Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Seorang bapa di Thailand tolak rasa malu, sanggup pakai Dress demi Anak-anak

Selalu kita dengar, para ibu je yang sanggup berkorban itu ini. Jarang sangat dengar cerita si bapa. Tak dinafikan, seorang ibu sangat pandai dalam meluahkan dan menunjukkan kasih dan sayang mereka terhadap anak-anak. Tapi siapa cakap ibu je yang boleh buat? Eh, si bapa pun boleh lah! Seorang bapa dari Thailand dah buktikan yang dia juga boleh lakukan apa saja demi anak-anak.

BACA: Apa ibu bapa perlu tahu tentang Breath-Holding Spells (BHS)?

Sambutan Hari Ibu yang penuh bermakna

Hari Ibu di Thailand jatuh pada 12 Ogos 2018. Tapi sekolah-sekolah di Thailand telah menyambut Hari Ibu dua hari lebih awal iaitu pada Jumaat, 10 Ogos 2018 yang lalu. Dah nama pun sambutan hari Ibu, so khas untuk pelajar dan ibu mereka je la kan? Tapi TIDAK untuk ayah ni.

Highlighted

Sumber: Facebook

Chatchai Parn-uthai sanggup datang ke sambutan Hari Ibu anak-anaknya sebagai seorang ibu. Dia sanggup datang menjadi ‘si ibu’ siap berpakaian dress merah jambu dengan hiasan aksesori rambut di kepala. Ehem, ni bapa jadi ibu kejap ye. Jangan fikir bukan-bukan. 

Video tular yang berdurasi beberapa saat tu telah mendapat lebih 6 juta tontonan di Facebook! Mesti ramai yang melting dan rasa comel je tengok gelagat si bapa berkenaan.

klik disini untuk barangan bayi yang best!

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan Coconuts Bangkok, adegan istimewa ini berlaku di Wat Trai Rattanaram Charity School di daerah Kanchanaburi.

Dalam satu status di Facebooknya,

Saya seorang ayah yang mempunyai dua orang anak. Demi anak-anak lelaki saya, saya boleh lakukan apa sahaja.

Sudah tiga tahun menduda

Sumber: Facebook

Sudah tiga tahun hidup menduda, Chatchai Parn-uthai sanggup lakukan apa sahaja demi dua orang anak lelakinya yang berumur 5 dan 3 tahun. Dia hanya nak anak-anaknya gembira dan taknak mereka berasa tersisih walaupun ibu mereka tiada disisi.

Saya tak rasa malu memakai pakaian wanita hanya untuk mereka. Saya amat sayangkan mereka. Selagi mereka tersenyum gembira, saya rasa semuanya berbaloi dan saya turut gembira.

Hari Ibu dan Bapa disambut setiap tahun di sekolah

Di Thailand, sambutan Hari Ibu dan Bapa turut diadakan di sekolah masing-masing. Namun, ada juga yang tak setuju ia disambut di sekolah. Yelah macam mana kalau ibu bapa pelajar tak dapat datang? Atau pun, pelajar tersebut telah kehilangan ibu dan ayah dia? Mesti sedih untuk pelajar tu nanti.

Misalnya, tahun lepas tular di media sosial apabila gambar seorang pelajar perempuan di Thailand hanya bagi bunga ‘kepada’ kerusi kosong ketika sambutan Hari Ibu. Dilaporkan, ibunya tak dapat hadir pada hari tersebut.

Sumber: Google

Sebab apa ibunya tak dapat datang ataupun ada sebab-sebab lain masih tak diketahui. Kita yang tengok gambar ni pun rasa sedih kan. Sebab itulah tak ramai gemar Hari Ibu dan Bapa disambut di sekolah-sekolah.

klik disini untuk barangan bayi yang best!