Beberapa kajian mendapati penggunaan susu formula boleh meningkatkan risiko obesiti berbanding dengan susu ibu, tetapi para pengkaji mengatakan masalah sebenar berpunca daripada makanan pepejal yang teralalu awal.
Daripada Crystal Phend, MedPage
Isnin, 7 Feb., 2011 – Permulaan dengan makanan pepejal terlalu awal bagi bayi susu formula boleh meningkatkan risiko untuk mendapat obes apabila umur mereka mencecah 3 tahun, mengikut kajian yang telah dijalankan.
Kajian tersebut yang melibatkan lebih daripada 840 kanak-kanak, mendapati dengan memperkenalkan makanan pepejal kepada bayi susu formula seawal 4 bulan hingga 6 bulan berkemungkinan akan mendapat obes pada umu 3 tahun, berbanding dengan bayi susu formula dengan memulakan makanan pepejal seawal 4 bulan.
Dr. Susanna Y. Huh, MD, MPH, Hospital Kanak-kanak Boston, dan pekerjanya melaporkan ke pakar kanak-kanak.
Walaubagaimanapun, perkara yang sama tidak berlaku sama sekali kepada bayi susu ibu apabila mereka mula memakan makanan pepejal, tiada risiko obesity pada umur 3 tahun.
Pengkaji juga memberi kenyataan dengan mencadangkan untuk tidak memberi makanan pepejal sehingga sekurang-kurangnya 4 bulan usia dan sebaik-baiknya enam bulan, penyelidik berkata.
klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!
“Tambahan pula, ia telah diperakui susu badan 6 bulan pertama mempunyai nutrisi yang banyak,” kata Dr. Cliff Nerwen, Pusat Kesihatan Kanak-Kanak Cohen di New York City, dalam kenyataannya yang dilaporkan oleh wartawan.
Peningkatan pematuhan peraturan mampu membuatkan strategi untuk peningkatan obesiti di kalangan kanak-kanak berkurang, kebanyakannya dikalangan anak kecil dan kanak-kanak pra-persekolahan, cadang kumpulan Huh.
“Salah satu sebab yang mungkin mengapa kita lihat di kalangan bayi yang diberi susu formula tetapi tidak diberi susu ibu ialah bahawa bayi yang diberi susu formula boleh meningkatkan pengambilan tenaga mereka apabila pepejal diperkenalkan,” kata mereka dalam karya.
“Penyusuan susu ibu boleh meningkatkan kawalan pengambilan tenaga bagi seorang bayi, dan ibu boleh belajar untuk mengenali rasa lapar dan kenyang daripada isyarat bayi itu,” jelas mereka.
Para pengkaji kemudian diikuti 847 kanak-kanak di Projek Viva, kajian terhadap pra-kelahiran oleh ibu-anak. Ibu-ibu diambil antara tahun 1999 dan 2002 di pejabat obstetrical of multispecialty di timur Massachusetts.
Enam bulan selepas bersalin, ibu-ibu memenuhi borang soal selidik yang memperincikan jenis makanan bayi mereka makan dan apabila makan makanan pejal – termasuk bijirin bayi, biskut untuk tumbuh gigi, dan buah-buahan – telah mula diperkenalkan.
Pada usia empat bulan, 67 peratus daripada kanak-kanak yang diberi susu ibu dan 33 peratus adalah yang diberi susu formula.
klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!
Penyusuan susu ibu telah menjadi norma pada perkembangan dan kepada pengenalan makanan pepejal, dengan hanya 8 peratus daripada bayi yang diberi susu ibu bermula pada pepejal di bawah daripada 4 bulan berbanding 33 peratus daripada bayi bersusu botol.
Untuk hasil utama obesiti pada 3 tahun, kanak-kanak susu ibu kurang berkemungkinan untuk mempunyai indeks jisim badan pada atau di atas persentil ke-95 untuk umur dan jantina pada ketika itu berbanding dengan mereka yang telah diberi susu formula – 7 peratus berbanding 13 peratus .
Pada bayi yang diberi susu formula, walaupun selepas pelarasan untuk faktor termasuk perkembangan awal bayi, pengenalan awal kepada pepejal boleh mendapat obesiti.
Dapatan bahawa kesan awal makanan pepejal bebas penting daripada pertumbuhan awal, menurut kumpulan Huh, sejak “berat badan yang pesat dalam beberapa bulan pertama telah dikaitkan dengan peningkatan risiko obesiti, dan persepsi ibu pada bayi yang kelaparan atau saiz bayi yang besar seolah-olah mempengaruhi keputusan untuk memperkenalkan makanan pepejal awal.”
Artikel ini dipetik daripada www.everydayhealth.com