Ibu, Bayi & Kanak Kanak

12 Pantang Larang Menjaga Bayi Baru Lahir Perlu Anda Tahu

bayi baru lahir

Kredit gambar: sanaahmedphotography.com

Bayi baru lahir membawa kebahagiaan yang tidak terhingga kepada ibu bapa. Namun, menjaga bayi bukan perkara mudah.

Apatah lagi dalam minggu pertama kehidupan bayi, adalah penting untuk Mommy memastikan bayi mendapat penjagaan yang terbaik. Terdapat beberapa pantang larang yang perlu diambil perhatian bagi memastikan bayi Mommy selamat dan sihat.

Untuk ketahuinya, Mommy perlu teruskan membaca perkongsian ini!

Pantang Larang Menjaga Bayi Baru Lahir

Highlighted

Kredit gambar: www.thebirthplace.com

#1. Jangan Biarkan Sesiapa Mencium Bayi Anda

Pada minggu pertama kelahiran, bakteria dan kuman boleh menyebabkan masalah serius pada bayi. Mencium dan menyentuh bayi tanpa mencuci tangan boleh mengancam sistem imunisasi mereka.

Jadi, Mommy perlu minta sesiapa pun yang datang melawat untuk tidak mencium bayi dan pastikan tangan mereka dicuci sebelum memegang bayi.

#2. Jangan Bawa atau Dedahkan Bayi Baru Lahir di Tempat Ramai

Mommy perlu elakkan membawa bayi ke tempat orang ramai. Sistem imunisasi mereka belum kuat, dan risiko penyakit mudah berjangkit sangat tinggi.

#3. Jangan Ubah Suasana Rumah Terlalu Kerap

Untuk membuat bayi serasi dengan persekitaran, Mommy disarankan untuk tidak mengubah suasana rumah secara kerap.

#4. Jangan Biar Lampin Kotor Terlalu Lama

Selalu periksa dan tukar lampin bayi dengan segera untuk mengelakkan ruam kulit dan memberikan keselesaan kepada bayi.

#5. Jangan Gunakan Puting Terlalu Awal

Elakkan memberikan puting pada bayi dalam tempoh awal. Ini membantu pembentukan ikatan kasih sayang antara ibu dan anak.

Malah antara keburukan lain yang perlu Mommy tahu, pemberian puting pada peringkat awal juga boleh mengganggu jadual pemakanan mereka.

#6. Jangan Terlebih Menggayakan Pakaian Bayi

Pilih pakaian yang selesa dan sesuai dengan suhu sekitar. Terlalu banyak pakaian boleh membuat bayi Mommy berasa tidak selesa.

#7. Jangan Beri Makan Bayi Di Bawah 6 Bulan

Mulakan makanan padat selepas bayi mencapai usia enam bulan. Ini membantu mengelakkan masalah penghadaman.

#8. Jangan Abaikan Temu Janji Doktor

Kredit gambar: wakeforestpediatrics.com

Sama ada sibuk atau tidak, Mommy perlu pastikan temu janji doktor untuk pemeriksaan berkala bayi tidak diabaikan.

#9. Jangan Upload atau Share Gambar Bayi Baru Lahir di Media Sosial

Hindari mengongsikan gambar bayi yang baru lahir di media sosial. Ini untuk mengelakkan gangguan rohani atau penyakit ain.

#10. Biasakan Bayi Baru Lahir dengan Bunyi Persekitaran

Walaupun bayi memerlukan tidur yang berkualiti, tetapi tidak perlulah Mommy mengubah suasana rumah dengan menutup segala tingkap dan langsir untuk hindari segala bunyi.

Mommy perlu pastikan bayi terbiasa dengan bunyi pada siang hari untuk membiasakan mereka tidur dalam suasana begitu. Namun, pastikan segala bunyi tersebut tidaklah terlalu kuat sehingga mengganggu pendengaran.

#11. Jangan Pakaikan Baju Terlalu Tebal

Meskipun bayi kelihatan kesejukan, elakkan pakaian yang terlalu tebal. Gunakan pakaian nipis supaya mudah menambah atau menanggalkan pakaian mengikut keadaan suhu.

#12. Jangan Lupa Azan dan Iqamat

Amalkan azan dan iqamat pada telinga bayi sebagai adab dalam Islam. Ini juga membantu mengelakkan gangguan syaitan.

Mengikuti panduan ini akan membantu menjaga kesejahteraan dan kesihatan bayi baru lahir. Semoga panduan ini bermanfaat untuk ibu bapa baru dalam memberikan yang terbaik untuk bayi mereka.

Khas untuk Mommy yang pertama kali bakal menjadi ibu, jom sertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan New Mom Program seperti ‘welcome gift’ percuma dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!

Apa tunggu lagi jom serang website Motherhood atau download aplikasi Motherhood sekarang!


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.


Selain perkongsian di atas, Mommy boleh dapatkan pelbagai lagi panduan dan tips di SINI!