Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Bedak Baby Merbahaya? Ketahui Lebih Lanjut Tentang Risiko, Jenis Bedak & Tips Penggunaannya Yang Betul

Para ibu tentu akan bersetuju kalau saya katakan sesuatu perkara yang tidak boleh digantikan oleh apa-apa sekali pun ialah bau bayi yang manis dan indah yang tak terkata.

Walaupun begitu, tidak dinafikan bedak baby boleh meningkatkan lagi keharuman bayi, jadi tidak hairanlah ia menjadi popular sejak dulu lagi.

Highlighted

Sumber: Adobe Stock

Kebanyakan bedak baby yang dijual di pasaran diperbuat daripada serbuk talkum, iaitu mineral yang terdiri terutamanya dari unsur magnesium, silikon, dan oksigen.

Selain daripada bedak baby, ia digunakan secara meluas dalam produk kosmetik seperti bedak badan dan muka orang dewasa, serta dalam sebilangan produk kosmetik lain.

Bedak baby telah wujud sejak lebih dari 100 tahun lagi. Sebab itulah kebelakangan ini ada pihak yang mengatakan bahawa ia boleh mendatangkan risiko penyakit kanser setelah bertahun-tahun menggunakannya. Benar atau tidak?

Sumber: Getty Images

Mommy boleh baca artikel ini selanjutnya untuk mengetahui tentang bedak si manja dengan lebih mendalam.

Manfaat Dan Kegunaan Bedak Baby

Sebagai serbuk, talkum menyerap kelembapan dengan baik dan membantu mengurangkan geseran, sebab itu lah secara tradisionalnya bedak yang mengandungi talkum sering digunakan untuk mencegah ruam lampin selain mewangikan bayi.

Beberapa manfaat dan kegunaannya adalah seperti:

  • melegakan ruam lampin atau ruam di celah ketiak dan leher bayi disebabkan peluh atau jenis kain atau baju yang digunakan dan memastikan bayi selesa sepanjang hari
  • menyerap kelembapan berlebihan di kawasan celah kangkang bayi untuk mengelakkan ruam yang selalu dikaitkan dengan ruam lampin
  • melegakan kegatalan kulit pada musim panas, terutamanya bagi kulit yang jenis sensitif
  • menyerap peluh yang boleh mengakibatkan kegatalan kulit dan ruam
  • boleh ditaburkan diatas tilam bayi untuk menyegarkannya dan memberi keselesaan pada bayi untuk tidur
  • boleh digunakan untuk menyingkirkan pasir pantai secara lembut dengan menyapunya pada kulit bayi
Sumber: Getty Images

Risiko Menggunakan Bedak Baby

Seperti yang disebutkan tadi, kegunaan bedak yang berunsurkan talkum sejak kebelakangan ini telah dikecam kerana risikonya yang boleh mendatangkan penyakit, khususnya penyakit kanser.

Sumber: Adobe Stock

Ini adalah berdasarkan kajian saintifik bahawa kegunaan jangka panjang serbuk talkum pada alat kelamin wanita dikaitkan dengan risiko kanser ovari.

Risiko lagi satu ialah pencemaran bahan asbestos yang dijumpai dalam bedak yang berunsurkan talkum.

Asbestos adalah sejenis mineral yang dijumpai secara semula jadi berdekatan dengan mineral talkum.

Pendedahan asbestos berlaku paling kerap melalui penyedutan. Asbestos sering dikaitkan dengan kanser yang dipanggil mesothelioma.

Walau bagaimanapun, kajian yang lebih baru dan dikemaskini menunjukkan kaitan antara penggunaan talkum dan kanser amat tipis, terutamanya produk-produk yang digunakan oleh orang ramai.

Tambahan pula, banyak ujian telah dilakukan terhadap produk popular yang mengandungi talkum dan mendapati tiada kandungan toksin seperti yang dituntut.

Perkara yang lebih dibimbangi sebenarnya adalah penggunaan bedak talkum yang boleh menyebabkan bayi menghidu serbuk talkum kerana ia boleh menjejaskan paru-paru bayi yang masih kecil.

Jadi secara umumnya, bedak ini boleh digunakan dengan selamat, tetapi seperti apa sahaja perkara lain, perlu digunakan dengan langkah berjaga-jaga.

Beberapa langkah berjaga-jaga boleh diambil oleh Mommy seperti berikut:

  • Elakkan menggunakan bedak secara langsung di atas alat kelamin bayi. Sebaliknya, sapu dengan perlahan di kawasan paha dan celah kangkang.
  • Jika menggunakan bedak dimuka, jangan letak dengan banyak dan elakkan bahagian mata, hidung, dan mulut. Sapu sahaja secara perlahan dengan kuantiti bedak yang sedikit.
  • Keluarkan bedak ke atas telapak tangan Mommy jauh daripada bayi supaya tiada risiko bayi mengambil nafas dengan serbuk bedak berdekatan.
  • Jangan goncangkan bedak dari botol terus ke atas badan bayi kerana ini juga boleh meningkatkan risiko bayi menyedut serbuk bedak.
  • Gunakan kain atau ‘puff‘ yang dibuat khas untuk menggunakan bedak supaya bedak dapat diletakkan dengan rata.
Sumber: Getty Images

Selain itu, jika Mommy mahu menggunakan bedak yang tidak mengandungi talkum, beberapa alternatif lain yang boleh dicari dipasaran seperti bedak baby yang diperbuat daripada:

  • serbuk tepung jagung atau ‘cornstarch
  • serbuk ubi seperti ‘tapioca‘ atau ‘arrowroot
  • serbuk tepung oat
  • baking soda
  • krim ruam lampin berasaskan zink

5 Jenama Bedak Terbaik Untuk Bayi

1. Aromababy Natural Powder (RM72.90 / 100g)

Diperbuat di Australia dengan serbuk tepung jagung semulajadi, serbuk oat, dan rosewood, bedak bayi dari Aromababy ini sesuai untuk bayi berkulit sensitif dan boleh digunakan untuk mencegah ruam lampin.

Ia juga mengandungi pati minyak lavender organik dan tidak mengandungi talkum.

2. Ning Salmah Powder Mulus Anakanda (RM22.30 / 50g)

Dirumus khas dengan herba-herba semulajadi berkualiti tinggi seperti tepung ubi, daun semambu, dan pati minyak lavender, bedak bayi dari Ning Salmah ini sesuai untuk kegunaan harian dan dapat mengelakkan ruam lampin dan kegatalan kulit.

3. Kuku Duckbill Chamomile Powder (RM36.60 / 150g)

Diperbuat dengan formula yang lembut berserta ekstrak bunga chamomile, bedak bayi Kuku Duckbill ini sesuai digunakan untuk menyerap kelembapan, justeru mengelakkan ruam di kawasan seperti leher dan ketiak bayi.

Dengan aroma yang indah, bedak ini sesuai untuk digunakan seisi keluarga dan bebas dari SGS plasticizer.

4. FIFFY Twin Pack Baby Powder (RM15.90 / 500g)

Bedak bayi dari FIFFY ini diperbuat daripada talkum yang terbaik atau ‘pure‘. Ia dapat menyerap kelembapan berlebihan dan membuatkan kulit bayi selesa.

5. Carrie Junior Baby Powder (RM9.45 / 450g)

Bedak bayi oleh Carrie Junior ini dipertingkatkan dengan ekstrak buah-buahan, jadi bukan sahaja bayi boleh mendapat kebaikan dari melegakan ruam, tetapi juga akan bau wangi dan comel seperti buah-buahan pula!

Selain haruman buah cherry, bedak bayi ini juga boleh didapati dalam haruman anggur dan beri.

Walaupun bedak bayi bukanlah perkara yang wajib digunakan oleh bayi, ia masih menjadi pilihan ramai ibu untuk mewangikan bayi dan membuat bayi selesa.

Tambahan pula, berbanding dengan krim, selalunya bedak bayi lebih elok digunakan memandangkan cuaca kita adalah panas dengan udara yang lembap, jadi tidak akan membuatkan kulit bayi berasa melekit.

Terpulang pada Mommy untuk menggunakan jenis bedak bayi yang mana.

Semoga artikel ini membantu pilihan pembelian Mommy yang terbaik buat si comel.