Ibu, Bayi & Kanak Kanak

15 Idea Menarik Untuk Naikkan Seri Balkoni Rumah Menjadi Lebih Cantik Mempesona

balkoni rumah

Kredit gambar: Youtube @Interior Indori

Kebiasaannya, ramai di antara kita selalu menganggap bahawa ruang balkoni rumah tidak perlu ditatarias indah, cukup sekadar ala kadar sahaja.

Tetapi hal ini sebenarnya merupakan satu kesalahan dalam menampilkan dekorasi rumah anda yang indah dan menarik. Ruang balkoni merupakan salah satu elemen utama yang perlu anda titikberatkan.

Hal ini adalah kerana, ia merupakan destinasi pilihan di mana para tetamu yang datang berkunjung ke rumah Mommy bagi mendapatkan udara yang segar. Malah, sehingga kini ruang balkoni di luar rumah sudah mula menjadi tempat utama tetamu duduk bersantai dan bergembira.

Gabungan dekorasi dalaman rumah dan juga balkoni Mommy yang sepadan dan bersesuaian akan mewujudkan suasana yang harmonis dan mendamaikan.

Oleh itu, tidak kisah sama ada Mommy mempunyai ruangan balkoni yang terhad, kecil atau besar dalam perkongsian ini, kami telah senaraikan beberapa idea menarik untuk menaikkan lagi seri ruang balkoni rumah Mommy. Jom kita lihat!

Pilihan Idea Menarik Untuk Jadikan Balkoni Rumah Lebih Menonjol

#1. Bina Taman Kecil

Highlighted

Kredit gambar: istockphoto.com

Binaan taman kecil sangat popular abad kini. Apatah lagi jika rumah anda berada di bangunan yang tinggi. Kewujudan taman kecil ini di ruang bangunan yang berdinding batu dapat mengembalikan kedamaian alam yang menghijau di ruang balkoni rumah anda.

Ia sangat baik untuk peredaran udara yang lebih segar serta menjadikannya kelihatan sangat menarik dan cantik. Anda boleh membuat pilihan dengan memilih taman jenis menegak kerana ia mampu untuk menambah daya tarikan yang tersendiri kepada ruangan tersebut.

#2. Tanaman Pelbagai Jenis Bunga Dan Tumbuhan

Kredit gambar: istockphoto.com

Jangan risau jika anda tidak mempunyai halaman tanah di ruang balkoni kerana anda boleh menanam pelbagai jenis bunga dan tumbuhan di dalam pasu. Pilih sahaja jenis, bentuk dan saiz pasu yang sepadan dengan rekaan serta tema yang anda ingin wujudkan di ruangan tersebut.

Dengan adanya pokok bunga atau pun tumbuhan ini ia dapat membersihkan ruang udara di kediaman anda dan memberikan kesegaran udara yang bebas bahan tercemar buat anda sekeluarga.

#3. Pasang Kaca Atau Jaring

Kredit gambar: www.apartmenttherapy.com

Selalunya, apabila terdapat tumbuhan dan pokok bunga pasti akan ada serangga perosak yang akan menghuni di ruangan tersebut. Bagi memastikan segala jenis serangga memasuki perkarangan rumah, anda boleh memasang beberapa tingkap jenis kaca atau jaring sebagai satu kaedah kawalan perosak tetapi tetap dengan dengan permandangan yang menarik dan kekal indah.

Ia bukan sahaja dapat menghalang perosak berbahaya tetapi juga menambah nilai futuristik pada ruang luar kediaman anda.

#4. Balkoni Jenis Berbumbung

Kredit gambar: istockphoto.com

Antara idea lain untuk mencantikkan ruang luar rumah adalah dengan memilih balkoni jenis berbumbung. Ia merupakan idea yang sangat bagus jika anda tidak ingin ruangan tersebut basah terkena air hujan.

Tetapi kalau pilih struktur yang bertutup terus mungkin akan menyebabkan anda tidak selesa dan berasa rimas. Oleh itu, pilihan terbaik adalah dengan memasang tingkap kaca.

#5. Idea Balkoni Rumah Dengan Pagar Besi Tempa

Kredit gambar: istockphoto.com

Anda juga boleh membuat pagar dengan memasang keluli tahan karat atau pagar besi tempa. Lagi tampak menarik jika besi pagar tersebut dipasang beberapa tumbuhan menjalar untuk menceriakan lagi suasana ruang luar rumah anda.

Kehijauan tumbuhan menjalar dengan reka bentuk pagar yang menarik mampu mencipta ketenangan buat anda yang melihatnya. Pasang pagar dengan rekaan klasik untuk pandangan yang lebih impak.

#6. Pilih Perabot Yang Selesa Dan Inovatif

Kredit gambar: istockphoto.com

Untuk mewujudkan ruang luar yang mesra pengguna dan selesa, anda perlu meletakkan beberapa perabot yang membuatkan ruang tersebut berfungsi penuh. Letakkan perabot yang selesa dengan rekaan yang cukup menarik serta kontra reka bentuk dan warnanya.

Pemilihan perabot yang betul akan membuatkan anda ingin duduk bersantai sekejap melepaskan lelah setelah penat berurusan di luar seharian. Malah, anda boleh memasang dek kayu yang dilapisi dengan permaidani luar serta meja kopi dengan kerusi yang comel

#7. Hiasan Bantal Dan DIY

Kredit gambar: istockphoto.com

Dengan adanya perabot di ruangan tersebut, anda boleh hiaskannya dengan beberapa bantal dan voila. Anda juga boleh selitkan beberapa sentuhan peribadi anda yang ringkas dan pastikan ia bersesuaian dengan mana-mana idea reka bentuk kreatif dengan ruang terhad anda.

#8. Pencahayaan

Kredit gambar: istockphoto.com

Paling penting sekali adalah aspek pencahayaan. Jangan biarkan ruang luar yang telah dihias cantik itu malap dengan kesuraman cahaya yang bergelapan. Tambahkan lampu dengan reka bentuk yang minimalis untuk mencipta suasana terang dan menceriakan.

Jika pilihan balkoni anda adalah jenis berbumbung, anda boleh menggantung beberapa lampu soket yang kelihatan mengalir turun dari siling untuk wujudkan kesan berada di dalam hutan. Jika bukan jenis berbumbung, pilih jenis lampu lekap yang boleh dipasang di dinding ruang luar tersebut atau lampu yang boleh dililit di pagar balkoni anda.

Lebih menarik lagi, jika anda membuat lampu DIY anda sendiri. Ia akan berfungsi dengan lebih hebat untuk mencerahkan suasana ruangan tersebut.

#9. Hiasan Estetika

Kredit gambar: istockphoto.com

Salah satu cara untuk wujudkan reka bentuk yang minimalis adalah dengan menumpukan perhatian anda lebih kepada nilai estetik ruang balkoni anda. Anda boleh menggantung beberapa lonceng, rak gantung atau bingkai gambar yang anda sukai serta hiaskan lantai dengan permaidani.

Idea ini akan mewujudkan kawasan yang agak menarik untuk dijadikan tempat anda menghabiskan masa membaca atau bersantai pada hari yang indah dan menenangkan.

#10. Idea Balkoni Rumah Dengan Perabot Jenis Buluh

Kredit gambar: istockphoto.com

Untuk tonjolkan lebih kekuatan dan mengukuhkan ruang balkoni anda, pilihan perabot rotan adalah pilihan terbaik dan berfungsi dengan cukup cemerlang.

Tidak seperti kayu dan bahan lain, ciri-ciri yang terdapat pada rotan iaitu bersifat sementara, semula jadi, bernafas dan mampu memisahkan pangsapuri dengan cara terbaik sekiranya terdapat ruang yang bersebelahan.

Malah, rotan yang bersifat mesra alam ini juga berfungsi dengan cukup baik untuk kesihatan serta membawa alam kehijauan masuk ke ruangan balkoni anda dengan sempurna sekali.

Reka bentuknya yang menarik serta ringan membantu anda untuk mengalihkannya dengan mudah serta memberi keselesaan yang tinggi.

#11. Idea Balkoni Rumah Dengan Manfaatkan Dinding

Kredit gambar: istockphoto.com

Jangan biarkan dinding luar anda kelihatan kosong. Gantung pasu dengan tanaman hijau seperti sayuran, herba atau pokok bunga yang renek. Anda juga boleh gantung lampu lekap dengan reka bentuk yang moden jika sukakan gaya moden untuk ditampilkan pada ruangan tersebut.

#12. Gantungkan Buaian Atau Kerusi

Kredit gambar: istockphoto.com

Antara idea menarik yang lain adalah dengan menggantung buaian atau kerusi untuk membuatkan ruang tersebut lebih santai dan mesra kanak-kanak.

Dengan adanya buaian ini juga, ia mewujudkan suasana seperti anda sedang dalam percutian yang menarik. Apatah lagi jika halaman rumah anda mempunyai landskap yang sangat mesra alam.

#13. Bar Pelbagai Fungsi

Kredit gambar: istockphoto.com

Jika rumah anda jenis pangsapuri, mencipta bar pelbagai fungsi juga adalah sangat membantu dan menggandakan ruang yang terhad. Ia menjadi idea yang sangat menarik kerana selain menjimatkan ruang, anda boleh duduk bersantai bersama dengan rakan-rakan dengan menghayati keindahan malam serta angin yang menderu perlahan.

#14. Idea Balkoni Rumah Dengan Bina Teduhan

Kredit gambar: istockphoto.com

Tinggal di rumah yang tinggi akan membuka ruang cahaya matahari yang jelas terpancar ke balkoni anda. Dengan panas yang membahang, agak sukar untuk anda duduk beristirehat dengan tempoh yang lama di situ.

Oleh itu, alternatif terbaik adalah dengan membina sedikit teduhan untuk meredupkan semula ruangan tersebut.

#15. Idea Balkoni Rumah Dengan Hiasan Batu

Kredit gambar: istockphoto.com

Selain tumbuhan, anda juga boleh masukkan elemen alam semulajadi dengan kehadiran batu-batu kecil atau besar seperti batu kelikir di kawasan balkoni rumah anda.

Caranya adalah dengan menyusun atur batu-batu tersebut di sepanjang laluan pejalan kaki anda atau dengan menyusunnya di suatu sudut berhampiran pasu bunga dan lain-lain tempat yang anda rasakan sesuai dengannya. Kehadiran unsur ini menjadikan ruangan anda hidup dan mendamaikan.

Semoga dengan perkongsian ini, ia membantu anda dalam mendeko ruangan luar kediaman anda dengan lebih menarik lagi!


Jom lihat pelbagai idea mendeko menarik yang lain di SINI!