keracunan Vibriosis setiap tahun dengan lebih 100 kematian. Jangan makan tiram mentah dan tidak dimasak sempurna!
Macam Mana Boleh Kena?
Highlighted
Bakteria Vibrio juga boleh menyebabkan jangkitan kulit apabila luka terbuka terdedah kepada air masin atau air payau. Air payau ialah campuran air tawar dan air masin. Ia sering dijumpai di mana sungai bertemu dengan laut.
Jom kita tengok simptom-simptom yang menjadi indikasi yang Mommy telah terkena vibriosis.
Simptom
Apabila makan makanan mentah, bakteria Vibrio boleh menyebabkan:
- cirit-birit berair
- kekejangan perut
- loya
- muntah
- demam
- menggigil
Biasanya simptom ini berlaku dalam masa 24 jam selepas pengambilan dan akan beterusan selama 3 hari. Penyakit yang teruk jarang berlaku dan biasanya berlaku pada orang yang mempunyai sistem imun yang lemah.
Rawatan
Untuk kes-kes ringan, rawatan kurang diperlukan. Tetapi, Mommy harus minum banyak cecair untuk menggantikan cecair yang hilang akibat cirit-birit.
Walaupun tiada bukti bahawa antibiotik mengurangkan tahap teruk sakit tersebut atau tempoh penyakit, kadangkala ia digunakan bagi penyakit yang teruk atau berpanjangan.
Kebanyakan orang dengan kes ringan vibriosis pulih selepas kira-kira 3 hari tanpa kesan berpanjangan. Walau bagaimanapun, orang yang mempunyai jangkitan Vibrio vulnificus boleh mendapat sakit yang teruk dan memerlukan rawatan rapi atau amputasi anggota badan.
Pokoknya, tiram mentah boleh membawa bakteria dan parasit yang boleh menyebabkan jangkitan yang mengancam nyawa Mommy yang sedang hamil dan anak dalam kandungan.
Elakkan makan tiram mentah atau kurang masak, tau Mommy! Ingat Mommy, berwaspadalah jika makanan itu mentah, elok-elok sihat tiba-tiba cari penyakit pula! Hati-hati bila makan makanan mentah tu.
Amalkan pemakanan yang terbaik untuk para ibu seperti yang dikongsikan di SINI.