Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Bapa Positif Dadah Tetak Anak Tunggal Sampai Mati di Puchong

Lagi kanak-kanak dibunuh kejam. Kali ini ditangan bapa kandung sendiri! Satu kejadian tragis telah berlaku di sebuah rumah di Flat Puchong Permai petang semalam, 13 Ogos 2018. Seorang kanak-kanak yang berumur 5 tahun maut ditetak ayah sendiri ketika sedang tidur di ruang tamu rumah kira-kira jam 5:45 petang.

Highlighted

Sumber: Google

Ditetak sebanyak tiga kali

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Azlin Sadari berkata, mangsa ditetak sebanyak tiga kali iaitu di bahagian kepala dan pergelangan tangan kanak. Mangsa juga disahkan meninggal dunia di lokasi.

Pihak polis memberitahu yang pada awalnya mereka menerima panggilan orang awam yang mengatakan ada seorang budak dipercayai jatuh dari tingkat 4 pangsapuri kos rendah berkenaan. Mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah. Namun apabila pihak polis tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai ditetak menggunakan parang oleh bapa sendiri. Mangsa juga merupakan anak tunggal. Malangnya nasib kamu adik. 

klik disini untuk barang bayi yang best!

Tetak selepas ‘menerima arahan’

Si bapa yang berumur 35 tahun itu dipercayai sedang berada dibawah pengaruh dadah ketika melakukan kejadian. Suspek mendakwa ada benda ghaib yang menyuruhnya untuk bertindak demikian.

Suspek mengaku dapat ‘arahan’ bunuh anaknya untuk jadi ‘king’,

ujar pihak polis.

BACA: Momo Challenge membahayakan anak anda!

Suspek mempunyai rekod lampau berkaitan Dadah

Hasil siasatan mendapati suspek yang juga merupakan anggota Rela, dipercayai peminum ketum tegar dan pernah ada satu rekod lampau bersabit kes Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ujian air kencing dapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine (syabu). Suspek ditahan di tempat kejadian, parang dipercayai digunakan dalam kejadian ditemui dalam rumah.

Pihak polis juga menyatakan hanya suspek yang sedang berada dirumah ketika kejadian.

Sumber: Google

Mayat kanak-kanak malang itu dihantar ke Hospital Sedang untuk post-mortem dan kes masih disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tergamaknya seorang ayah sanggup lakukan perkara demikian dekat darah daging sendiri. Mungkin inilah akibatnya apabila berada dibawah pengaruh dadah! Ibu bapa, tolong jauhi anak-anak anda daripada terlibat dalam kancah penyalahgunaan dadah.

klik disini untuk barang bayi yang best!