Grace Nesamani Raju, 45, yang telah menjadi pemandu sepenuh masa Grab selama hampir empat bulan telah mengambil seorang penumpang yang mengandung dari Bukit Bintang untuk ke Pusat Perubatan Sentul.
Umair Razak, Maria Suab, 28, dan ditemani oleh seorang rakannya untuk melakukan pemeriksaan di hospital Sentul kerana bayi itu masih belum mencukupi tarikh jangkaan lahir.
Mereka terperangkap dalam kesesakan lalu lintas ketika penumpang wanita itu tiba-tiba menjerit kesakitan. Tanpa berlengah, Grace meredah lalu lintas dengan hanya 30 minit tiba di hospital.
Bayi itu kemudian dilahirkan sebaik sahaja Grace menghentikan kereta di pintu masuk. Jururawat bergegas untuk memotong tali pusat dan mengambil bayi dan ibunya untuk rawatan lanjut.
Highlighted
Grab memberi ganjaran istimewa perjalanan percuma seumur hidup kepada seorang bayi lelaki yang dilahirkan dalam salah sebuah kenderaannya pada Khamis lalu.
BACA: KADAR PERBELANJAAN PERSEKOLAHAN DI SELURUH NEGARA
“Ianya bayi LELAKI! Kami sangat gembira mendengar bahawa bayi itu dilahirkan dalam Grab semalam ketika dalam perjalanan ke hospital.
“Kami amat berbangga dengan Grace, rakan kongsi pemandu kami yang tetap tenang dan membawa kedua-dua ibu bapa dan bayi ke hospital dengan selamat.
“Untuk meraikan peristiwa yang menggembirakan ini, kami memberi bayi itu PERJALANAN GRAB PERCUMA SEUMUR HIDUP.” kata syarikat itu.
Grab juga berkata Grace akan turut diberi ganjaran atas usahanya dalam membawa wanita hamil itu ke hospital.
Untuk mendapatkan barangan anak-anak secara online murah dan mudah, sila layari Motherhood.com.my