Kalau hari minggu mestilah ibu bapa nak bawa anak-anak buat aktiviti yang menyeronokkan kan? Ada juga yang memang akan bawa anak-anak, termasuklah bayi yang berumur bawak 18 bulan untuk pergi tengok wayang, sebab dah termasuk dalam aktiviti mingguan keluarga. Tapi, elok ke bawa bayi menonton wayang bersama? Ada keburukan ke tak? Kalau nak tahu kena baca ni.
Ramai orang tanya soalan “Boleh ke bawa bayi menonton wayang?”. Soalannya sekarang bukan “boleh ke?” tapi “perlu ke?”. Menurut American Academy of Pediatrics (AAP), ada beberapa isu penting perlu difikirkan dan dipertimbangkan sebelum bawa anak-anak anda menonton wayang.
Berikut adalah 2 perkara yang perlu dipertimbangkan jika anda mahu membawa anak-anak anda terutamanya bayi, ke panggung wayang.
1) Bunyi yang kuat.
Bunyi dalam wayang adalah sangat kuat, sedangkan kita orang dewasa pun rasa macam kuat sangat, apatah lagi bayi dan kanak-kanak. Sebenarnya bunyi yang tinggi dari 85 decibel dah boleh merosakkan pendengaran. Bayangkan dekat wayang bunyi dia sampai 90 decibel. Orang dewasa ok la, tapi tu pun dah habis kuat kan? Cuba bayang budak-budak ni. Sangat bahaya untuk mereka sebab telinga mereka baru nak terbentuk, tak matang lagi.
Jadi, ibubapa kalau nak bawak anak-anak pergi tengok wayang boleh la berfikir dua kali. Kalau macam tak yakin dan agak-agak bunyi tu kuat dan membahayakan anak-anak kita, baik tunggu je cerita tu keluar dekat tv. Boleh tengok juga.
2) Bayi suka menangis
Ok, ni macam takde kena mengena kan? Tapi ini adalah salah satu sebab saya tak bawak anak-anak ke dalam wayang. Sebab? Nanti mereka meragam sebab bosan. Budak-budak kan tak boleh duduk diam. (Ada je yang boleh tapi, jarang). Jadi, ini akan menajadi gangguan untuk orang awam yang duduk dalam wayang tu. Macam mana nak fokus kalau anak-anak kita asyik menangis je? Kita pun tak selesa, apatah lagi orang lain. Jadi, ini pun boleh jadi salah satu perkara yang boleh kita renungkan dan fikir sebelum bawak anak-anak pergi tengok wayang. Jalan penyelesaian? Subscribe je HBO dan FOX movies dekat astro tu, boleh tengok ramai-ramai dan baring-baring. Anak-anak pun boleh buat suka hati mereka. Lagi seronok.
Ingat, apa yang penting adalah cara kita “bonding” dengan anak-anak. Tak semestinya kena bawa pergi tengok wayang. Ada banyak lagi aktiviti lain yang boleh buat. Anak gembira, mak pun lagi la gembira.
Nak dapatkan barang bayi best dan murah? Sila Klik disini!