Ibu, Bayi & Kanak Kanak

30 Idea Barang Hantaran Lelaki Yang Mampu Buat Hati Tertawan!

barang hantaran lelaki

Kredit gambar : nikahsatu.com

Barang hantaran lelaki merupakan suatu pemberian dari pihak perempuan yang diberi sebagai tanda kasih semasa majlis pertunangan, pernikahan ataupun di hari perkawinan. Selain sebagai tanda kasih ia juga mampu menaikkan lagi seri majlis.

Pada masa kini terdapat banyak barangan  yang telah siap dihias untuk dijadikan hantaran di pasaran. Anda hanya perlu memilih barangan dan gubahan yang anda berkenan.

Namun tidak semua mampu membelinya kerana kebiasaanya harga hantaran yang telah siap digubah ini agak mahal. Oleh itu, dalam artikel ini telah kami senaraikan beberapa barangan yang sesuai untuk anda jadikan hantaran mengikut bajet anda.

Senarai Barang Hantaran Lelaki Yang Pasti Mengujakan

#1. Sejadah

Highlighted

Kredit gambar : www.anajingga.com

Sejadah seringkali dijadikan sebagai hantaran pertunangan mahupun perkahwinan. Sebenarnya pemberian sejadah ini sudah menjadi  tradisi bahkan boleh dikatakan antara barang yang wajib ada dalam senarai hantaran. Ia paling mudah untuk dibeli dan boleh digubah menjadi pelbagai bentuk yang menarik.

#2. Minyak Wangi

Selain sejadah, minyak wangi juga mendapat ‘rating’ yang tinggi sebagai  barang hantaran. Anda boleh mendapatkan minyak wangi lelaki yang berjenama seperti BOSS, Dunhill, Calvin Klein dan banyak lagi di pasaran.

#3. Set Penjagaan Kulit 

Kredit gambar : www.pengantinbaru.com.my

Bukan sahaja perempuan yang menjaga penampilan malah kini orang lelaki semakin sensitif dengan penampilan mereka. Ambil tahu produk yang pasangan anda guna dan jadikan ia sebagai hantaran perkahwinan untuknya.

#4. Tali Pinggang

Tali pinggang tidak asing lagi buat kebanyakan lelaki. Ia bukan hanya aksesori, tetapi sebagai penyelamat kepada setiap lelaki untuk digunakan sebagai pengetat lilitan seluar supaya lebih kemas.

#5. Dompet

Kredit gambar : shopee.sg

Dompet merupakan barangan keperluan setiap individu tidak kira lalaki ataupun perempuan. Oleh itu, ia sangat sesuai dijadikan barang hantaran.

#6. Cermin Mata

Cermin Mata bukan sahaja digunakan untuk mereka yang mengalami masalah mata seperti rabun dan silau terhadap cahaya tetapi boleh membuatkan si pemakai tampak lebih bergaya.

#7. Jam tangan

Kredit gambar : www.pinterest.com

Kebanyakan lelaki suka memakai jam tangan. Selain memudahkan kita melihat masa, ia membuat kita kelihatan lebih bergaya. Kini terdapat bermacam jenama dengan rekabentuk yang menarik untuk anda beli.

#8. Kasut

Pelbagai jenis kasut boleh anda pilih sebagai barang hantaran. Antaranya jenama yang popular adalah seperti Monk Strap, Oxford, Derby, Chukkas, Loafers dan sebagainya. Harga semasanya mungkin melepasi bajet anda tetapi anda boleh sahaja membelinya semasa promosi.

#9. Kain pelikat

Kain pelikat tidak asing lagi buat kita yang berbangsa melayu. Ia merupakan kain sarung khas untuk yang digunakan oleh kaum lelaki semasa berada dirumah malah menjadi pilihan ketika mendirikan solat.

#10. Set Baju Melayu

Set baju melayu adalah pilihan tepat untuk dijadikan barang hantaran lelaki yang paling senang. Baju Melayu merupakan pakaian tradisional yang masih dikekalkan penggunaanya sehingga kini. Anda boleh sertakan ia bersama samping dan songkok. Tidak rugi membelinya kerana ia sangat berguna untuk pasangan anda.

#11. Sirih Junjung

Sirih junjung merupakan barang hantaran yang melambangkan adat orang melayu dalam sesebuah majlis pertunangan dan perkahwinan selain sebagai penyeri majlis. Pelbagai jenis gubahan yang boleh anda reka mengikut kreativiti dan citarasa anda.

#12. Kemeja

Sangat sesuai dijadikan hantaran jika pengantin lelaki bekerja di pejabat atau selalu menghadiri majlis-majlis formal.

#13. Cincin

Selain wanita, lelaki juga menyukai aksesori dan jadikan cincin antara salah satu aksesori kesukaan mereka.

#14. Al-Quran

Lengkap ciri pemimpin sang lelaki dengan menghadiahkan senaskah Al-Quran sebagai rujukan dan pedoman.

#15. Coklat

Coklat juga boleh menjadi satu tarikan yang menarik dan mengiurkan sesiapa sahaja. Malah ianya juga merupakan kegemaran ramai dan tentu si lelaki pun teruja dengannya.

#16. Buah-buahan

Mudah, menarik dan nampak cantik dengan warna buah-buahan yang pelbagai.

#17. Kek

Benda wajib ada setiap kali membuat koleksi hantaran.

#18. Pulut kuning

Merupakan hantaran yang cukup klasik dan penuh nostalgia dulu-dulu.

#19. Sejadah

Jadikannya sebagai koleksi hantaran buat si dia supaya anda boleh solat berjemaah bersama-sama selepas kahwin nanti. Lebih menarik jika membelinya sedondon buat anda dan si dia.

#20. Tuala

Perkara paling asas wajib ada untuk setiap individu.

#21. Telefon

Merupakan benda paling penting wajib ada dan tampak lebih menarik jika anda membeli jenama yang si dia sukai untuk dijadikan hantaran.

#22. Set Mandian

Ia bukan sahaja tampak cantik diatas dulang, malah akan membuat pasangan anda gembira kerana anda telah memberi hantaran yang tepat untuk kegunaanya.

#23. Aksesori kereta/motor

Kredit gambar : www.carousell.sg

Antara koleksi kegemaran yang menjadi kegilaan bagi kaum lelaki.

#24. Beg Backpack

Kelengkapan penting buat lelaki yang aktif melakukan aktiviti.

#25. Topi

Antara aksesori kegemaran lelaki dan merupakan pilihan terbaik.

#26. Pencukur Elektrik

Mudahkan kehidupan yang tersayang dengan kehadiran pencukur yang mewah dan menarik ini.

#27. Power Tools

Kredit gambar : ceklist.id

Tak salah rasanya kalau kelengkapan pertukangan turut dijadikan sebagai koleksi hantaran. Banyak kegunaannya lepas berkahwin nanti.

#28. Coffee Maker

Kredit gambar : drinkswithoutborders.com

Segarkan pagi yang indah dengan aroma kopi yang menawan dan menusuk jiwa. Pasti si dia lebih gembira apabila melihat coffee maker yang menarik ini.

#29. Set BBQ Portable

Orang lelaki memang sangat gemar membakar, apa kata jadikan set BBQ ini sebagai hantarannya.

#30. GoPro

Kredit gambar : nurainijefry.blogspot.com

Sangat sesuai buat lelaki yang menyukai aktiviti lasak seperti hiking, cycling, diving dan sebagainya.

Kesimpulannya, barang hantaran lelaki boleh didapati dengan mudah dan kosnya tidaklah begitu mahal. Ia tidak rumit untuk digubah, walaupun barangannya simple tetapi boleh tampak mewah jika pandai digubah.

Jika pandai memilih barangan, hantaran ini bukan sahaja menggembirakan pasangan anda malah mampu menjimatkan belanja anda selepas berkahwin nanti.

Oleh itu, bijaklah dalam membuat keputusan semasa memilih barangan untuk dijadikan hantaran. Semoga perkongsian ini akan memberi manafaat kepada anda. Jom baca checklist kahwin pula!