Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Checklist Barang Keperluan Bayi Yang Cukup Lengkap – Mommy Tak Perlu Risau Lagi Ada Barang Tercicir!

Barang Keperluan Bayi

Menghitung minggu-minggu terakhir kehamilan pastinya mendebarkan Mommy? Tambah-tambah lagi jika ini merupakan permata hati yang pertama. Jadinya, sebelum tibanya waktu bersalin, Mommy perlu membuat persediaan barang keperluan bayi ketika di hospital nanti.

Penting tau Mommy! Kalau Mommy pening dan keliru nak bawa barang apa, boleh semak di bawah ini. Melalui perkongsian ini, diharap ia dapat membantu Mommy membuat persiapan barang keperluan bayi dan Mommy selengkapnya.

Jom lihat perkongsian ini!

Panduan & Tips Membeli Barang Keperluan Bayi

Highlighted

Kredit gambar: www.amazon.in

Panduan ini sangat penting untuk Mommy buat checklist harga bagi menentukan bajet yang diperlukan untuk membeli barangan bayi dan secara tak langsung dapat mengelakkan barangan yang kurang perlu.

Terdapat beberapa tips antaranya berapa helai baju diperlukan, jenis baju, saiz dan sebagainya Mommy boleh semak di bawah ini.

#1. Set Tilam

Mommy perlu pertimbangkan untuk membeli set tilam lengkap iaitu mempunyai satu bantal tidur dan dua bantal peluk dan ia diperbuat daripada kain kapas sepenuhnya.

#2. Barang Keperluan Bayi – Selimut

Beli selimut yang berpenutup di bahagian kepala di mana ia berfungsi menghalang udara memasuki kepala melalui ubun-ubun yang belum tutup sepenuhnya terutama pada waktu malam. Malah, selimut ini juga memainkan peranan penting bagi menutup kepala dari sinaran matahari tatkala Mommy berulang-alik membawa si kecil ke klinik dan sebagainya.

#3. Kain Lampin

Sekiranya Mommy lebih gemar memakai lampin pakai buang, hanya beli kain lampin sekitar 10 hingga 12 helai sahaja. Tetapi sekiranya ingin penjimatan dari membeli pampers, Mommy perlu membeli kain lampin yang lebih. Jadi, sempatlah Mommy mencuci dan menjemur kerana kain lampin masih banyak.

Pilih kain yang jenis tebal dan kebiasaannya kain lampin yang berwarna putih adalah tebal berbanding yang berwarna dan mempunyai corak.

#4. Barang Keperluan Bayi – Minyak Angin

Penjagaan bayi semasa kecil sedikit rumit. Jadi sebagai persediaan jika bayi kembung perut dan sebagainya, Mommy wajib sediakan minyak telon, minyak yuyi atau mana-mana minyak yang mesra bayi.

#5. Barang Keperluan Bayi – Set Mandian

Bab pemilihan set mandian ini, Mommy perlu sedikit berhati-hati. Ini adalah kerana bayi yang baru lahir mempunyai kulit yang halus dan lembut serta sensitif. Oleh itu, jangan beli set mandian yang bersaiz besar, cukup hanya ambil set percubaan. Jika serasi, baharulah membeli yang baharu.

#6. Bedak Ubat

Selain minyak angin, Mommy juga perlu sediakan bedak ubat untuk elakkan sebarang alahan jika tidak yakin dengan produk bedak yang lain.

#7. Barang Keperluan Bayi – Putik Kapas Saiz Kecil

Sangat penting untuk digunakan semasa Mommy hendak meletakkan ubat di bahagian pusat bayi sehingga ia betul-betul kering sepenuhnya.

#8. Stoking dan Sarung Tangan Bayi

Tidak perlu sediakan dalam jumlah yang banyak. Ini adalah kerana, bayi hanya memakainya ketika baru lahir sahaja. Bayi kan cepat membesar, dan tidak elok sebenarnya pakaikan stoking dan sarung tangan tatkala mereka sudah mula membesar.

#9. Jenis dan Jumlah Baju Yang Harus Dibeli

Memang seronok bila keluar shopping baju baby, tetapi Mommy kena hadkan juga tau pembelian baju-baju bayi! Bukannya apa, bayi kan cepat membesar, jadi beli hanya beberapa helai baju sahaja dan yang penting ia diperbuat daripada kain kapas. Jumlah yang paling sesuai adalah 10 hingga 12 pasang sahaja.

Tapi kalau Mommy nak beli juga, belilah yang bersaiz besar iaitu untuk 6 bulan ke atas.

Checklist Barang Keperluan Bayi 

Kredit gambar: farah-shahirah.blogspot.com

Beg Baby Semasa di Hospital

Di bawah ini merupakan barangan yang dirasakan perlu sewaktu Mommy bersalin di hospital – bermula dari hari pertama Mommy berada di Labour Room sehinggalah hari terakhir iaitu sewaktu mahu discharge. 

Take note ya ini khusus untuk anggaran hari normal bagi wanita selepas bersalin yang tidak mempunyai masalah untuk discharge.

#. Semasa di labour room

  • Tuala
  • Pampers
  • Baju lengan panjang (yang tidak berlubang dikhuatiri bayi akan sejuk kerana perlu masa untuk serasi dengan suhu persekitaran)

Nota:
Bag untuk labour room Mommy hanya perlu pek dan letak 3 benda sahaja sebabnya baby masih baru lahir.

Jadi, tak perlu pakaikan barut bayi kerana pusat baby masih lagi belum kering. Nanti, apabila bayi telah pun diserahkan kepada Mommy, barulah boleh siapkan bayi dengan segala barut dan apa sahaja yang Mommy rasa patut.

#. Hari pertama di wad

  • Pampers
  • Baju lengan panjang (jenis yang berlubang-lubang untuk elakkan bayi panas dan berpeluh)
  • Barut
  • Bedung
  • Stoking tangan & kaki

#. Hari Kedua

  • Pampers
  • Barut
  • Baju lengan panjang (jenis yang berlubang-lubang untuk elakkan bayi panas dan berpeluh)
  • Stoking tangan & kaki
  • Bedung

#. Hari Ketiga

  • Pampers
  • Barut
  • Baju lengan panjang (jenis yang berlubang-lubang untuk elakkan bayi panas dan berpeluh)
  • Stoking tangan & kaki
  • Bedung

Barang Extra Untuk Baby

Sekiranya Mommy ada barang-barang bayi yang tak cukup, Mommy boleh terus pekkan semua barangan tersebut dalam beg extra untuk dijadikan sebagai back up atau stand by sekiranya diperlukan nanti ketika di hospital.

Mana tahu kan kalau ada baju yang kotor tertumpah susu? Antara barang-barang yang boleh Mommy sediakan adalah seperti:

  • Barut lebih
  • Extra bedung
  • Lebihkan stoking kaki & tangan
  • Tuala lebih
  • Sapu tangan
  • Extra baju
  • Extra pampers
  • Extra baju (lengan panjang)

Keperluan Untuk Mandian Bayi

  • 1set toiletries (saiz kecil)
  • Shampu rambut
  • Sabun mandi
  • Losyen bayi
  • Bedak bayi
  • Tisu lap
  • Minyak bayi
  • Cotton buds

Untuk barang baby yang lain pula , Mommy boleh masukkan sekali di dalam beg kelengkapan ibu yang mana ada di antaranya akan dipakai oleh bayi ketika nak balik ke rumah nanti iaitu:

  • Sepasang baju lengan panjang/pendek berbutang depan
  • Stoking kaki dan tangan – dua pasang
  • Barut – 3 helai
  • Lampin pakai buang 5 -10 keping
  • Kain bedung – 2 helai
  • Topi
  • Selimut
  • Tuala mandi bayi
  • Tisu basah
  • Minyak telon

Barangan Keperluan Bayi Sepanjang Penjagaan Di rumah

Kredit gambar: thekrazycouponlady.com

Baby gear

  • Baju – Lengan Pendek – 8
  • Baju – Lengan Panjang – 6
  • Romper – 2
  • Seluar- Pendek – 8
  • Seluar – Panjang – 6
  • Sarung Tangan – 5
  • Sarung kaki – 5
  • Baby Bip – 2
  • Sapu Tangan – 3
  • Barut – 10
  • Topi

Diapering

  • Napkin – 1 pek
  • Lampin Pakai Buang – 2 pek (bergantung penggunaan harian)
  • Diaper Wipes – 2 pek (bergantung penggunaan harian)
  • Safety Pin
  • Changing Mat
  • Nappy Liner
  • Berus Lampin
  • Baldi Untuk Napkin
  • Beg Untuk Diapers
  • Detergent Khas Untuk Mencuci Pakaian Bayi (

Penjagaan & Dandanan Bayi

  • Bedak Bayi
  • Losyen Bayi
  • Minyak Bayi (Baby Oil)
  • Tisu
  • Sikat
  • Putik Kapas (Cotton Bud)
  • Pengepit Kuku (Nail Clipper)
  • Nasal Aspirator (untuk selesema)
  • Spirit – alcohol 70% – cuci pusat sebelum luruh (biasanya dibekal oleh pihak hospital)
  • Gripe Water/Colic Water (untuk kembung perut bayi)
  • Termometer
  • Vicks
  • Minyak Telon
  • Picagari ubat
  • Bebola kapas

Bilik atau Keperluan Tidur Bayi

  • Selimut
  • Set Tilam
  • Play Pen/Katil Bayi
  • Mainan untuk Play Pen/Katil
  • Kelambu
  • Bakul Baju Kotor
  • Bakul Baby (Tempat simpanan Baby Gear)
  • Bakul Baby (Tempat simpanan Baby Care)

Penyusuan

  • Botol saiz S – 2
  • Puting Botol Susu – 2
  • Bottle Sterilizer
  • Pam payudara (manual/bateri/ elektrik)
  • Berus Pembersih Botol
  • Penyepit Botol
  • Sterilising Tablet
  • Nipple Cream
  • Nursing Pad Washable – 2
  • Nursing Pad Disposal – 1 kotak
  • Breast Pump
  • Nursing Pillow
  • Nursing Bra
  • Termos

Semasa Dalam Perjalanan

  • Beg Bayi
  • Baby Warmer untuk botol susu (Tak perlu jika Mommy menyusu badan)
  • Bekas susu bertingkat (Tak perlu jika Mommy menyusu badan)
  • Infant Carrier

Mandian

  • Tuala
  • Besen Mandi
  • Syampu
  • Sabun Mandi
  • Span
  • Gayung

Keperluan Lain

  • Penyangkut Baju Berklip
  • Permainan Bermuzik
  • Bumbo Seat
  • Baby Gym
  • Stroller/Jogger
  • Penyangkut Kecil (untuk sarung tangan + kaki)
  • Car seat
  • Album
  • Beg Bayi
  • Baby Sling
  • Nursing Cover
  • Nursing Clothes/Wear

Checklist Khas Untuk Bakal Ibu

Untuk mudahkan lagi Mommy membuat semakan senarai barangan bayi dan tidak mahu terlepas pandang sesuatu, boleh download checklist khas yang disediakan oleh Motherhood!

Mommy juga boleh daftarkan diri sebagai ‘New Mom’ bersama Motherhood.com.my untuk mendapatkan pelbagai info terkini dan barangan eksklusif.

Mommy hanya isi borang pendaftaran dan berpeluang untuk mendapatkan Welcome Gift PERCUMA dan menyertai cabutan bertuah bulanan. Psst, pemenang utama cabutan bertuah ni akan memenangi sebuah Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat tau.

Pemenang lain pula akan mendapatkan baby set yang eksklusif daripada Motherhood.com.my.


Mommy tak tahu nak beli semua barangan baby ini di mana? Jangan runsing! Mommy boleh dapatkan semua barangan bayi ini di kedai-kedai yang telah Motherhood senaraikan DI SINI