Ibu, Bayi & Kanak Kanak

BAYI PEREMPUAN PEGAWAI POLIS NEW YORK CITY DILAHIRKAN TANPA AYAH

bayi perempuan

Klik disini untuk baca artikel versi Bahasa Inggeris

Pada 25 Julai (Selasa), isteri Inspektor Liu, Mrs Sanny Liu, selamat melahirkan seorang bayi perempuan di hospital dekat bahagian timur atas Manhattan, sudah lebih 2 tahun setelah pemergian bapa kepada bayi perempuan ini, kata pegawai polis berkenaan. Bayi itu diberi nama Angelina.

Apabila pegawai polis New York City WenJian Liu dan rakan sekerjanya ditembak mati semasa bertugas di Brooklyn pada Disember 2014 lalu, Mr Liu telah berkahwin selama 3 bulan.

Pada malam kejadian, keluarga beliau dan rakan petugas turut berasa sedih, isteri beliau meminta untuk mendapatkan sperma suaminya, supaya suatu hari nanti dia akan mempunyai anaknya.

Dalam penyataan tersebut, Jabatan Polis New York turut berkongsi sebuah gambar ibu dan bayi tersenyum yang disarungkan topi unit NYPD.

Highlighted

image from www.nst.com.my

Pegawai yang mengenali Mr Liu dan keluarga beliau menghadiri hospital untuk berkongsi kegembiraan menyambut kelahiran bayi perempuan Mr Liu.

“Ibunya dalam keadaan yang baik” kata seorang pegawai, sebaik sahaja dia meninggalkan hospital kira-kira 3 petang pada hari Rabu. “Bayi itu juga dalam keadaan yang sihat dan semua orang sangat gembira”

Mrs Liu dikatakan telah meminta beberapa pelawatnya untuk tidak berkongsi banyak kepada wartawan yang sedang menunggu di luar hospital, NewYork-Presbyterian/Weill Cornell Medical Centre, untuk berita mengenai anaknya.

Jabatan pegawai polis berkenaan turut berkata dalam kenyataan beliau, Mr Liu dan isterinya selalu merancang untuk mempunyai anak bersama.

image from https://www.nydailynews.com

“Pada malam kejadian, dia meminta sperma suaminya disimpan,” kata pegawai tersebut. Setelah itu, dia pernah bermimpi, “dimana suaminya menyerahkan dia seorang bayi perempuan”, berikutan dengan penyataan.

Sejak daripada mimpi itu, Mrs Liu sudah pasti akan jantina anaknya. Walaupun sebelum alat sonograms mendedahkan jantina bayi itu, dia memberitahu rakan-rakannya bahawa anak yang dikandung ialah seorang bayi perempuan, katanya.

Ibu bapa Mr Liu berada di hospital pada hari Selasa untuk melihat cucu mereka. Rakan keluarga yang sangat mengenali beliau dari kecil juga turut berkata “Mereka sangat gembira dapat melihat Liu pada bayinya.”

Rakan keluarga, yang diminta untuk tidak dikenali, mengatakan bahawa datuk neneknya telah memberitahu “bahawa bahagian atas wajah kelihatan seperti ayah dan bahagian bawah kelihatan seperti ibu”.

Klik disini untuk mendapatkan barangan bayi dengan harga termurah

Mr Liu telah berkhidmat selama tujuh tahun ketika berkahwin dengan Madam Peixia Chen, yang dikenali sebagai Sanny, pada bulan September 2014. Majlis perkahwinan itu berpindah dari rumah pegawai di bahagian Gravesend Brooklyn ke sebuah restoran dekat Sunset Park, di mana 300 tetamu meraikan pasangan itu.

Hampir tiga bulan kemudian, Mr Liu, 32, menaiki sebuah kereta peronda dengan rakannya Rafael Ramos di kawasan Bedford-Stuyvesant, semasa seorang lelaki bersenjata menyerang mereka.

Lelaki bersenjata, Ismaaiyl Brinsley, berjalan ke tingkap sisi penumpang dan menembak beberapa pusingan ke dalam kereta, membunuh kedua-dua pegawai, yang tidak berpeluang untuk mengeluarkan senjata mereka.

Brinsley membunuh dirinya di stesen kereta api bawah tanah berdekatan sejurus selepas pembunuhan berlaku. Terdahulu pada hari itu, beliau telah mengumumkan di media sosial dengan niatnya untuk membunuh pegawai polis.

“Sekarang warisan Detektif Liu boleh hidup melalui anak perempuannya,” kata polis dalam kenyataan itu. “Semenjak warisan Detektif Liu pergi, Sanny tidak sabar untuk memberitahu Angelina bahawa ayahnya seorang pahlawan.”

Teruskan membaca artikel seperti, kongsian mengajar anak perempuan batasan mereka

Klik disini untuk mendapatkan barangan bayi dengan harga termurah