Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Isu Beg Sekolah Berat: Bagaimana Mommy Boleh Menangani Masalah Ini?

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah ungkapan yang sesuai apabila mak ayah menonton video viral ini.

Mengimbas kenangan lama Min ‘terpaksa’ bawa beg sekolah yang padat dengan buku-buku teks berat, kesukaran Min dan rakan-rakan sekolah dulu dapat diatasi dengan satu cadangan bernas pihak pengurusan sekolah kami.

Isu tersebut mendapat liputan stesen TV tempatan dan akhirnya pihak sekolah memutuskan untuk kami tinggalkan sahaja buku-buku teks di dalam bilik kelas. Ke semua buku-buku teks ini diletakkan di atas meja besar berdekatan dengan pintu masuk setiap bilik kelas. 

Sebelum sesi pembelajaran subjek bermula, kami hanya perlu ke depan untuk mengambil buku-buku teks yang diperlukan. Terlupa nak membawanya bukan lagi satu alasan.

Malah kami boleh kongsi buku teks dengan rakan sekolah yang duduk di sebelah. Cadangan tersebut nyata membuahkan hasil dan ia diteruskan sehinggalah selepas Min tamat bersekolah.

@teerayutjayjak

หนักอย่างน่อยๆแล้ว15กิโล

♬ เสียงต้นฉบับ – Teerayut Jayjak – Teerayut Jayjak

Namun, paparan video yang viral baru-baru ini membuatkan Min rasa isu beg sekolah berat masih belum tamat. Masih ada lagi para pelajar, khususnya sekolah rendah, yang masih menggalas beg sekolah yang sangat berat, tidak sesuai dengan struktur tubuh mereka.

Highlighted

Kredit gambar: TikTok @teerayutjayjak

Difahamkan video viral kanak-kanak perempuan yang menggalas beg sekolah berat itu berlaku di negara jiran. Namun mak ayah mana yang sanggup melihat anak kecil ini cuba menggalas begnya beberapa kali sebelum terpaksa mengheret beg tersebut. 

Insiden itu dirakam kerana ia mencuri tumpuan mata-mata yang memandang, sehinggalah seorang lelaki datang untuk membantu kanak-kanak itu.

Terkini, video viral itu meraih 10.5 juta views, lebih sejuta likes, 30,000 komen serta perkongsian melebihi 65,000. 

Kredit gambar: TikTok @teerayutjayjak

Sayu melihatkan video ini, lantas Min teringat apakah cadangan sekolah Min suatu ketika dulu boleh digunakan semula? Apa-apa pun Min nak kongsikan beberapa cadangan yang boleh digunakan untuk mengatasi isu beg sekolah berat:

Cadangan untuk Mengatasi Isu Beg Sekolah yang Berat

1. Harap pihak sekolah dapat mempertimbangkan cadangan untuk tinggalkan buku-buku teks besar dan berat di dalam bilik kelas. Tulis nama-nama pemilik atau pelajar pada setiap buku tersebut dan letakkan kesemuanya di atas sebuah meja besar di hadapan kelas.

2. Sudah sampai masanya untuk pihak pengurusan sekolah mewujudkan sistem locker. Ya, sistem locker dapat meringankan beban semua pelajar untuk mengatasi isu ini. Kalau mak ayah kurang jelas, cuba tonton filem yang bertemakan high school.

Confirm ada babak-babak yang memaparkan locker sekolah. Selain daripada sistem locker, kabinet buku yang besar di dalam setiap bilik kelas juga boleh dipertimbangkan.

Kredit Gif: wifflegif.com

3. Anak-anak hanya perlu membawa buku-buku sekolah seperti buku latihan dan amali mengikut jadual sesi pembelajaran harian yang telah ditetapkan. Labelkan setiap buku tersebut dan tidak perlu membawa ke semuanya pada satu hari yang sama.

Mak ayah perlu memantau, melatih dan mendidik anak-anak pada awal sesi persekolahan berkenaan dengan agihan buku-buku sekolah anak-anak agar mereka tahu untuk bawa apa yang perlu sahaja. Mak ayah hanya perlu melatih mereka sewaktu Darjah 1 sahaja, lepas tu lama-lama nanti anak-anak akan terbiasa dengan sendirinya nak organise buku-buku mereka.

4. Gunakan beg beroda. Min faham, beg beroda mungkin sedikit mahal dan tidak semua orang mampu untuk membelinya. Alternatif lain adalah dengan memilih beg yang diperbuat daripada material yang lebih selesa, lembut serta kuat untuk digalas.

Min harap mak ayah di luar sana dapat mempertimbangkan cadangan-cadangan ini agar anak-anak tidak perlu membawa beg sekolah yang terlalu berat. Sekiranya isu ini masih berlanjutan, semua pihak perlu bekerjasama mengatasi isu ini untuk mengurangkan beban anak-anak ke sekolah.