Ibu, Bayi & Kanak Kanak

“Mungkin terseliuh…” – Tangan bayi 3 bulan patah dipercayai dipulas dan didera Pengasuh

Lagi kes pengasuh mendera bayi! Boleh dikatakan tiap minggu ada je kes bayi atau kanak-kanak didera pengasuh sendiri. Yang membuatkan orang ramai lagi marah apabila mereka ni ada yang memberi alasan, ‘berlakon’ seperti tidak tahu apa-apa dan takde rasa tanggungjawab hinggalah siasatan dilakukan. Ni ada lagi kes terbaru, berlaku di Seri Iskandar, Perak.

Bayi hanya berusia 3 Bulan

Highlighted

Sumber: Facebook

Kes ini viral setelah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook yang memperkenalkan diri sebagai saudara kepada bayi tersebut. Kes ini dipercayai berlaku pada 8 Ogos yang lalu. Pada hari kejadian, pengasuh tersebut telah menelefon bapa bayi berkenaan dalam pukul 11 pagi dan meminta si bapa datang mengambil anaknya. Pengasuh tersebut memberitahu yang bayi itu seperti tidak sihat. Oleh kerana si bapa tengah bekerja, dia meminta ayahnya untuk tolong mengambil bayi tersebut di rumah pengasuh.

Datuk yang prihatin

Ketika di rumah pengasuh, datuknya rasa ada sesuatu yang tak kena dengan tangan cucunya. Apabila ditanya, suami pengasuh itu hanya menjawab, “Mungkin tangannya terseliuh.”

Prihatin dengan keadaan cucunya, datuk berkenaan terus bawa berjumpa dengan si ayah. Kemudian mereka bergegas bawa bayi tersebut ke klinik dan hospital yang berdekatan. Keputusan x-ray menunjukkan tangan kanannya telah patah.

Klik disini untuk barangan bayi murah!

Tangan dipulas dengan kuat sehingga patah

Bayi berkenaan terus dirujuk di Hospital Seri Manjung untuk rawatan lanjut. Doktor yang merawat memberitahu tangannya yang patah berkemungkinan besar akibat dipulas dengan kuat sehingga patah. Kalau betul apa yang doktor itu cakapkan, tergamaknya kamu wahai pengasuh.

Rumah pengasuh sunyi, tiada orang

Ibu bapa bayi berkenaan keesokkannya telah pergi ke rumah pengasuh untuk mengambil kembali barang-barang bayi mereka. Tapi, tidak ada sesiapa dirumah dan keadaan rumah sangat sunyi.

Pengasuh wanita berkenaan akhirnya ditahan

Berikutan kejadian yang berlaku, si bapa terus membuat laporan polis. Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah, berkata pihak polis telah menahan pengasuh wanita berusia 46 tahun berkenaan selepas menerima laporan polis yang dibuat bapa bayi pada jam 11.04 pagi.

Sumber: Facebook

Berdasarkan laporan itu, bapa mangsa mengambil mangsa di rumah pengasuh di Seksyen Dua dan bertanyakan mengenai keadaan tangan anaknya itu. Bagaimanapun suami suspek memaklumkan tangan mangsa terseliuh sebelum membawa mangsa mendapatkan rawatan ke Hospital Changkat Melintang.

Doktor kemudian merujuk mangsa ke Hospital Seri Manjung dan dimaklumkan tangan mangsa mengalami kesan dipulas dipercayai didera sehingga mengakibatkan patah tulang,” katanya ketika dihubungi di sini pagi ini.

Sumber: Facebook

Pengasuh wanita berkenaan ditahan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah dan Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mendera.

Harap keluarga mangsa tabah dengan kejadian ini dan semoga bayi berkenaan cepat sembuh!

Klik disini untuk barangan bayi murah!