Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Kena Peka Ni Mommy! Ada Risiko Kalau Tak Buang Bantal Busuk Anak & Cara-cara Yang Mommy Boleh Cuba

cara pisahkan bantal busuk anak

Kredit gambar: istockphoto

Rata-rata kanak-kanak yang kita jumpa, akan ada attachment dengan barang yang tertentu. Yang paling biasa adalah bantal busuk lah.

Apa Itu Bantal Busuk

Menurut hellodoktor, bantal busuk ni adalah objek peralihan yang diperlukan anak untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baru di sekeliling mereka.

Ia sudah menjadi keperluan dan objek yang membantu mereka untuk rasa lebih selamat dan selesa.

Sebab Utama Untuk Buang Bantal Busuk Anak

Highlighted

Kredit gambar: istockphoto

Walaupun begitu, simpan bantal busuk ni lama-lama tak elok untuk anak sebenarnya. Antara sebab utama kenapa Mommy perlu buang bantal busuk ni adalah:

1. Bantal busuk boleh menjadi tempat pembiakan bakteria.

2. Kebergantungan anak kepada bantal busuk akan mempengaruhi keyakinan diri.

3. Bantal busuk perlu dipisahkan dengan anak supaya mereka akan belajar untuk berdikari.

4. Anak tidak mampu untuk menzahirkan dan mengawal emosinya dengan baik.

Cara Untuk Pisahkan Bantal Busuk Daripada Anak

Banyak kan mudarat bantal busuk ni? Sebab itulah apabila mereka semakin membesar, kira-kira sekitar usia 2 tahun ke atas, Mommy dan Daddy kena usahakan untuk pisahkan bantal busuk daripada anak.

Fikirkan je pun dah boleh bayangkan reaksi mereka macam mana kan? Sesetengah anak tu, kita tak boleh basuh pun bantal busuk mereka. Ini apatah lagi untuk pisahkan terus.

Sebab itulah Mommy kena cuba dengan cara yang betul. Jom, kita tengok beberapa tips daripada Dr Redza Zainol:

#1. Beri perhatian kepada anak secukupnya

Kredit gambar: istockphoto

Anak Mommy jadi attached dengan bantal busuk tu sebabnya mereka rasa ia sebagai pengganti rasa selamat yang Mommy dan Daddy berikan. Jadi kalau ke mana-mana tempat yang baru baginya, bantal busuknya tu lah yang menjadi penenang mereka.

Untuk atasi masalah ni, Mommy dan Daddy mestilah bagi perhatian dan kasih sayang secukupnya kepada mereka. Nanti mereka tak perlu dah cari bantal itu kerana Mommy dan Daddy selalu peluk dan cium mereka.

#2. Letakkan had dan syarat

Tak bolehlah nak rentap terus. Lain jadinya nanti kan? Jadi cuba Mommy dan Daddy pujuk mereka untuk berenggang dengan batal busuk dari masa ke semasa.

Sebagai contoh, tetapkan had mereka untuk bersama bantal busuk. Boleh cuba untuk bagi mereka bersama bantal di rumah je dan tak boleh bawa keluar.

Nanti dah menjadi tips ni, boleh cuba pula had waktu ketika di rumah.

#3. Ajarkan anak supaya jaga bantal busuknya

Selain daripada itu, pada masa yang sama, Mommy cuba ajarkan mereka untuk jaga bantal busuk dengan elok.

Contohnya, untuk mandi bersama bantal busuk supaya bantal pun cantik dan bersih.

#4. Jangan memperkecilkan value bantal busuk anak

Kredit gambar: istockphoto

Mommy dan Daddy kena elakkan daripada berkata yang tidak elok atau tindakan seperti bantal mereka tu sesuatu yang tiada atau rendah nilainya.

Kena ingat ya, untuk mereka, bantal itu sangat berharga. Nanti bila tiba masanya untuk dipisahkan betul-betul, anak akan faham yang Mommy dan Daddy buat untuk kebaikan mereka dan turut ‘menyayangi’ bantal busuk tu.

#5. Jangan paksa pisahkan bantal busuk daripada anak

Dalam proses tu, jangan sesekali paksa anak untuk berpisah dengan bantal busuk. Ingat tau, anak melihat bantal busuk sebagai kesayangannya dan jika Mommy dan Daddy paksa, mereka pasti akan memberontak dan memberi kesan buruk yang lain pula.

Sebab Kenapa Perlu Buang Bantal Busuk Anak Dan Cara-Caranya

Asalkan dengan cara yang betul, pasti Mommy dan Daddy akan berjaya. Cuba ya tips di atas ini dan yang penting, jangan sesekali berkeras atau menghina anak dan bantal busuknya.

Semoga berjaya!

Sumber: SirapLimau dan hellodoktor


Dapatkan pelbagai info tentang kesihatan anak Mommy di SINI.