Berita gembira buat bakal ibu yang akan bersalin di Sarawak tahun 2021 ini! Sebenarnya, mungkin ada antara anda yang sudah mengetahuinya atau mungkin juga baru sahaja perasan dengan pengumuman ini.
Buat bakal ibu yang dijangkakan bersalin pada tahun ini, anda layak untuk mendapatkan sebuah insentif berbentuk wang tunai secara “one off”.
Highlighted
Insentif ini telah bermula daripada Januari 2020, dan diteruskan sehingga ke tahun ini. Bantuan tersebut adalah berdasarkan pengumuman dalam pembentangan Bajet Belanjawan bagi negeri masing-masing.
Yang mana Bahagian Pembangunan Awal Kanak-kanak, Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak (KWKPK) akan diberikan tanggungjawab penuh untuk menguruskan pemberikan Bantuan Ibu Bersalin di Malaysia.
Cara Mohon Bantuan Ibu Bersalin
Terdapat dua cara Mommy boleh gunakan untuk memohon bantuan ini.
1. Permohonan Secara Atas Talian (Online)
Mohon bantuan tersebut di pautan ini: http://bit.do/permohonanbib
Sebelum anda memohon, ini merupakan syarat-syarat kelayakan bagi permohonan online:
2. Syarat-Syarat Kelayakan bagi Permohonan Online
(i) Warganegara Malaysia
(ii) Ibu pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K‘ atau Isteri kepada pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K’
(iii) Melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak; dan
(iv) Usia kandungan telah mencapai 22 minggu dan ke atas.
Permohonan Secara Manual
Untuk memohon secara manual, anda boleh mendapatkan borang di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/Daerah/Pejabat Daerah/Cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Sarawak/KWKPK (di Kuching sahaja)
Atau, anda boleh memuat turun borang tersebut di sini.
Cara Menghantar Borang Permohonan
Anda boleh menghantar borang tersebut di Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/Daerah/Pejabat Dearah/Cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Sarawak/KWKPK (di Kuching sahaja).
Sebelum anda menghantar borang tersebut, pastikan anda “double-check” segala butiran yang diisi, dan jangan lupa untuk sertakan sekali sijil lahir bayi dan juga nota “discharged” daripada pihak hospital.
Syarat Kelayakan & Peringatan
- Warganegara Malaysia.
- Ibu merupakan pemegang kad pengenalan Sarawak atau isteri kepada pemegang Kad Pengenalan Sarawak.
- Permohonan hanya terbuka buat ibu yang melahirkan bayi pada tahun 2021 dan 2021 sahaja.
- Tempoh permohonan adalah 3 bulan dari tarikh bersalin.
- Hanya ibu sahaja yang dibenarkan memohon-sama ada secara online atau manual.
- Bagi ibu yang memohon sebelum bersalin, sila pastikan anda hantar Nota Discaj atau Sijil Lahir Bayi kepada pihak kami melalui Edit Response Google Form selepas bersalin.
Untuk Pertanyaan & Maklumat
Urus Setia Bantuan Ibu Bersalin (BIB)
Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak (BPAKK)
Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak
Tingkat 8, Bangunan Baitulmakmur II, Petra Jaya
93050 Kuching, Sarawak
Tel: +6082-442050 (Beroperasi mengikut waktu pejabat); atau
E-mel: bantuan.ibubersalin@gmail.com