Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Bayi Menangis Malam? Ini 9 Punca Yang Mommy Semua Perlu Tahu!

bayi menangis malam

Kredit gambar: www.babycentre.co.uk

Mengapa bayi menangis malam? Mommy tentu kehairanan bukan apabila bayi sering menangis terutama waktu malam.

Sebenarnya Mommy, kelaparan adalah salah satu sebab utama bayi menangis malam kerana bayi yang baru lahir, mereka membesar dengan begitu cepat dan mempunyai perut yang kecil bermaksud bahawa perut mereka perlu sentiasa diisi dengan makanan.

Menurut National Sleep Foundation, bayi yang baharu sahaja dilahirkan memerlukan lebih kurang 14 hingga 17 jam tidur yang mencukupi dalam sehari.

Oleh itu, tidak hairan jika bayi Mommy menangis pada waktu malam kerana akan tiba waktu untuk mereka berasa lapar dan berbagai lagi punca yang lain apatah lagi setelah 6 jam mereka tidur pada waktu malam.

Apabila bayi mencapai umur 9 bulan, tabiat tidur mereka mulai berubah di mana menurut National Sleep Foundation, 70% bayi akan terus tidur sepanjang malam.

Selain lapar terdapat lagi beberapa punca yang menyebabkan bayi suka menangis pada waktu malam.

Jom lihat perkongsian di bawah ini untuk mengetahuinya!

Punca Bayi Menangis Malam Yang Buat Mommy Tak Tidur Lena

Highlighted

Kredit gambar: www.health4mom.org

#1. Lampin Bayi Penuh

Salah satu punca bayi menangis ketika waktu malam adalah lampinya sudah penuh atau bocor. Oleh itu, Mommy perlu kerap memeriksa, mencuci kemaluan bayi dan menukar lampin yang baharu.

Cara ini dapat membuatkan bayi dapat kembali tidur dengan aman dan tenang.

#2. Punca Bayi Menangis Malam Sebab Badan Tidak Sihat

Antara tanda yang menunjukkan bayi tidak sihat adalah ketika mereka tidur pada waktu malam. Mommy dapat lihat mereka tidur dalam ketidakselesaan dan kerap menangis atau merengek.

Badan yang tidak sihat adalah antara punca bayi kerap menangis pada waktu malam.

#3. Perubahan Suhu

Kredit gambar: www.verywellfamily.com

Mommy perlu tahu, bayi yang masih kecil belum mampu menyesuaikan diri dengan cuaca. Apatah lagi apabila berlaku perubahan cuaca yang pantas sama ada dari panas ke sejuk atau sejuk ke panas.

Seperti pada waktu malam, untuk elakkan bayi terlampau sejuk Mommy perlu bedung atau selimutkannya.

Begitu juga jika waktu malam tersebut terasa sedikit panas, segera buka selimut bayi untuk pengudaraan yang lebih baik untuk kesegaran tubuhnya.

#4. Tidak Cukup Tidur

Jangan hairan jika si manja baru bangun tidur, tetapi masih lagi merengek.

Itu juga adalah salah satu tanda bahawa dirinya masih mahu tidur lagi dan memang sudah menjadi fitrah bagi seorang bayi untuk menghabiskan banyak masanya dengan tidur yang panjang.

#5. Mahu Orang Berada Disisi

Kredit gambar: pregnancybydesign.com

Kadang-kadang, bayi lebih gemar jika tubuhnya dipeluk apatah lagi jika dia berada dalam kesejukan. Jadi Mommy, cuba peluk si manja dengan erat untuk buatnya tenang dan tidur semula!

#6. Punca Bayi Menangis Malam Ingin Ajak Bermain

Kalau siang hari sudah banyak masa dihabiskan dengan tidur, waktu malam adalah waktu bermain!

Jadinya, kalau si manja Mommy ada yang macam ini, harap bersabarlah! Cuba layan sekejap.

#7. Keletihan

Bila seharian keluar berjalan, bayi Mommy akan keletihan. Selalunya, waktu malamlah masanya bayi akan mula merengek kerana tidak selesa atau kebas kaki dan tangannya kerana baring, duduk atau dibedung untuk tempoh yang lama ketika tidur.

#8. Sebab Rasa Tidak Selesa

Kredit gambar: www.enfamil.com

Selain itu, jika Mommy perasan, si manja akan menunjukkan tanda tidak selesa jika dia beralih tempat. Maksudnya, jika Mommy tidur di bilik lain atau rumah lain, si manja akan merengek dan menangis waktu malam.

Itu tandanya dia masih lagi belum serasi dengan persekitaran baru.

#9. Kembung Perut

Bayi juga akan menangis jika perut mereka tidak selesa. Kebiasaannya ia disebabkan oleh susu yang tidak dapat dihadam di mana ia membuatkan perut bayi menjadi kembung.

Oleh itu, melalui senarai punca mengapa bayi kerap menangis terutama pada waktu malam, Mommy dan Daddy bolehlah kenalpasti yang manakah salah satu puncanya dan cuba atasi punca tersebut.

Semoga perkongsian kali ini, banyak membantu menyelesaikan masalah Mommy dan Daddy!

Khas untuk Mommy yang pertama kali bakal menjadi ibu, jom sertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan New Mom Program seperti ‘welcome gift’ percuma dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!

Apa tunggu lagi jom layari website Motherhood.com.my atau download aplikasi Motherhood.com.my di SINI sekarang!


Dapatkan juga pelbagai lagi tips penjagaan anak, tips keibubapaan serta panduan menarik yang lain di SINI!