Sawan demam merupakan sawan yang paling biasa yang akan terjadi pada kanak-kanak. Terdapat beberapa punca kenapa sawan ni berlaku. Dan untuk pengetahuan Mommy, sawan tangis dan sawan demam lain tau!
Dalam kata ringkas, sawan demam berpunca daripada jangkitan, natrium darah rendah, ubat-ubatan, penggunaan dadah (amphetamine atau kokain), kecederaan otak atau tumor, dan perubahan genetik.
Kadang-kadang, tiada punca yang tepat apabila berdepan dengan sawan demam ni. Semestinya waktu kecemasan memang tak boleh elakkan diri daripada panik. Pesanan yang selalu diingatkan adalah untuk tidak panik kerana kita perlu fikirkan langkah seterusnya.
Ikuti penjelasan dan cara merawat sawan demam yang dikongsikan oleh Dr Samhan. Jom baca dengan lebih lanjut.
Jangan Panik Mommy!
“Anak aku sawan ini. Mata terbeliak keatas, tangan kaki semua tertarik kejang. Aku masukkan sudu dalam mulut dia”
“Kau keluarkan balik sudu tu, letakkan dia dalam keadaan mengiring.”
Mengapa Anak-anak Kena Sawan?
Highlighted
1. Bagi kanak-kanak, kebanyakan sawan berlaku disebabkan suhu badan terlalu tinggi (38 celcius) dan keatas ataupun suhu naik mendadak (Dipanggil ‘febrile fit’).
2. Usia yang paling lazim bagi mengalami gejala ini adalah di antara umur 6 bulan hingga 5 tahun.
3. Bagi mengelakkan atau menghentikan sawan ini adalah dengan mengawal suhu badan semasa demam supaya tidak tinggi. Ubat seperti paracetamol menurunkan suhu badan. Dalam keadaan bayi tidak dapat menelan, ubat ini juga diberi melalui dubur (suppository paracetamol).
4. Bagi bayi yang kerap mengalami sawan, doktor biasanya akan membekalkan ubat sawan yang boleh diberi melalui dubur. Jika ada, ubat ini boleh diberi semasa bayi sawan.
5. Kajian menunjukkan pengambilan vaksin seperti Mumps-Measles-Rubella yang diberikan secara berjadual dapat mengurangkan risiko mengalami ‘febrile fit’.
Cara Mengatasinya
1. Jangan panik. Jauhkan bayi dari apa-apa benda berbahaya di sebelahnya seperti gunting, air panas dan sebagainya.
2. Pusingkan badan bayi ke kedudukan mengiring(recovery position). Pegang bayi dalam keadaan begini selagi sawan masih berlangsung. Ini mengelakkan bayi dari ‘tersedak’ (cairan susu atau muntah dari perut masuk ke salur pernafasan). Lapkan cairan yang keluar dari mulut.
3. Jangan menghalang gerakan tangan & kaki yang sawan. Pegang dengan lembut untuk kekalkan posisi mengiring. Jangan goncang!
4.Elakkan dari meletakkan sudu dan sebagainya ke dalam mulut. Ini boleh menyebabkan bayi tercekik!
5. Perhatikan ‘pattern’ sawan dan tempoh sawan.
6. Mohon bantuan dari orang berdekatan. Longgarkan dan buka baju sehingga tinggal pampers.
7. Ambilkan tuala dan air suam. Lap ke seluruh badan dan biar air suam ini kering sendiri. (Air suam & bukan air sejuk atau ais kerana suam air mengembangkan salur darah di kulit untuk lebih haba keluar ke kulit). Ini akan menyebabkan haba dari badan keluar dengan berkesan dan menurunkan demam. Buka kipas kerana ini membantu air tersejat ke udara dengan lebih pantas.
8. Setelah sawan terhenti, bawa bayi ke Jabatan Kecemasan dengan segera. Jika sawan berterusan, panggil 999 untuk bantuan ambulans.
Macam-macam boleh terjadi apabila anak kena sawan. Sebab tulah Mommy perlu berhati-hati! Take note dengan apa yang dikongsikan Dr Samhan kongsikan ini supaya dapat jadikan pengajaran pada masa kelak.
Pastikan Mommy mengambil langkah berjaga-jaga. Semoga bermanfaat ya!
Kredit: Dr Ahmad Samhan
Dapatkan maklumat lain tentang kesihatan anak-anak kita DI SINI Mommy!