Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Bayi Muntah Susu | Adakah Ia Membahayakan atau Normal?

bayi lelaki muntah susu

Sumber: mamz.com.my

Para ibu bapa yang baru menimang cahaya mata mesti pernah melalui perbualan seperti ini:

Yang, banyak betul muntah susu ni! Baby ok ke tak?

Sambil menimang bayi, banyak pula keluar susu akibat bayi muntah.

Bagaimana lah pula badan si kecil comel tu boleh muntah banyak sangat sekali gus kan? Apakah punca bayi muntah susu?

Highlighted

Sumber: Adobe Stock

Kadang-kala, agak susah untuk ibu bapa mengenalpasti jika bayi sebenarnya muntah susu atau betul-betul muntah yang mungkin membahayakannya.

Ini kerana kedua-duanya mungkin nampak sama memandangkan diet bayi hanyalah merangkumi susu, sama ada susu ibu atau susu formula.

Bayi Mummy mungkin akan muntah susu dengan sedikit sahaja dan secara halus, atau mereka juga mungkin muntah dengan gaya yang dramatik!

Kadang-kala bukan keluar dari mulut sahaja, tapi keluar dari hidung juga!

Punca-Punca Bayi Muntah Susu

Sumber: Adobe Stock
  1. Muntah susu selalunya berlaku sebelum atau selepas bersendawa dan kerap berlaku pada bayi yang berumur kurang daripada satu tahun. Muntah susu akan mudah keluar daripada mulut bayi anda, seolah-olah hanya air liur putih yang banyak.
  2. Muntah susu selalunya berlaku apabila sendawa bayi disusuli dengan poket udara yang besar. Sekiranya susu keluar sejurus selepas menyusu, ia akan kelihatan dan berbau agak serupa dengan keadaan asli susu. Sekiranya susu keluar beberapa saat atau minit selepas menyusu, biasanya sebahagian daripada susu itu sudah dicerna dan akan mempunyai ketul-ketulan susu kecil.
  3. Salah satu punca bayi sering muntah susu adalah kerana injap otot di bahagian atas perut bayi (antara esofagus dan perut) masih lemah dan belum matang. Bagi orang dewasa, injap ini ditutup rapat setelah menelan makanan untuk memastikan makanan masuk ke perut. Mummy dan Daddy tahu tak, tak senang untuk paksa injap itu untuk terbuka bagi orang dewasa yang mahu muntah! Tapi untuk bayi, bila injap tersebut ditutup, ia tidaklah begitu ketat. Sebab itulah bayi senang muntah susu kerana injap tersebut hanya perlukan tekanan yang lembut untuk dibuka bagi bayi.
  4. Dalam proses normal pencernaan susu dan makanan, yang kemudian akan di bawa dari perut ke bahagian usus, perut akan melakukan proses atau tindakan contraction. Tekanan dari contraction atau pengecutan ini lah yang akan memaksa susu untuk naik balik ke esofagus dan menyebabkan bayi muntah susu.
  5. Muntah susu juga boleh berlaku sekiranya perut bayi ‘terlalu kenyang’, atau ditekan dengan lembut. Contohnya jika Mummy memegang bayi terlalu jauh dari bahu Mummy dalam usaha untuk menyendawakannya, atau bayi sedang melakukan ‘tummy time’, perut bayi akan berasa sedikit tertekan, justeru membuatkan bayi muntah susu. Bayi juga boleh muntah susu disebabkan punca ini ketika tidur.

Tanda-Tanda Ia Membahayakan

  1. Muntah biasa atau bayi muntah susu yang teruk biasanya keluar dengan bunyi yang kuat. Ini kerana ia berlaku apabila otak bayi yang mengawal bahagian ‘muntah’ memberi isyarat kepada otot-otot di sekitar perut bayi untuk memaksa kandungan dalam perut bayi untuk di buang.
  2. Bayi Mummy mungkin muntah kerana mengalami sakit perut atau selesema perut. Gastroenteritis adalah penyebab muntah biasa bayi dan kanak-kanak dan mereka mungkin akan mengalami kitaran muntah yang datang berterusan dalam masa 24 jam. Kadang-kala, ia juga boleh diikuti dengan demam, cirit birit, dan kurang selera makan.

    Sumber: Adobe Stock

  3. Seperti orang dewasa, bayi juga boleh mengalami reflux asid di dalam perut. Bayi boleh mengalami reflux dan menyebabkan bayi muntah pada awal kehidupan bayi. Muntah dari reflux asid berlaku apabila otot-otot di atas perut terlalu relax. Ini akan mencetuskan bayi muntah sejurus selepas penyusuan juga.
  4. Bayi anda mungkin mempunyai sejenis intoleransi atau alahan susu jika bayi dilahirkan tanpa enzim tertentu yang diperlukan untuk memecahkan gula dalam susu. Ada juga bayi yang malangnya mempunyai alahan terhadap susu ibu. Ia boleh menyebabkan bayi mual dan muntah susu selepas minum susu ibu atau apa sahaja jenis tenusu. Sekiranya bayi Mummy diberi susu formula, periksa ramuan susu formula tersebut supaya tidak mengandungi sebarang susu, termasuk protein susu.
  5. Jangkitan virus juga boleh mengakibatkan bayi muntah dengan teruk. Ini kerana sistem imun bayi masih berkembang dan belum kuat. Jadi bayi boleh mendapat jangkitan dari siapa-siapa atau mana-mana tempat.

Cara-Cara Untuk Mengurangkan Muntah Susu

  1. Pastikan cara Mummy menyendawakan bayi dengan betul, dan sendawakannya dengan kerap selepas penyusuan dan antara penyusuan.

    Sumber: Adobe Stock

  2. Selepas menyusu, pegang bayi dengan gentle dan elakkan menimang atau melambung bayi atau menggerakkan bayi dengan terlalu cepat.
  3. Elakkan penyusuan yang berlebihan. Lebih baik jika Mummy berikan susu dalam kuantiti yang sederhana, tetapi dengan lebih kerap.
  4. Pastikan badan bayi adalah tegap atau lurus sekurang-kurangnya 30 minit selepas menyusu melainkan bayi telah pun tidur.
  5. Jika Mummy menggunakan barut pada bayi, pastikan ikatan barut tersebut tidaklah terlalu ketat.
  6. Lakukan urutan pada perut bayi selepas mandi atau selepas bayi membuang air besar atau kecil ketika menukar lampinnya.

    Sumber: Adobe Stock

  7. Penyusuan yang terlalu laju boleh membuatkan bayi tersedak. Sama lah seperti orang dewasa yang meminum segelas air dengan laju! Jadi Mummy boleh kawal pengeluaran atau kelajuan susu dengan memegang puting susu ibu di antara jari telunjuk dan jari tengah.
  8. Sesetengah bayi berasa lebih tenang berada di dalam dakapan ibu. Jadi Mummy boleh biarkan bayi relax dulu dalam dakapan selepas menyusu dan sebelum menyendawakannya. Ini juga dapat mengurangkan kerangsangan perut dan melancarkan proses penghadaman.

Bayi muntah susu sebenarnya adalah perkara yang biasa berlaku, terutamanya bagi bayi baru lahir yang sihat.

Dalam kebanyakan kes, Mummy boleh sambung menyusu selepas muntah, untuk mengelakkan bayi terasa lapar, dehidrasi atau kekurangan air.

Bayi yang sihat akan berhenti muntah susu di masa hadapan setelah organ dalamannya berkembang dan mencapai tahap matang.

Sekiranya bayi Mummy muntah berlebihan atau kelihatan tidak sihat, Mummy disarankan untuk segera berjumpa dengan doktor atau pakar pediatrik bayi untuk mendapatkan nasihat dan rawatan.