Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Satu Bahan di Dapur yang Jadi ‘Saviour’ Keluarga Mommy

Bega Tatura

Dalam dapur Mommy mesti ada sekurang-kurangnya satu bahan yang sentiasa “tak sempat duduk lama” dalam peti sejuk sebab terlalu kerap digunakan. 

Hari ini mungkin jadi cheesecake untuk minum petang. Esoknya disapu atas roti untuk sarapan cepat sebelum sekolah. Dan ada hari lain, ia terus dicampur dalam dip, pasta atau hidangan ringkas bila masa tak begitu mengizinkan.

Tanpa disedari, bahan seperti ini banyak membantu menjadikan rutin dapur lebih mudah dengan hidangan jadi lebih kaya rasa dan lebih “comfort”, walaupun disediakan dalam keadaan tergesa-gesa.

Bila Kualiti Jadi Keutamaan Dalam Dapur

Highlighted


Dengan warisan tenusu Australia sejak 1899, Bega Tatura Cream Cheese menggabungkan kualiti yang telah dipercayai sejak turun-temurun dengan kemudahan yang sesuai untuk gaya hidup keluarga moden hari ini.

Apa yang membuatkan Bega Tatura Cream Cheese relevan sampai hari ini adalah keseimbangan antara kualiti dan kemudahan. Teksturnya yang berkrim, mudah digunakan menjadikannya sesuai untuk pelbagai jenis masakan tak kira manis atau enak tanpa perlu teknik yang rumit.

Dalam masa yang sama, penanda bahagian pada pembungkusan turut membantu memudahkan proses menyukat, terutama bagi Mommy atau home baker yang mahukan hasil lebih konsisten tanpa banyak anggaran.

Selain itu, Bega Tatura Cream Cheese membantu dalam banyak situasi harian bila anak tiba-tiba nak snek sedap, bila ada tetamu datang mengejut atau bila perlu siapkan menu dessert di saat terakhir.

Kenapa Bega Tatura Cream Cheese Ia Jadi Pilihan Keju Krim Terbaik 

Bega Tatura Cream Cheese telah menerima anugerah sebagai Keju Krim Terbaik di Motherhood Choice Awards 2026 kerana ia berjaya memenuhi apa yang Mommy cari dalam satu bahan dapur iaitu sedap, mudah digunakan dan sesuai untuk pelbagai jenis hidangan.

  • Menjadikan Hidangan Harian Lebih “Complete”: Kadang-kadang, sedikit tambahan sahaja sudah cukup untuk menaikkan rasa sesuatu hidangan. Sama ada disapu pada roti, dicampur dalam pasta, dijadikan dip atau digunakan untuk frosting kek, tekstur berkrimnya membantu menjadikan makanan terasa lebih sedap dan memuaskan.
  • Sesuai Untuk Hidangan Manis & Enak: Satu bahan yang boleh digunakan untuk pelbagai jenis resipi memang sangat membantu dalam dapur. Ia sesuai untuk cheesecake, dessert, sandwich, sos, pasta, savoury bake dan juga minuman berkrim—mudah disesuaikan ikut mood dan menu keluarga.
  • Tekstur Berkrim yang Konsisten: Dalam baking atau masakan harian, tekstur memainkan peranan penting. Bega Tatura Cream Cheese memberikan hasil yang lebih smooth, rich dan creamy, menjadikan setiap hidangan terasa lebih lengkap dan menyelerakan.
  • Memudahkan Kerja di Dapur: Kadang-kadang benda kecil pun boleh menjimatkan banyak masa. Dengan penanda bahagian pada pembungkusan, proses menyukat jadi lebih mudah, terutama untuk Mommy yang selalu memasak di rumah.
  • Kurang Pembaziran, Lebih Praktikal: Reka bentuk pembungkusan yang praktikal membantu mengurangkan sisa cream cheese yang tertinggal dalam pek. Jadi lebih mudah digunakan sepenuhnya tanpa perlu “scrape” terlalu banyak dari pembungkusan.

Bukan Sekadar Sedap, Tapi Memudahkan 

Bagi Husna, satu bahan dapur yang versatil memang boleh banyak membantu dalam rutin harian.

Ia sering jadi pilihan bila anak tiba-tiba mahu sesuatu yang “sedap”, bila masa makin suntuk sebelum kelas tuisyen, bila tetamu dalam perjalanan, atau bila sesi baking yang dijanjikan kepada anak akhirnya perlu dibuat pada jam 9 malam.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wan Husna (@wandoncha)

Bukan Mommy sahaja, malah pencinta makanan dan mereka yang gemar memasak di rumah juga mempunyai pandangan yang sama.

Seperti yang dikongsikan oleh Chef Amir Gani, Bega Tatura Cream Cheese sangat mudah digunakan, versatil dan sesuai untuk pelbagai jenis hidangan termasuk resipi savoury.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Amir Gani (@chefamirgani)

Bega Tatura Cream Cheese bukan sekadar untuk cheesecake dan pencuci mulut. Anda juga boleh menggunakannya untuk menambah rasa creamy dalam hidangan tempatan, idea snek, dip, pasta, sapuan roti dan pelbagai menu lain yang perlukan sentuhan lebih kaya dan menyelerakan.

Jom Cuba Sendiri!

Mommy yang suka “experiment” dalam dapur, sama ada baking atau masakan harian, Bega Tatura Cream Cheese mudah didapati di pasar raya terpilih di Malaysia.

Boleh cari di Lotus’s, AEON, Jaya Grocer, GCH, AEON BIG, Village Grocer, Mydin, Econsave dan Isetan Food Market.

Info lanjut di https://begagroup.com.au/.


Jom Mommy! Tambah ilmu untuk kesihatan anak yang sedang membesar dengan rujuk panduan di SINI!