Ketika hamil, badan Mommy akan mengalami banyak perubahan seperti kerap membuang air kecil, sakit-sakit pinggang, rasa mual dan sebagainya.
Badan akan rasa lenguh je. Bantal yang kita selalu guna terasa macam tak cukup selesa dah. Nak tidur pada waktu malam pun terjaga-jaga.
Sebab itulah perlunya bantal ibu mengandung!
10 Manfaat Bantal Ibu Mengandung
Terdapat banyak manfaat dan kelebihan bantal ini tau. Antaranya adalah:
1. Memberi keselesaan kepada badan ibu
2. Membantu ibu untuk tidur dengan lebih lena
3. Menyokong berat dan perut ibu yang semakin membesar
4. Mengurangkan rasa sakit dan lenguh di badan ibu
5. Memperelokkan kedudukan tulang belakang, bahagian belakang badan dan pinggul
6. Mengurangkan tekanan ketika ibu tidur
7. Mengurangkan tekanan dan rasa sakit di bahagian perut
8. Menghalang ibu daripada menekan perut sendiri ketika tidur
9. Menyokong badan ibu dengan baik ketika menyusu bayi
10. Membantu ibu untuk rehat dengan baik ketika dalam pantang
Tips Untuk Memilih Bantal Ibu Mengandung
#1. Pilih saiz bantal yang sesuai
Antara faktor terpenting yang Mommy kena nilaikan untuk beli bantal ibu mengandung ni adalah, saiznya.
Bantal ibu mengandung ni kan ada banyak saiz. Jadi Mommy kena pertimbangkan juga lah beberapa aspek.
Sebagai contoh, besar manakah saiz katil Mommy? Mommy nak guna bantal ni untuk sokong sesetengah bahagian badan ke atau kesemuanya? Nanti dah beli, nak guna untuk di rumah je atau untuk di bawa ke mana-mana sahaja?
#2. Bentuk bantal ibu mengandung yang tepat
Selain daripada datang dengan pelbagai saiz, ia juga datang dengan pelbagai bentuk. Ada bentuk seperti wedge, tiub panjang, berbentuk U dan berbentuk C.
Setiap satu bentuk ni, fungsinya berbeza-beza. Antaranya adalah:
1. Wedge dan Bean: untuk menyokong sesetengah bahagian badan seperti perut
2. Tiub panjang: untuk menyokong bahagian depan badan ketika ibu mengiring
3. Bentuk U: untuk menyokong badan ibu 360 darjah
#3. Pilih material yang selesa dan tidak kasar untuk kulit ibu
Apabila hamil ni, badan dan deria kita memang sensitif. Sebab itulah Mommy kena pilih material bantal yang selesa.
Sudah pula suhu badan meningkat ketika hamil, kalau material bantal ni tak selesa pada kulit Mommy dan rasa panas je, elakkanlah ya.
#4. Pastikan filling bantal selesa untuk ibu
Bukan sahaja material di luarnya, tetapi isi bantal tu pun turut penting. Aspek ini boleh dikatakan berbeza-beza untuk setiap ibu.
Ada yang suka filling kapas, microfibre, memory foam dan macam-macam lagi.
#5. Pilihan yang organik
Kalau Mommy ada bajet lebih sikit, amatlah berbaloi untuk pertimbangkan beli bantal ibu mengandung yang organik, luar dan dalam.
Bukannya apa, biasanya bantal organik ni bagus dan selamat bukan sahaja untuk ibu tetapi untuk bayi juga.
Jenis Bantal Ibu Mengandung Di Pasaran
Bantal ibu mengandung ni memang banyak manfaatnya untuk Mommy. Ia boleh digunakan untuk bermacam aktiviti dan untuk kehamilan seterusnya pula. Orang kata, investment yang berbaloi lah!
Sekarang ni, kita dah tengok beberapa tips untuk memilih. Rasa-rasanya yang mana terbaik untuk Mommy:
#1. Bantal ibu mengandung wedge
Bantal ibu mengandung wedge ni biasanya berbentuk tiga segi atau bulan sabit gitu. Kerana bentuknya, ia hanya boleh sokong sesetengah bahagian badan Mommy je.
Di kepala ke, bahagian belakang badan ke, perut ke; mana-mana lah. Contohnya, macam ni: bantal ibu mengandung wedge
#2. Bantal ibu mengandung bean
Kalau yang ni, ia berbentuk seperti kacang. Seperti bantal ibu mengandung wedge, ia juga boleh menyokong sesetengah bahagian badan sahaja.
Cumanya kebaikannya, kalau diletakkan secara mendatar di bahagian bawah badan Mommy, ia boleh sokong bahagian kiri dan kanan badan.
#3. Bantal ibu mengandung straight tube
Tak jauh beza dengan bantal peluk panjang kita, bantal ibu mengandung straight tube ni boleh menyokong satu sisi badan Mommy apabila mengiring.
Kalau Mommy nak sokong bahagian belakang badan juga, bantal ibu mengandung jenis ini bukanlah untuk Mommy.
#4. Bantal ibu mengandung bentuk U
Yang inilah yang selalu menjadi pilihan ibu-ibu hamil. Yelah.. bantal ibu mengandung berbentuk U ni menyokong 360 darjah badan ibu.
Bahagian depan, perut, kaki, pinggang dan belakang badan. Nak pusing pun senang sebab ia merangkumi dua-dua sisi badan kan?
Cumanya saiznya lah yang besar. Kena pertimbangkan juga saiz katil Mommy dan cara nak bawanya bersama kalau nak travel.
#5. Bantal ibu mengandung bentuk C
Hampir sama seperti bantal ibu mengandung bentuk U tetapi bantal ibu mengandung bentuk C ni, hanya separuh.
Ia boleh menyokong kepala, bahagian depan badan, peha dan bahagian kaki. Yang kurangnya, setiap kali Mommy nak pusing mengiring ke sebelah lagi, kena tukar posisinya.
Manfaat, Tips Memilih Dan Jenis Bantal Pregnant Mummies
Untuk Mommy yang hamil, Motherhood amat sarankan untuk beli bantal ibu mengandung ni. Ia merupakan satu keperluan sebenarnya untuk memudahkan proses kehamilan dan penjagaan bayi nanti.
Pilihlah yang terbaik dan semoga bantal mengandung ini membawa seribu manfaat untuk Mommy! Jom baca vitamin yang bagus untuk ibu mengandung pula!
Sumber: newtonbaby