Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Mommy, Please Take Note! Ketahui Tanda & Tips Elak Bayi Tersedak Susu

bayi tersedak susu

Kredit gambar: www.ozmo.io

Bagi Mommy-mommy yang bergelar ibu pastinya antara perkara yang paling ditakuti adalah hilang bayi atau anak yang dilahirkan. Dalam kata lain meninggal dunia. Antara penyebab utama kematian bagi bayi berusia setahun ke bawah adalah disebabkan bayi tersedak susu.

Kejadian tersedak susu ini sering terjadi kepada bayi yang minum susu formula menggunakan botol. Namun, tidak mustahil bayi yang menyusu badan juga boleh tersedak.

Oleh itu, perkongsian kali ini akan membawakan informasi berkenaan tips untuk elakkan si manja anda daripada tesedak, cara sendawakan bayi dengan betul, tanda-tanda si manja anda telah tersedak dan juga langkah keselamatan sekiranya mereka mengalami situasi tersebut.

Jom baca!

Tips untuk Mengelakkan Kejadian Bayi Tersedak Susu

Highlighted

Kredit gambar: findyourmomtribe.com

#1. Elakkan Bayi Tersedak Susu dengan Tidak Tinggalkan Bayi Sendirian

Bayi terutamanya di bawah usia 5 bulan tidak sepatutnya ditinggalkan sendirian semasa menghisap susu. Hal ini kerana, sekiranya berlaku apa-apa bayi masih belum boleh mengalihkan botol susu dengan sendirinya.

Ini akan boleh menyebabkan si manja tersedak dan tiada Mommy atau Daddy untuk membantunya.

#2. Jangan Guna Sebarang Kain atau Bantal Sebagai Alas Botol Semasa Menyusu

Jangan sesekali gunakan sebarang alas untuk menyokong botol susu semasa menyusu. Bayi Mommy masih belum mahir untuk mengalihkan botol susu dengan sendiri.

Mungkin mudah untuk Mommy, namun jangan menyesal sekiranya ini boleh membawa maut kepada bayi Mommy.

#3. Pastikan Bayi Tidak Menyusu Semasa Tidur untuk Elakkan Bayi Tersedak Susu

Tips untuk mengelakkan kejadian tersedak susu yang seterusnya ialah Mommy perlu pastikan bayi Mommy tidak tidur atau tertidur semasa menghisap susu.

Sekiranya semasa menyusu bayi Mommy tertidur hentikan penyusuan dan sambung semula selepas bayi bangun dari tidur.

#4. Jangan Biarkan Bayi Menyusu dalam Posisi Terlentang

Selain itu, Mommy hendaklah pastikan anak Mommy menyusu dalam posisi yang betul iaitu kepala lebih tinggi dari badan.

Sekiranya bayi menghisap susu botol secara melentang menyebabkan bayi sukar untuk menelan susu dan risiko tersedak adalah tinggi.

#5. Elakkan Bayi Tersedak Susu dengan Mengiringkan bayi Semasa Tidur Selepas Menghisap Susu

Sekiranya bayi Mommy tertidur selepas menghisap susu pastikan Mommy mengiringkan kepala si manja ke kiri atau ke kanan.

Hal ini kerana, sekiranya anak Mommy muntah semasa tidur, susu tersebut dapat keluar atau meleleh keluar berbanding dengan posisi melentang.

#6. Jangan Baringkan Bayi Selepas Menyusu

Sebaiknya selepas selesai menyusu, letakkan bayi Mommy dalam keadaan kepala adalah lebih tinggi dari badan. Ini untuk memastikan sekiranya bayi Mommy jeluak, jeluak tersebut dapat keluar dari mulutnya.

#7. Elakkan Bayi Tersedak Susu dengan Tidak Menggoncangkan Bayi di dalam Buaian atau Bouncer

Antara perkara yang sering dilakukan oleh ibu-ibu di luar sana selepas selesai menyusu adalah dengan meletakkan bayi di dalam buai atau bouncer.

Jika Mommy ingin lakukan sedemikan jangan menggoncang buai atau bouncer tersebut. Ini untuk mengelakkan bayi muntah dan tersedak.

Cara Sendawakan Bayi dengan Betul

Antara tips lain untuk elakkan si manja anda tersedak adalah dengan sendawakan bayi selepas mereka menghisap susu. Antara cara untuk sendawakan bayi adalah seperti berikut:

#1. Posisi bahu

Cara yang pertama adalah dengan meletakkan bayi Mommy di atas bahu Mommy. Pastikan tulang selangka Mommy menekan perut bayi.

Tetapi Mommy perlu pastikan bahawa bayi Mommy diampu dalam keadaan yang selesa.

#2. Posisi tangan

Cara menggunakan tangan pula adalah dengan meletakkan bayi di atas riba, ampu dan tolak sedikit bayi ke depan. Keadaan bayi akan kelihatan sedikit condong ke depan seperti 45 darjah.

Kemudian gosok dan tepuk belakang bayi dengan perlahan. Sekiranya bayi Mommy berusia 3 bulan dan ke bawah pastikan untuk memegang lehernya sebagai sokongan.

#3. Posisi riba

Mommy juga boleh sendawakan bayi Mommy dengan meriba bayi Mommy. Caranya adalah dengan letakkan bayi Mommy secara meniarap di atas peha dengan tangan menyokong kepala bayi.

Gerakkan lutut Mommy secara perlahan-lahan untuk memberi tekanan kepada perut bayi supaya sendawa.

Tanda-Tanda Bayi Tersedak Susu

Kredit gambar: findyourmomtribe.com

Berikut adalah tanda-tanda sekiranya anak Mommy tersedak susu.

  • Sesak nafas secara tiba-tiba
  • Bunyi nafas seperti bersiul kerana berlakunya sekatan
  • Bibir bertukar kebiruan kerana kekurangan oksigen
  • Cuba bernafas dengan cepat
  • Nafas terhenti
  • Tersedak dengan tiba-tiba
  • Batuk atau cuba batuk dengan lebih kuat

Langkah Keselamatan yang Perlu Diambil Sekiranya Bayi Tersedak Susu

Kredit gambar: www.vinmec.com
  1. Cuba membantu bayi untuk batuk kerana batuk dapat membantu mengeluarkan objek asing yang menyekat saluran pernafasannya.
  2. Segera dapatkan bantuan samada dari orang sekeliling yang tahu cara mengeluarkan objek asing tersebut juga Mommy boleh mendail talian 999 untuk bantuan. Sebaiknya, terus ke hospital terdekat.

Kesimpulannya, pengawasan Mommy dan Daddy semasa waktu menyusu adalah sangat penting. Gunakan tips dan ambil langkah berjaga untuk mengelakkan kejadian ini berlaku.

Selamat membaca!


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.


Mama juga boleh dapatkan pelbagai lagi tips dan info untuk si manja Mommy yang lain di SINI!