Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Banjir 2021: KPM Mengkaji Keperluan Pembukaan Semula Sekolah-sekolah Yang Terjejas

Kredit gambar: Harian Metro & Berita Harian

Banjir yang berlaku telah menyebabkan beberapa sekolah di kawasan terlibat turut terjejas. Oleh itu, kini, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang meneliti semula keperluan bagi mana-mana sekolah menangguhkan sesi persekolahan penggal ketiga 2021/2022, berdasarkan kapasiti premis yang terjejas akibat banjir.

Ujar Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Radzi bin Md. Jidin, pihak kementerian sedang menjalankan penilaian atas kerosakan yang berlaku akibat banjir seperti infrastruktur sekolah yang turut terjejas termasuk peralatan komputer, perabot, dan buku sekolah.

“Secara umumnya, kita tidak akan tangguh sesi persekolahan dan KPM sedang usahakan untuk menyelesaikan isu sekolah yang terjejas akibat banjir, sebelum tempoh pembukaan sekolah.

Namun, sekiranya ada kes tertentu yang menunjukkan bahawa sekolah itu belum bersedia (untuk pembukaan), kita akan ambil tindakan sewajarnya. Perkara ini akan diberi perhatian secara kes demi kes,”

Kata Datuk Dr Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan kepada pemberita seperti yang dilaporkan Astro Awani pada Ahad lalu.

Highlighted

Kredit gambar: Astro Awani

Beliau turut menegaskan bahawa pihak sekolah harus bekerjasama dengan pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah untuk membuat senarai lanjut dan teliti mengenai keperluan persekolahan seperti buku teks serta perabot yang terjejas demi memudahkan KPM untuk menyalurkan bantuan selanjutnya.

Tarikh Asal Pembukaan Sekolah

Sebelum bencana banjir, pembukaan sekolah ditetapkan pada 2 Januari bagi sesi persekolahan penggal ketiga 2021/2022. Ini adalah bagi Kumpulan A. Bagi Kumpulan B, ia telah ditangguh selama seminggu akibat bencana banjir.

Kumpulan A

Kumpulan A akan memulakan persekolahan pada 9 Januari 2022. Ia terdiri daripada sekolah di negeri:

  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Terengganu

Kumpulan B

Manakala kumpulan B akan bermula pada 10 Januari:

  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Kuala Lumpur
  • Putrajaya
  • Wilayah Persekutuan Labuan
Kredit gambar: Facebook Datuk Dr. Mohd. Radzi bin Md. Jidin
Datuk Dr. Mohd. Radzi bin Md. Jidin turut bersama-sama gotong-royong membersihkan SMK Bentong (Kredit gambar: Facebook Datuk Dr. Mohd. Radzi bin Md. Jidin)

Sistem Penggiliran Pelajar Apabila Sekolah Dibuka

“Masih ada sistem penggiliran dan dalam masa terdekat kita akan nyatakan secara terperinci kumpulan mana yang digilirkan dan yang tidak terlibat. Kita ingin memastikan pembukaan ini berlangsung dengan selamat dan teratur,”

Menurut beliau, KPM masih lagi menggunakan sistem penggiliran kehadiran pelajar apabila sekolah dibuka kelak serta makluman tambahan akan diumumkan kelak.