Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Barang Tersembunyi yang Paling Bahaya di Rumah untuk Si Kecil

bayi

Martin N.Simenc                                                                                                                                                                                               Pakar keselamatan kanak-kanak

Ia tidak perlukan banyak kerja untuk menjaga bayi yang baru lahir dengan selamat. Pada usia ini, bayi ini terlalu kecil untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan masalah. Dia belum lagi aktif sehingga memasukkan barang ke dalam mulutnya atau memanjat keluar dari katil, dan ia akan mengambil masa beberapa bulan sebelum dia mula merangkak ke arah tangga.

Namun, ia tidak terlalu awal untuk mengutamakan keselamatan. Walaupun sebelum bayi anda dilahirkan, anda boleh belajar bagaimana untuk mengendalikan alatan bahaya yang tersembunyi untuk anak kecil.

Berikut adalah lapan potensi bahaya dan zon bahaya yang perlu diperhatikan.

  1. Persekitaran tidur

Untuk mengurangkan risiko SIDS (Sudden Infant Death Syndrome), tidurkan bayi anda di atas tilam yang rata. Jangan biarkan bayi anda tidur dengan apa-apa lembut dan selesa seperti bantal yang empuk, atau mainan lembut.

Baju panas, atau baju tidur, adalah pilihan yang lebih selamat daripada selimut, yang boleh menutup kepala bayi anda dan menghalang keupayaan untuk bernafas. Kepala katil bayi tidak digalakkan atas sebab yang sama.

Pastikan tilam disusun rapat supaya bayi anda tidak terperangkap antara ia dan sisi katil. Periksa katil itu supaya tidak ada bahagian yang hilang, rosak atau sebarang jurang antara tilam.

  1. Kawasan menukar lampin

Bayi kecil tahu mencari jalan untuk mengguling turun dari meja menukar lampin jika dibiarkan. Oleh itu, beli meja yang tersedia tali keselamatan atau tambahkan tali ke meja semasa anda.

Walaupun bayi anda diikat di meja, jangan pernah tinggalkan dia sendirian. (Panggilan telefon boleh tunggu)

Anda boleh mengelakkan risiko jatuh dengan menukar lampin bayi anda di atas lantai menggunakan selimut atau kain lampin dibentangkan sebagai lapik.

  1. Waktu mandi

Sama ada anda mandikan bayi anda dalam tab mandi bayi, sinki, atau tab biasa, jangan pernah tinggalkan dia sendirian walaupun sekejap. Sebaik sahaja dia boleh duduk, kerusi mandi akan berguna sebagai peranti keselamatan, tetapi tidak dijamin begitu selamat. Beratus-ratus bayi lemas selepas terjatuh atau tergelincir keluar dari tempat duduk mandi mereka.

  1. Objek berat atau mudah pecah

Alihkan objek seperti bingkai gambar dan patung seramik dari meja menukar lampin bayi supaya ia tidak terjatuh pada anak anda.

  1. Perabot bayi di tempat yang berbahaya

Jauhkan bayi dan meja menukar lampinnya jauh dari tingkap, tirai, atau wayar telefon yang tergantung untuk mengelakkan anak anda daripada tersangkut, terjerat, atau terjatuh ke luar tingkap.

  1. Perabot tidak stabil

Awasi perabot yang tidak stabil atau tinggi (termasuk televisyen skrin rata) di dinding, terutamanya jika anda tinggal di kawasan yang sering dilanda gempa bumi atau mempunyai anak kecil (atau pelawat) yang aktif.

  1. Kecuaian

Apabila bayi di lengan anda, kecuaian atau terjatuh boleh menjadi masalah. Untuk mengelakkan terjatuh, gunakan lampu tidur, pelekat permaidani, elakkan selerak di lantai, dan memasang pagar pada tangga.

  1. Pengesan Api

Memasang pengesan asap dalam setiap bilik tidur, di lorong bilik, dan pada setiap tingkat rumah anda. Jika pengesan asap anda sudah melebihi daripada 10 tahun, gantikan dengan yang baru. Lebih baik jika mempunyai sekurang-kurangnya satu alat pemadam api di setiap tingkat rumah anda dan pengesan karbon monoksida di kawasan tempat tidur.