Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Bayi Derita Diserang Penyakit Kulit Gara-gara Sentuhan Orang Datang Melawat

affan impetigo

Sudah menjadi satu lumrah bagi masyarakat kita datang menziarahi saudara-mara atau kenalan yang baru melahirkan anak. Tapi tahukah anda bagaimana sensitifnya keadaan bayi-bayi yang baru lahir? Antibodi mereka sangat lemah dan mudah untuk dijangkiti. Seorang ibu yang bernama Mazni kongsi pengalaman anaknya yang dijangkiti penyakit kulit hanya selepas beberapa hari dia lahir ke dunia.

Dilahirkan secara normal

Bayi yang dipanggil Affan itu dilahirkan secara normal pada 20 Julai 2018. Keadaannya normal sahaja, cuma dia terus dimasukkan ke Neonatal Intensive Care Unit (NICU) kerana memerlukan bantuan pernafasan oksigen.

Highlighted

Sumber: Facebook

Bestnya barang bayi di Motherhood.com.my!

Tumbuh blister berwarna kuning di muka Affan

Sumber: Facebook

Hanya selepas 10 hari, muka adik Affan ditumbuhi kesan seperti melepuh yang berwarna kekuningan. Ibunya yang tak pernah menghadapi keadaan itu hanya fikirkan mungkin Affan mendapat penyakit kuning yang tinggi. Affan terus dibawa berjumpa doktor dan pada mulanya doktor mengesahkan blister yang tumbuh itu tidak berbahaya. Namun Affan harus dibawa ke KPJ Seremban kerana kuningnya agak tinggi.

Disahkan ‘Impetigo’

Dr Syed Jefrizal yang merawat Affan di KPJ Seremban mengesahkan bayi Puan Mazni dijangkiti penyakit kulit iaitu Impetigo. Affan mungkin dapat jangkitan daripada mereka datang melawat yang mengalami sakit kulit. Puan Mazni dan suami berasa lega apabila penyakit Affan boleh dirawat hanya dengan menyapu krim pada blisters tersebut dan disuntik antibiotik.

Apa itu Impetigo?

Impetigo merupakan penyakit kulit yang dijangkiti bayi akibat daripada bakteria Staphylococcus aureus atau Streptococcus pyogenes. Penyakit ini boleh berjangkit melalui sentuhan secara langsung tak kisah daripada baju, seluar, katil ataupun alat permainan. Bakteria ini lagi mudah mengjangkiti mereka yang mempunyai luka di badan.

Keadaan semakin teruk

Namun, selepas beberapa hari, Affan masih belum sembuh sepenuhnya. Keadaannya bertambah teruk apabila dahi Affan mula keluar cecair dan mengelupas disekeliling mulut dan matanya. Affan terus dibawa kembali ke KPJ dan dicucuk antibiotik kerana keadaan kulitnya yang semakin teruk.

Empat hari kemudian, kulit Affan mengelupas lebih teruk sehingga dia tidak dapat membuka mata. Affan dirujuk kepada pakar kulit dan dia kemudian dicucuk lagi dengan antibiotik kerana disahkan menghidap Scalded Skin Syndrome.

Selepas hampir sebulan Affan dirawat, Alhamdulillah affan kini semakin pulih. Kulit mukanya mengelupas bagi menggantikan kulit baru.

Pelawat yang datang melawat harus lebih berhati-hati

Antibodi bayi yang baru lahir sangatlah lemah. Tak mengapa kalau ibu bapa nak overprotective terhadap bayi mereka. Bukan kedekut, tapi anda yang sudah dewasa harus lebih memahami.

Kalau rasa badan tak sihat tu, atau baru sembuh dari sakit ke apa, lebih baik anda jangan pergi melawat bayi yang baru lahir. Dah betul-betul sembuh nanti baru la pergi melawat. Kesian ibu bapa bayi kalau apa-apa terjadi dekat anak mereka nanti.

Bestnya barang bayi di Motherhood.com.my!